Majlis Konvokesyen Abg Faris Zakwan
Assalamualaikum
Hari Jumaat lepas, ada majlis penyampaian hadiah dan sijil
di Tadika abg Faris. Senang cakap majlis konvokesyen la.. hehe.. dah 4 tahun
berturut2 Dilah pegi konvo anak2 ni sejak kakak diyana 4 tahun. Every year
mesti pegi. Tapi ingat tahun ni tak dapat pegi tengok sbb cuti dah tinggal
sikit sangat. So minta la Ayah Wan jer yg cuti teman anak2. Tapi paham2 la
anak2 ni kan, mesti nak ibunya ada jugak.. sudahnya pagi tu terpaksa wassap bos
bgtau nak half day.. hahha…
Alhamdulillah.. cuaca hari tu elok jer.. tak panas sangat..
so selesa la sikit kan.. Cuma seperti yg dah diduga, si kecik Fattah Anas tu
mesti tak boleh duduk diam.. lagi-lagi dia pun memang duk kat taska tu kan.. so
memang dah biasa la.. tak reti duduk diam.. merayau sana sini.. Dilah memang
minta Ayah Wan la yang pantau adik tu.. Ibu tak larat nak mengejar adik..
haha..
Kalau korang nak tau, Faris Zakwan ni memang lain dari
adik-beradik yg lain. Sebab dia sorang yg cerah dan sepet sikit matanya.. pastu
ada lesung pipit tp nampak bila dia menguap jer la.. bila senyum mata pun
hampir2 hilang. Nak dijadikan cerita, malam sebelum tu asyik la menangis jer
bergaduh ngan kakak la, berebut nak tido ngan ibu la. Sudahnya mata pun
bengkak.. Bila mata dah bengkak, bila dia senyum hilang la terus mata tu..
haha.. nasib la abg..
Majlis dimulakan dengan bacaan Al-quran dari anak-anak transit yg telah Khatam Al-Quran. Kemudian ada persembahan dari anak-anak 6 tahun dan juga pelajar transit. Akhir sekali baru la penyampaian hadiah dan sijil untuk pelajar tadika umur 4thn, 5thn dan 6thn. Acara penyampaian haadiah dan sijil ini diselang-selikan dengan cabutan bertuah. Tahun ni takde rezeki kami untuk menag cabutan bertuah. kalau tak setiap tahun no naik.. hhehhe..
Selesai majlis dalam pukul 10.45 pagi. Memang cepat. Terdapat agihan makanan untuk ibubapa dan juga pelajar sebelum majlis bersurai. Sebelum balik tu ambil la gambar anak bujang ibu ni.. Sempat jumpa dan berborak juga dengan blogger Mama Maszull. Mama datang meraikan konvo cucu beliau Darwisy yg juga kawan abg Faris.

assalamualaikum dilah...tahniah Faris semoga akan terus berjaya nanti...
ReplyDelete** Mama Maszull
Tahniah faris. Semoga terus berjaya ye.
ReplyDeletetahniah abang faris. dapat jumpa mama maszul sekali ye
ReplyDeleteJanjiKita