Aktiviti bersama family,

Review :: The Lego Ninjago Movie

October 05, 2017 Ibu Dilah 8 Comments


Assalamualaikum

Dah lama rasanya tak bawak anak-anak tengok wayang.. Maklum la, Ayah Wan busy sangat skrg ni. Dan Dilah pulak tak berapa sihat lately ni.. Asyik penat dan nak melepak jer kat rumah, tak larat rasanya nak keluar berjalan. Hari sabtu tu pun seharian dari pagi tu baring jer melepek.. mata berat sangat.. rasa lemau sangat badan ni..

Tapi disebabkan Ayah Wan dah janji nak bawak anak-anak keluar petang tu, so gagahkan jugak la bangun dan segarkan diri ni.. Nasib baik rasa bertenaga sikit lepas tu.. kalau tak memang taknak la Dilah keluar jugak.. haha...


Sebenarnya tak plan pun nak tengok movie Lego Ninjago ni.. anak-anak tak tau pun ada cerita ni sekarang. tapi bila sampai Aeon Bukit Indah tu, tengok cerita lain macam tak menarik. Cerita Lego Ninjago ni jer yg menarik perhatian. Lagi-lagi budak2 ni kan baru jer pegi Legoland awal bulan aritu, so teruja la nak tengok movie Lego ni pulak kannn...

Jom kita tengok dulu sinopsis The Lego Ninjago Movie ni..


"Filem animasi berjudul “The Lego Ninjago Movie” ini merupakan filem yang menceritakan tentang kisah enam sahabat yang bernama Lloyd, Jay, Kai, Cole, Zane dan Nya yang dilatih oleh Master Wu (Jackie Chan), seorang ahli bela diri untuk menjadikan mereka ninja yang mempertahankan sebuah kota yang bernama Ninjago. Di Kota Ninjago ini terdapat pertempuran sengit antara Lloyd (Green Ninja) & sahabat yang mana mereka harus melawan Garmadon (Justin Theroux). Garmadon merupakan ayah kepada Lloyd yang berperwatakan jahat. Pertarungan antara Lloyd & sahabat ninjanya dengan Garmadon sangat menguji mental mereka."

 Jalan cerita Lego Ninjago ni sangat menarik dan mudah difahami oleh kanak-kanak. Aksi robot 5 sekawan ala-ala cerita transformers tu pun best. part last2 tu tetiba pulak keluar kucing kannn.. Fattah Anas kejap2 tanya ibu mana kucing ibu? kejap lagi tanya lagi.. penat ibu nak jawab.. hahaha..




Ni sebelum masuk pawagam, sempat ambil gambar dulu kat luar.. tapi kali ni Fattah Anas tak nak bagi kerjasama.. asyik nak berlari ke sana sini jer.. sudahnya ibu amik gambar abg dan kakak jer la.. haha..

Alhamdulillah, sangat puas hati tengok cerita The Lego Ninjago ni.. yg penting anak-anak pun happy..


You Might Also Like

8 comments:

  1. assalamualaikum dilah ...Wah !! bestnya..baru planning nak bawa cucu mama Darwisy pi tengok Ninjago ni sbb ari tu x dpt nak pergi...
    p/s sori dilah selama ni mama masih lg x follow pun blog dilah baru perasan tadi...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
  2. Pandai FA tgk wayang. Syafi ana tak pernah bawa masuk wayang lg. Nak try lah satu hari nanti.

    ReplyDelete
  3. kan..hahah..tetiba je kucing keluar...macam pelik je..best cite ni

    ReplyDelete
  4. budak2x suka cerita macam ni.. kartun ada element lawak.. mesti darang enjoy kan. hehe

    ReplyDelete
  5. dumah xde budak2 tak taw sangat filem ni..hihihihi.. nanti boleh tengok

    ReplyDelete
  6. Sha belum berjaya lagi bawa amani dengan imani tengok wayang.. One day.. one day..

    ReplyDelete
  7. tak dan lagi nak tengok filem ni... Anak-anak pun asyik dok tanya ni...

    ReplyDelete