The Scopps Aiskrim Durian D24 Viral di Melaka
Assalamualaikum
Ni nak cerita kisah 2 bulan lepas. Ye, dah hamper 2 bulan
baru nak story kat sini.. hahaha….. teruk betul kan.. boleh la dari takde
cerita kan…
Kisahnya, masa balik Melaka sempena Hari Merdeka dan juga
Raya Haji yang lepas.. Masa tu kan musim aiskrim durian D4 McFlurry tu..
actually time tu takde la rasa nak makan sangat tp sana sini org cakap sedap
sangat.. tapi Dilah tak sempat pun nak rasa sebab dah sold out. Haha..
So kebetulan pulak time tu adik Dilah asyik share pasal
aiskrim Durian D24 The Scoops yg tengah viral kat Melaka tu.. dia dah rasa
dah.. sedap katanya.. tempat tu pun dekat dengan rumah kan.. so mmg plan balik kampong
tu memang terus cari aiskrim tu dulu.. hahha..
Aiskrim Durian Viral ni pun bermusim ikut musim durian jugak
kan.. so tak sure la skrg ni masih ada lagi ke tidak.. yang pasti kalau nak
beli memang kena pegi awal. Gerai tu bukak pukul 12 tapi sebelum pukul 12 dah
kena datang dan beratur. Bukak kul 12, kul 1 dah habis.. dahsyat kan..
Lokasi The Scoops ni terletak dekat Jalan Duyong menghala ke
Semabok. Boleh waze Asam Pedas Kak Su. Kat restoren
tu.Gerai tu berada kat kedai Asam Pedas tu.. Korang kena pandai
cari parking sebab parking terhad..
Nak tahu rasanya macamana?? Bak kate Ayah Wan yg agak cerewet bab makanan ni, ni mmg betul2 durian jer.. apa maksudnya tu? Sedap sangat la tu, betul2 rasa durian sebenar.. Memang betul-betul ssedap la tu.. tu sebab cepat habis..
Aiskrim ni ada dua size, cup size kecil dan besar. Untuk size kecil ada penutupnya sekali. si besar tak de.. so kalau nak tapau better ambil yg saiz kecil. mcm kitorg aritu ambil yg saiz besar tu 2 cup utk share 5 org.. puas hati la makan sebab banyak dan kakak diyana tu tak berapa suka durian kan so dia makan sikit jer..
Korang boleh try call dulu owner tu untuk pastikan ada lagi tak bukak sekarang ni.. maklum la, makanan bermusim ni kan.. habis musim durian payah la nak buat aiskrim tu kan..
hadoiii...tau balik melaka hari tu singgah sini..eh..tapi kat mana tu dilah
ReplyDeleteAlamak.. dah terliur tgk doyan huhuu
ReplyDeleteAlahhh kenapa br baca entri ni. Kalau tau boleh singgah hari tu. Sedapnya aiskrim durian :)
ReplyDeletesedapnya..terliur..sedapnya durian
ReplyDeleteJanjiKita
Sedapnya aiskrim durian
ReplyDeleteDone follow blog
ReplyDeleteAda lagi. Tapi dah tukar lokasi ke restoren api api steamboat depan aeon.
ReplyDeletepernah makan aiskrim durian masa dekat bangi golf resort
ReplyDeleteUish.. Sedapnya.. Kalau dapat.. hehehe
ReplyDelete