Celebrate Birthday Kakak Diyana dan Family Fun Day - Ceritera Ibu

Celebrate Birthday Kakak Diyana dan Family Fun Day



Assalamualaikum


Actually, kitorg dah celebrate birthday kakak Diyana awal sikit iaitu hari Sabtu masa balik rumah TokMa. Masa tu SIL pun balik jugak (birthday kakak 1nov), so mmg plan nak potong kek time tu. Then ada buat games utk budak2 dan dewasa jugak time tu.. memang happening dan enjoy sangat.. buat kat rumah jer.. oh ya, sambut sekali besday adik ipar dilah yg bongsu (PAKSU) - 5 nov..


Acara dimulakan dengan potong kek dulu.. But as usually, kakak akan buat hal.. taknak potong kek.. taknak senyum.. so gambar pun akan hambar dan ketat.. haha.. dan mcm biasa Ayah Wan pun mula buat muka ketat bila anak tak nak bagi kerjasama... haha.. sama je 2 beranak ni berangin.. tp kakak ni Dilah perasan bila org ramai dia akan segan dan nampak tak berani. ikut perangai ibu kot ni tak suke berdiri depan org ramai dan jadi perhatian.. cuma bezanya ibu still akan tersenyum manis walaupun nebes.. tapi kakak buat muka ketat.. hahha...


Lepas potong kek, kitorg tak terus makan kek ponnn.. acara diteruskan dengan games untuk kanak-kanak.. ada 4 games semuanya.. rasa kelakar la tengok budak2 ni semua.. fattah anas pun join sekali tp dia terkebil2 jer tengok semua org main.. hahah.. sebab time tu dia baru bangun tido.. blur2 lagi.. kakak yg mula2 moody tu pun lama2 dah ok dan enjoy the games..

GAME CUCU BIHA!

1) Music chair

Game ni semua org tau kan..

2) cari gula-gula dalam tepung.

Ayah wan tunjuk demo cara nak main.. haha


Kaedah: tiup tepung dan pungut gula2 dan kumpul paling banyak.

3) tiup belon dalam ada tepung sikit

Kaedah: tiup sampai pecah 

4) pass over belon air

Kaedah: kanak2 beratur dua line dan pass over belon air ke belakang.


Tengok ni fattah anas kena buli ngan ayah wan.. mentang2 la dia senyap jer jadi pemerhati semua games, ayah buli dia pakai topi besday ni sampai 3.. hahhah.. tapi yg kelakarnya sebab dia tak marah pun.. redho jer kena buli ngan ayah.. hahha...



Penutup games anak-anak dengan tukar2 hadiah untuk budak2.. ala saje nak bagi anak2 happy.. sorang akan dapat 2 hadiah. Diorg kena pecahkan belon yg tergantung. Dalam belon tu ada tepung dan nombor. Nombor tu akan menentukan hadiah yg diorg akan dapat.. hah... best kannn. bila dah dapat hadiah tu apa lagi, masing-masing leka la.. so baru la boleh mak2 dan ayah2 pulak yg main.. heh..

Untuk acara org dewasa pulak, ada 3 pasangan.. tapi ada beberapa game yg Dilah tak main sbb tak sesuai dengan keadaan Dilah skrg ni kan.. Dilah hanya main Sambut belon air dan lari dalam pelikat berpasangan sahaja..

GAME ANAK BIHA (berpasangan/individu)

1) Musical Chair
Game ni Dilah tak main.. tapi MIL Dilah yg main.. dan jangan tak caya MIL Dilah yang menang tau.. haha..

2) Lari dalam pelikat berpasangan


Dilah ngan Ayah Wan dapat no 2. Yang ni korang kena ada strategi macamana nak cepat. Mcm kitorg lari jer la.. Kakak ipar ngan husband dia kononnya nak guna kaedah dukung belakang.. tapi lagi lambat pulak.. haha

3) Sambut belon air
Game ni lebih kurang sama jer ngan kids main.. simple jer..

4) Slurppp Samyang

Ni game yg paling ditunggu2 dan dinanti2kan oleh semua org…. yg pasti Dilah ngan MIL dah Tarik diri awal2.. hahah.. Game ni sape dapat habiskan makan Samyang 2x lebih pedas dia yang menang.. Guess what?? Ayah Wan menang ok.. dia tak penah makan Samyang lagi.. tp dia berjaya habiskan dulu dengan sangat cepat ok.. sbb dia telan jer.. hahahha…. Dahsyat ko.. terkulat2 tgk diorg makan.. kite pun berair mata juga.. kahkahkahkaahhhh

Overall walaupun susunatur games agak huru-hara da nasal boleh tapi sangat happening dan meriahhh.. fun sangat tau.. masing2 tergelak jer… InsyaAllah.. next time boleh arrange lagi aktiviti macam ni dgn family.. ni salah 1 cara mengeratkan silaturahim jugak kannn…



6 comments:

  1. happy birthday kaka diyana semoga jadi anak solehah kebanggan ibu ayah

    ReplyDelete
  2. bestnya meriah macam ni. eh eh happy birthday kakak diyana

    ReplyDelete
  3. Meriahnya dilah. Seronok berkumpul ramai2 kemudian buat games. Ana pulak yg suka tgk gambar2 dilah ni.

    Nanti kakak dah besar ok lah tu. Malu atau tak selesa rasanya tu.

    Tahniah ayah wan. Hebat boleh telan cmtu je samyang tu.

    ReplyDelete
  4. seronok dan meriah buat sambutan bersama keluarga macam ni kan. happy birthday untuk mereka :)

    ReplyDelete