♥Segmen Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia♥
Segmen Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia - Assalamualaikum.. hari ni last day sebelum kita masuk ke bulan terakhir tahun 2017 ni.. Bulan ni agak slow update blog.. walaupun banyak cerita nak update tapi mood untuk blogging agak merudum sedikit.. hihi.. biasa la.. ada masa turun naik kan...
Kali ni Dilah nak join Segmen Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia anjuran Blogger Sofie. Dilah tertarik untuk join segmen ni sebab segmen ni lain dari segmen2 yg pernah Dilah join sebelum ni.. secara tak langsung juga, kita boleh berkenalan dengan rakan-rakan blogger yang lain juga kan.. lagi-lagi yg baru follow.. macam Dilah kenal Sofie ni la... hehe..
Ok sape nak berkenalan dengan Dilah??? Jom Dilah cerita serba sedikit tentang diri Dilah dan blog ceriteraibu.com ni..
Siapa Dilah??
Dilah merupakan seorang blogger dari selatan tanahair iaitu dari negeri Johor. Berasal dari Melaka tetapi menetap dan bekerja di Johor. Dilah juga merupakan seorang isteri kepada Ayah Wan (Md Aswan) dan ibu kepada 3 org cahaya mata, seorang puteri dan 2 org putera. Dan kini Dilah sedang hamil 5 bulan untuk anak keempat.. Yeayyy.. ni first time Dilah bagitau mengenai kehamilan Dilah di blog ni.. kira official announcement la jugak ni.. haha.. dan ni jugak salah satu sebab kenapa Dilah jarang update blog 2,3 bulan ni.. sebab pembawakan budak agaknya.. haha...
Bagaimana Dilah mula terjebak dalam dunia blogging??
Dilah mula menulis blog pada awal tahun 2012. Baru tulis 1st entry lepas tu terus senyap jer tak berupdate2.. sebabnya??? Yeayy.. time tu Dilah baru mengandung anak kedua.. see.. pembawakan budak tu memang membuatkan mood yg baru excited buka blog tu terus merudum.. hahha.. di akhir2 pregnant tu baru Dilah start menulis blog semula setelah Dilah rajin mencari info tentang pengalaman beranak normal. Anak sulong Dilah czer, so anak 2nd tu Dilah nak try normal, tu yg banyak cari info di internet. Dari situ Dilah mula update blog semula..
Apa yang Dilah kongsikan di blog ceriteraibu ni??
- Breastfeeding dan Parenting
Pada awalnya, Dilah banyak berkongsi cerita pengalaman dan tips mengenai penyusuan susu ibu (breastfeeding) dan juga sedikit pengalaman dalam ilmu keibubapaan.. Ini kerana Dilah sangat menyokong penyusuan susu ibu dan anak-anak Dilah sendiri kesemuanya fully breastfeeding sekurang-kurangnya 1 tahun setengah.
- Resepi-resepi mudah
Selain dari itu, Dilah juga ada share resepi-resepi yang simple. Dilah bukan seorang yang rajin memasak dan jugak tidak mahir memasak. Di sebabkan itu, Dilah rajin google resepi bila nak masak sesuatu yang baru atau yang jarang Dilah masak. dari situ Dilah pun terikir untuk kongsikan resepi-resepi mudah yang Dilah dah cuba masak sebagai rujukan Dilah sendiri dikemudian hari dan juga rujukan pengunjung yang lain yang sama spesis macam Dilah.. haha.. Tapi jangan tak percaya, entry resepi la yang paling tinggi rating di blog Dilah tau.. secara tak langsung telah menaikkan pageview di blog Dilah yang hampir mencecah 5 juta pengunjung.
- JJCM dan travelogue
Disebabkan jarang memasak juga, kami selalu makan diluar. dari situ Dilah mula share lokasi dan menu-menu yang menarik di restoren dan kedai makan yang kami pergi.. kira JJCM la ni kan. Dan yang paling best Dilah suka share pengalaman bercuti bersama keluarga sebagai kenangan di masa akan datang dan juga sebagai rujukan kepada orang lain.
- Produk Review dan event
Bermula awal tahun 2017 ini pula, Dilah semakin aktif menulis blog dan juga join giveaway rakan blogger yang lain. Alhamdulillah, tahun ini juga rezeki dalam dunia blogging mencurah-curah. Dilah mula dapat banyak job review product dan event dan jugak berpeluang bekerjasama dengan company2 terkenal. Antaranya Lazada, Traveloka, Legoland Malaysia, Swiss In Hotel, Motherhood.com, Ezbuy dan banyak lagi.. Walaupun tidak la banyak sangat tapi sekurang-kurangnya Dilah dah mula menjana pendapatan sampingan melalui menulis blog ini..
Okla.. ni serba sedikit mengenai diri Dilah dan juga blog Dilah.. diharap semangat Dilah untuk terus menulis dan berkongsi pengalaman di blog ini akan terus membara sampai bila-bila.. Selamat berkenalan untuk semua blogger-blogger di Malaysia..
Untuk menyertai Segmen ini,
sila klik>>Segmen Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia<
Salam Dilah. all the best utk segmen ni ... mrs pip pun join juga.
ReplyDeletewaalaikumslm.. tq mrs pip.. good luck utk mrs pip jugak ye :)
Deletetahniah dilah. dalam diam2 dah masuk 5 bulan.
ReplyDeleteselamat bersegmen. :)
TQ Ana.. hehe.. kali ni biar suprise sikit.. hehe
Deleteterima kasih join. hehe.
ReplyDelete