BELI TIKET PENERBANGAN MURAH DENGAN MAKE 11.11 FLY!
Assalamualaikum
Hai korang.. tak sampai sebulan jer lagi dah nak cuti
sekolah kan.. time cuti ni mula la anak-anak Tanya nak berjalan ke mana kan..
kesian pulak kat anak-anak. Tahun ni kitorg memang takde pergi bercuti sangat
pun rasanya.. InsyaAllah, hujung tahun ni dah ada plan nak ke utara dengan
family Ayah Wan. Doakan la semuanya dalam keadaan sihat dan dapat lah tunaikan
permintaan anak-anak.
Sambil-sambil tu Dilah juga dah start plan percutian untuk
tahun 2018 juga. Kali ni palan nak bercuti dengan family Dilah pulak.. Kalau
nak tahu Bunda Dilah la yang mula-mula up kan issue nak bercuti ni kat group
whatsapp family kitorg. Pastu cepat jer masing-masing feedback nak ke mana. Ada
yang nak gi Krabi la, Bandung la, Sabah la, Kuching la dan ada lagi beberapa
tempat yang diorg cadangkan area Indonesia. Then, hari kedua terus create 1
group khas untuk trip next year.. hahha… Nampak sangat masing-masing dah tak
sabar kan gi bercuti kan… maklum la, last kitorang bercuti bersama-sama bulan
12 tahun lepas. So kira percutian 2 tahun sekali la ni dengan family besar.
Seperti biasa, bila nak bercuti ke mana-mana, Dilah suka
plan awal-awal.. senang nak kira bajet nanti.. Lagi-lagi bila nak bercuti ke
tempat yang jauh dengan anak yang ramai beserta dengan family yang besar sekali
kan.. PLANNING dan BAJET tu memang sangat penting tau.. Bila dah tau bajet
senang la nak plan aktiviti sepanjang berada di sana nanti. Dan yang pastinya,
perlu lah kumpul duit dari awal kan..
Di sini Dilah telah senaraikan perancangan yang perlu dibuat
beberapa bulan sebelum percutian. Perancangan harus dibuat lebih awal agar
percutian berjalan dengan lancar dan teratur. Pastinya percutian itu nanti akan
menjadi kenangan manis buat semua kan…
6 PERKARA PENTING
YANG PERLU DI RANCANG SEBAIKNYA SEBELUM PERGI BERCUTI
1) Pilih tarikh percutian
Memandangkan keluarga kitorang ni besar dan majority anak-anak kitorg ni dah bersekolah rendah, makanya kena la pilih tarikh yang betul-betul sesuai. Seharusnya kitorang pilih tarikh pada cuti sekolah. Tapi, seperti yang semua orang sedia maklum, harga tiket flight dan hotel pada musim cuti sekolah ni pastinya lebih mahal. Jadi, kami pilih tarikh bukan musim cuti sekolah.
2) Tempah tiket flight lebih awal
Kos tiket flight merupakan kos yang paling tinggi selain kos
penginapan semasa percutian. Lagi-lagi jika bilangan ahli keluarga yang ramai.
Jadi, selepas tarikh percutian telah ditetapkan, baru lah boleh survey harga
tiket flight. Untuk dapat harga yang lebih murah, kita perlu booking tiket
lebih awal. Beli tiket semasa promosi dapat membantu kita menjimatkan kos
dengan lebih banyak lagi.
Di sini, Dilah menggunakan khidmat laman web Traveloka untuk
membuat perbandingan harga tiket antara beberapa syarikat penerbangan. Dilah
suka guna Traveloka ni sebab Traveloka selalu buat promosi dengan
voucher-voucher potongan harga yang sangat menarik. Kalau korang nak tau, 11 Nov ni TRAVELOKA mengadakan flight campaign MAKE 11.11 FLY!! Memang kena sangat la masa ni kitorang tengah nak
cari tiket flight kan…
Apa yang menariknya dengan MAKE 11.11 FLY ni?? Kita dapat beli tiket flight dengan harga murah
ke mana-mana sahaja destinasi pilihan kita. Syaratnya hanya pembelian
sekurang-kurangnya 2 tiket ulang-alik (return) ke mana-mana destinasi pilihan
kita. Campaign ni berlansung selama TIGA
HARI sahaja iaitu pada 10, 11 dan 12
November ini. So korang pun jangan ketinggalan untuk beli tiket flight
untuk percutian korang tau.. Rugi la kalau terlepas peluang ni. Kalau nak tahu
lebih lanjut, boleh pergi ke laman web Traveloka di sini --> https://www.traveloka.com/
3) Tempah hotel atau homestay lebih awal
Seperti tempahan tiket flight, hotel atau homestay juga
perlu la tempah lebih awal lagi. Kalau nak senang boleh booking melalui Traveloka juga.. Tapi bila pergi bercuti beramai-ramai, pilihan tempat
penginapan kami tentunya untuk duduk di homestay kerana dapat menjimatkan kos.
Oleh itu, kena la survey lebih awal homestay yang sesuai untuk kami sekeluarga.
4) Kereta sewa
Memilihan kereta sewa jugak amat penting dititikberatkan
kerana perlu mengambil faktor keadaan bentuk muka bumi tempat yg nak dilawati
seperti kawasan berbukit-bukit dan jarak yang jauh antara satu lokasi ke lokasi
yang lain. Oh ya, bilangan ahli keluarga juga kena ambil kira sebab kalau ambil
kereta yg kecik dan murah tapi yang naik kereta tu ramai dan kena lalu jalan
yang berbukit-bukit, risau pulak kereta tak pick up.. haha.. sebab ni Dilah
pernah baca kat satu blog ni pasal kereta nak naik bukit tak boleh.. hahh, kan
bahaya tu…
Di samping tempah tiket flight dan homestay, kitorang jugak
dah rancang ke tempat-tempat menarik yang ingin kitorang lawati. Dari situ, dah
boleh susun itinerary perjalanan.. mana yang sesuai nak pergi hari pertama, kedua
dan ketiga. Dan kena ambil kira juga dengan kesesuaian tempat dengan
anak-anak..
6) Bajet perbelanjaan untuk makanan dan tiket
masuk ke tempat yang ingin dilawati
Memandangkan destinasi pilihan kitorang adalah SABAH,
makanya kebanyakan tempat yang ingin dilawati tu tak memerlukan kos yang tinggi
untuk beli tiket masuk ke tempat tersebut. Kecuali Island hoping jer la mahal
sikit kot. Yang lain rasanya tak mahal.
Selain tiket masuk, perbelanjaan untuk sarapan, lunch dan dinner jugak
perlu dimasukkan dalam bajet percutian.
Untuk memudahkan urusan, kitorang dah siap agihkan tugas
untuk survey item no 1-6 tu. Dilah ada 5 org adik beradik, 4 org perempuan. So
kitorang yg perempuan2 ni la yang akan cari info dan buat tempahan. Apa-apa
pendapat dan idea kitorang share di group whatsapp.. So walaupun masing-masing
jauh, apa-apa masalah masih dapat dibincang sama-sama.
Banyak kan yang kita perlu pikir dan rancang sebelum pergi
bercuti. Semuanya melibatkan kos!! Tu sebab Dilah suka rancang awal supaya
boleh menabung awal. Yang mana boleh cut cost, kita dapat la jimat sikit. Kalau
agak-agak terlebih bajet kita kena upkan simpanan. Tak nak la sebab terlalu nak
berjimat sangat sampai kita tak dapat nak menikmati percutian tu nanti.
Contohnya, mesti la kita nak merasa makanan tempat orang kan, tapi sebab nak
berjimat sangat sampai catu-catu makan.. ehh, tak best la macam tu kan.. dah la
nak pergi susah, bila dah sampai kena catu-catu lagi.. haha.. lagipun bawak
anak-anak ni kena pastikan diorang sentiasa kenyang baru la tak meragam nanti.
Kalau anak buat hal boleh ganggu mood bercuti nanti kan.. hehe..
Macam family Dilah sendiri, sejak beberapa tahun yang lepas,
kitorang dah buat family saving. Setiap bulan setiap family bayar RM50. Duit
yang dikumpul tu bukan sahaja untuk buat family trip tapi kalau ada emergency
case yang ahli keluarga perlu duit urget boleh guna duit tu jugak. Macam untuk
trip percutian kali ni, untuk makan minum, duit penginapan, sewa kereta dan
tiket masuk semua guna duit family saving tu. Hanya tiket flight jer sendirian
berhad. Sebab bilangan ahli keluarga tak sama untuk setiap keluarga kan..
Mudah-mudahan, kitorang adik-beradik dapat menjalankan
tugasan masing-masing dan segala urusan dapat berjalan dengan lancar sehingga
tiba masanya nanti. Yang penting sekarang masa untuk memburu Tiket Flight
Murah!!! Hehe… Tak sabar nak tunggu 10 Nov ni untuk MAKE 11.11 FLY!! Korang pun jangan lupa terjah Traveloka nanti tau….
traveloka memang best..nad pernha bookking hotel dengan traveloka..sebab ada promo code
ReplyDeletebetul tu nadia.. traveloka slalu buat promo code kan.. tu yg best.. hehe
DeleteKena save date ni. Nak plan for next vacay pula. Senang book guna traveloka. Semua dlm satu apps.
ReplyDeleteHappy holiday in advance dilah. Have fun.
akak ke sabah gak next year bulan 7 hehehe..
ReplyDeleteWow... mcm best je booking thru traveloka... senang book bilik dgn tiket sekali kan... xpayah nak bukan website lain2... bestnya dpt bercuti...kena terjah traveloka la
ReplyDelete