Aktiviti Bila Balik Kampung!!
Aktiviti Bila Balik Kampung!! | Assalamualaikum.. Rasanya hampir 2 ke 3 bulan kot kitorg tak balik Melaka. Kebetulan pulak Bunda ada turun JB aritu.. so takdela terasa lama sangat tak jumpa Bunda.. Walaupun JB-Melaka tu tak jauh mana, tapi lately ni Ayah Wan agak busy dengan kerja.. dan Bunda pun sama jugak, busy dengan bisness, asyik pegi KL jer.. tu yg susah nak set masa untuk balik kampung.. haha..dahsyat kan...
Tapi minggu lepas ni memang dah cakap awal2 nak balik. kebetulan pulak pada asalnya nak buat Family Day adik-beradik Bunda pada hari ahad 24 dec tu.. tapi tak jadi sebab ramai yang takde.. so tukar plan buat bacaan Yasin jer kat rumah Bunda.. buat akikah anak Along sekali.. so kira okla tu kan ada aktiviti jugak..
As usual, bila balik Melaka kitorang memang tak ke mana pun.. lagi2 time cuti sekolah dan public holiday ni kan, sure jem sana sini kat Melaka ni.. so biasalah dengan konsep "Takpe, kita orang Melaka, bila2 masa boleh pergi nanti" hahaha... "bila-bila masa sangat kan.." sudahnya 8 tahun kawen ni, banyak jer tempat yg viral dan hot kat Melaka ni kitorg tak pergi lagi.. haha.. sadiss kannn.. nak elak jem punya pasal...
Perjalanan pergi balik JB-Melaka tu pun jemm.. tapi jem tu area Skudai - Sedenak la macam biasa.. lalu jalan dalam pun jem jugak.. bertabah la bila nak berjalan time hujung2 tahun ni kannnn.. Skudai Sedenak jer dekat 2 jam. pitammmm.... semalam masa balik lagi la.. dekat2 sampai Sedenak waze la nak tau keadaan jalan macamana kan.. bila tengok jem teruk sampai skudai, kitorg terus exit Sedenak jer, singgah rumah MIL. Sampai malam masih jem, jalan kampung pun sama.. so kitorg decide tido rumah MIL jer..pagi ni baru gerak balik skudai. 30min je dah sampai rumah dari sedenak.. huhu
Balik kampung kali ni memang heaven betul.. Asyik makan jer.. lagi2 buat bacaan yasin tu kan.. makanan memang banyak.. melimpah ruah rezeki balik ni.. mujur tak diet kan, kalau tak memang rugi balik kampung tak dapat makan best-best.. haha
Menu masa bacaan yasin
- Sambal goreng jawa (fav sangat ni lagi2 kalau bunda yg masak)
- Ayam masak kurma
- Kari Kambing (Akikah anak Along)
Dessert
- Sagu Gula Melaka ( Dilah buat)
- Kuih Talam Tokyo (order)
- Kuih Nona Manis (order)
- Cheesetart (order)
Boleh bayangkan tak macamana banyaknya makanan aritu. Kebetulan pulak adik beradik Bunda ramai yg takde, so makanan lebih banyak la.. lagi2 kari kambing tu kan sekor kambing.. memang banyak la.. kuih muih pun banyak.. memang makan manis jer la... huhu
Anak-anak pulak lain ceritanya.. nak makan punya la susah bila dah jumpa sepupu diorang tu.. main tak ingat dari pagi sampai malam.. tido pun sampai kul 1-2 pagi.. Dilah memang tak larat la nak menunggu kali ni.. diorang masih main dan tengok tv lagi tak nak tido.. dah besar sikit ni takyah la nak tunggu kan.. pandai la diorg tido nanti.. haha..
Semalam pulak suruh anak dara sorang tu potong rambut sekali ngan cousin dia Sofiya.. diorg ni macam kembar pulak.. beza setahun jer.. pakai baju pun asyik nak sama jer.. kakak ni kalau dah balik kampung meang berkepit ngan Sofiya ni jer la.. cucu perempuan bunda ada 3 org jer.. 2 org ni ngan adik sofiya umur 3thn.. tu yg diorg ni rapat sangat..
So semalam tu masing2 pujuk 2 org anak dara ni utk potong rambut.. kan dah nak naik sekolah, rambut panjang tak reti nak urus sendiri.. puas la pujuk nak potong dari awal cuti sekolah aritu tak nak.. ni semalam Bunda pujuk2 baru nak potong rambut.. tu pun Bunda yg potong kan.. lega tengok rambut kakak dah pendek.. tunggu la kakak besar sikit nanti baru boleh rambut panjang lagi ye.. haha
Hero yg berdua tu pulak sibuk main tak ingat.. main basikal la.. main gaduh2 la.. round keliling rumah bunda depan belakang dia tawaf.. fuhhh... macam lepas gian pulak kan.. kalau kat rumah sendiri tak boleh keluar2.. maklum ler rumah taman kan.. ibu ayah keje, magrib baru balik umah.. mmg takde chance la nak main kat luar rumah..
Cakap ngan ayah wan, kalau balik rumah bunda ni bukan main lewat budak2 ni tido.. macam tak reti penat.. Ayah Wan cakap, "xpela.. bukan selalu pun.. time balik kampung ni la nak main puas2 kan ngan sepupu2.. budak2.. mana dia pikir apa.." Bila Dilah pikir balik betul jugak tu.. macam kita kecik2 dulu la.. bila kata nak balik kampung bukan main happy lagi.. dapat jumpa sepupu-sepupu, main puas2.. kali ni bagi chance la kat anak-anak pulak kan.. biar mereka ada kenangan untuk dikenang bila dewasa nanti.. hehe..
Hero yg berdua tu pulak sibuk main tak ingat.. main basikal la.. main gaduh2 la.. round keliling rumah bunda depan belakang dia tawaf.. fuhhh... macam lepas gian pulak kan.. kalau kat rumah sendiri tak boleh keluar2.. maklum ler rumah taman kan.. ibu ayah keje, magrib baru balik umah.. mmg takde chance la nak main kat luar rumah..
Cakap ngan ayah wan, kalau balik rumah bunda ni bukan main lewat budak2 ni tido.. macam tak reti penat.. Ayah Wan cakap, "xpela.. bukan selalu pun.. time balik kampung ni la nak main puas2 kan ngan sepupu2.. budak2.. mana dia pikir apa.." Bila Dilah pikir balik betul jugak tu.. macam kita kecik2 dulu la.. bila kata nak balik kampung bukan main happy lagi.. dapat jumpa sepupu-sepupu, main puas2.. kali ni bagi chance la kat anak-anak pulak kan.. biar mereka ada kenangan untuk dikenang bila dewasa nanti.. hehe..
bestnya lahaiii.. sy pon suka kalo blik kmpung sbb boleh jumpa adik beradik dan abah. paling pnting blh melawat kubur emak.
ReplyDeleteKita yg dewasa ni rasa seronok bila dpt berkumpul ramai2 apa lagi budak2. Xde frasa ngantuk masa tu. Hehe.
ReplyDeleteDilahhhh... Sedapnya semua menu tu. Sambal goreng jawa, serawa durian, cheesetart semua fav ana tu. Ngences dibuatnya.
best kan bila di kg dapat berkumpul ramai2..
ReplyDeleteEminem, also known as Marshall Mathers, is one of the most commercially successful rappers of all time, with more than 100 million albums sold worldwide. He is one of the richest rappers in the world, with an estimated net worth of $210 million. Read more in Eminem net worth.
ReplyDelete