Anniversary Gateaway 2017 | Langkawi - Day 1 - Ceritera Ibu

Anniversary Gateaway 2017 | Langkawi - Day 1


Anniversary Gateaway 2017|Langkawi - Day 1 | Assalamualaikum.. Mari kita mulakan entry Travelogue ke Langkawi.. kena cepat-cepat up kalau tak ke laut la cerita cuti-cuti Malaysia kitorg ni nanti.. haha.. tak nak la jadi macam percutian last year ke Lost World of Tanbum tu.. sudahnya sampai sekarang tak cerita lagi.. hahha..

Plan untuk ke Langkawi ni dah diatur dari awal tahun lagi.. So sempat la nak menabung kan.. Kitorg pergi dengan family Kak Long @ kakak ipar Dilah (Kakak Ayah Wan). Hanya 2 family jer.. kitorg dari JB dan Kak Long dari KL. Pada awalnya plan pergi hari Jumaat- Ahad tapi sebab Jumaat malam tu Kak Long still keje lagi so tukar plan bergerak pagi Sabtu tu (2 Dis) lepas Kak Long balik kerja.. 1st day ni lebih pada perjalanan jer la sepanjang hari.. Percutian 4H3M (2-5 Dis 2017)

Bertolak dari JB 4.30am
Kitorang bergerak dari Skudai pukul 4.30 pagi @ 2 Dec. Fuhhh.. gigih gerak awal pagi tau.. sebab janji jumpa ngan family Kak Long dalam pukul 8.30 am kat RnR Sungai Buloh. Abg Long ambil kak long kat tempat kerja terus gerak.. kitorang pulak anak-anak terus angkat masuk kereta jer, tak yah mandi.. nanti jumpa kat Sungai Buloh tu baru mandi.. Tapi Kakak Diyana pulak sebab dah terlalu excited pagi tu senang pulak kejut dia bangun.. pastu siap mandi sekali tanpa disuruh.. haha.. selalu bukan main payah nak kejut dan suruh mandi..

1st PIT Stop : RnR Pagoh
Ayah Wan mula mengantuk area Yong Peng. Memang dia tak boleh tahan sangat mengantuk tu.. So kitorg berhenti kat RnR Pagoh. Masa tu pukul 5.50 – 6 am. So benti solat Subuh sekali dan cari la kudapan sikit sebab dah lapar jugak. tp kedai banyak tak bukak lagi.. Sementara Dilah gi solat sempat la Ayah Wan tido kejap. Kitorg bergerak semula jam 6.30 pagi. Sebelum tu ayah wan isi minyak RM50.

2nd PIT Stop : RnR Sungai Buloh 
Then teruskan perjalanan semula.. Pukul 8.30 pagi kitorg sampai RnR Sungai Buloh. Family kak long dah tunggu kat situ dah.. Dilah terus mandikan abg dan adik dulu. Lepas tu baru kitorang sarapan sama-sama kat situ.. gerai makan kat situ tak banyak dan tempat duduk pun agak limited. So terpaksa la menunggu kejap nak dapat seat.. Ok.. settle breakfast, sebelum bertolak as usual Dilah akan beli kudapan dalam kereta lagi.. Yela, bawak anak kecik ni kita kena jaga perut dia.. karang lapar sikit mula la meragam lagi2 jalan jauh kan.. Jangan kata anak-anak, Dilah sendiri ni hah pun kan tengah pregnant.. so kena la standby makanan takut baby lapar.. hehe

3rd PIT Stop : RnR Tanjung Malim
Satu problem Ayah Wan ni lepas makan jer dia mula la mengantuk.. aadehhh.. so Dilah cakap kalau mengantuk tu biar la Dilah yg drive sebab Dilah tak ngantuk. Yela, kalau asyik berhenti jer kul berapa nak sampai kan… Since skrg ni Dilah dah biasa drive kete ayah wan gi keje, so Ayah Wan pun dah confiden bagi Dilah yg drive sementara dia tido.. Janji jangan anak-anak kacau jer la.. So kitorg benti di RnR Tanjung Malim untuk tukar driver.

4th PIT Stop : RnR Tapah
Sedar tak sedar Dilah drive dah nak sampai Tapah. Ayah Wan pun dah cergas, so kitorg singgah RnR Tapah untuk tukar driver semula da isi petrol RM70. Kebetulan pun minyak dah nak E so terus isi full tank. Dan top up Touch N Go RM200 terus.

5th PIT Stop : RnR Sungai Perak
Sebelum sampai RnR Sungai Perak, Kak Long roger kata abg long ngantuk.. Nak benti kejap kat RnR Sg Perak. Masa tu pukul 12 kalau tak silap. So benti situ dan lunch sekali. Actually Ayah Wan sorang jer yg lunch sbb dia tak breakfast sangat pagi tu. Yg budak2 ni biasa la paww macam2.. Dilah pulak just tolong perabis makanan ayah wan jer sebab masih terasa kenyang lagi..  Habit Ayah Wan ni kalau ke mana2 suka beli buah jambu air untuk makanan dalam kereta.. tu la jajan dia masa drive.

6th PIT Stop : RnR Taiping Selatan & 7th PIT Stop : RnR Sungai Bakap
Dekat sejam jugak rehat kat situ.. then teruskan perjalanan lagi.. anak-anak asyik la Tanya bila nak sampai Langkawi.. dah 8 jam perjalanan tak sampai2 lagi mesti la diorang boring kan… as usual, lepas makan ayah wan ngantuk lagii.. hahaha.. masalah betul kan.. Dilah ni dari pagi tak tido2 dok berjaga jer, tolong peratikan ayah wan drive, layan dia berborak, layan ragam anak2.. tak dan nak  tido langsung.. so tukar la driver lagi sekali.. benti jap kat hentian Taiping Selatan untuk tukar driver. Dilah drive sampai Sungai Bakap, Pulau Pinang. Then baru tukar semula ngan ayah wan.. So merasa la Dilah drive 4 negeri haritu, Selangor, Perak, Kedah dan Penang.

Elok lepas tukar driver tu masuk area Juru. Lepas tol JUru tu jalan jem.. dekat 45min  jugak la jem kat sini.. time tu pukul 1 tghari.. area ni jem sbb area highway ni macam mix dengan jalan biasa jap.. so kete luar pun ada keluar masuk jalan highway tu, tu yg jadi jem.. target nak sampai Kuala Perlis before 2ptg tak tercapai..

Lepas dari jem tu jalan smooth sangat.. masuk area negeri kedah sangat mendamaikan.. kanan kiri highway tu sawah padi tengah menghijau.. sejuk mata memandang.. kitorg ambil exit Alor Setar Utaara untuk ke Kuala Perlis. Perjalanan lalu jalan kampong nak ke kuala perlis ni dalam sejam jugak..

NOTE : Naik feri dari Jeti Kuala Perlis kena Exit ALOR SETAR UTARA.
  Naik feri dari Jeti Kuala Kedah kena exit ALOR SETAR SELATAN

Tol dari Skudai, JB ke Alor Setar Utara adalah RM99.90

Dekat-dekat nak sampai Jeti Kuala Perlis tu ada 1 traffic light, kita kena susur ke kiri untuk ke Jeti. Masuk je susur tu tiba-tiba ada 2, 3 biji motor datang rapat kat kereta.. Diorg akan Tanya samada kita nak ke Jeti ke? Diorg nak offer parking kereta. Biasa la mesti diorg dapat komisyen punya kalau dapat customer kan. Sambal tu diorg offer la kereta sewa dan hotel di Langkawi jugak.. memandangkan kitorg dah booking kereta sewa dan homestay so xdela layan sgt.

Tiba di Jeti Kuala Perlis 4pm
Kitorg sampai Jeti tepat pukul 4 ptg. Ayah Wan dan abglong drop kitorg dan barang di Jeti then ikut mat motor tu untuk parking kereta tak jauh dari jeti tu. Charge parking RM15/day. So total 3 hari RM45. Sementara tu kitorg layan la anak2 nak membuang air dulu. Then ablong beli tiket feri. Dapat feri pukul 5 ptg. Dalam pukul 4.40 ptg tu ada announcement memberitahu dah boleh masuk feri. Orang ramai sangat.. memang full feri tu, so beratur la ramai2 naik feri. Rezeki kiitorg dapat seat tepi tingkap.. tapi time tu baru start gerimis.. 

Tiket Feri jam 5pm




Feri mula bergerak pukul 5.10 ptg.. mula2 tengok boleh ker gerak ni sbb tengok air surut.. Nampak beting pasir tepi2 tu.. macam struggle sangat jer feri tu nak gerak melepasi kawasan jeti.. ahhaha.. tapi lama2 tu dah ok bila dah ke tengah sikit. View bila dah dekat2 ngan jeti kuah tu sangat cantik.. Nampak pulau2 kecik.. suka sangat.. perjalanan dari jeti kuala perlis ke jeti kuah memakan masa 45min ke sejam..



Tiba di Jeti Kuah jam 6pm



Jam 6ptg sampai di Jeti Kuah.. Lagi sekali kena beratur lama menunggu turn nak keluar feri dan jugak ambil beg. Dekat setengah jam jugak la.. sementara tu Dilah call org kereta sewa. Janji tunggu depan Kenny Rogers..

Ambil Kereta Sewa
Pukul 6.45min baru dapat ambil kereta. Dilah dah bayar deposit RM200 sebelum ni sebagai booking. Then masa nak ambil kereta tu kena bayar full. Kitorg ambil kereta sedan. Mula2 nak ambil SAGA BLM tu jer tapi kete saga dia dah abis.. yg ada sedan international jer. OKla.. malas nak survey byk2 time tu sbb dah suntuk.. tu yg booking je sedan ni. Dapat kete Honda City dan Mazda. Utk 3H2M (49jam) RM270, ni harga untuk cuti sekolah tau..

Dah ambil kereta time tu dah start gerimis pulak. So terus ke homestay. Planning asal nak terus gi makan. Tapi sebab hujan kitorg pegi check in homestay dulu di Century Suria Apartment di Kuah. Hantar barang dan mandi2 dulu. Pukul 8.15 keluar untuk makan malam.

Dinner di Kak Yah Seafood


Dinner malam tu di Kak Yah Seafood area pecan Kuah jugak.. dalam 10-15min je dari homestay. Orang agak ramai tapi still ada tempat duduk. Kwn abglong kenal owner Kak Yah Seafood ni, tu yg dia suggest makan kat sini.. So far makanan sedap harga pun ok, tak murah sgt dan tak mahal sangat. Tp biasa la bila ramai org kena menunggu la jugak tp xdela lama sangat..



Kitorg order Ikan Bawal masak steam, Ikan Jenahak masak 3 rasa, sotong goreng tepung 2 set, telur dadar. Makan la 4 dewasa + 6 kanak2.. Alhamdulillah, habis licin.. semua tengah lapar kan.. anak2 kitorg pulak memang jenis pemakan.. so makan bertambah2 la.. Total makan malam tu RM147.


Kalau tengok map ni perjalanan 8jam 25min je kan dari JB ke Kuala Perlis. tapi tu tak termasuk berhenti rehat, mengantuk dan jalan jem.. So ni la cerita perjalanan kitorg untuk hari pertama. Lebih kat jalan jer. Hampir 12 jam perjalanan JB-Kuala Perlis + 3 jam lagi tunggu feri dan perjalanan naik feri pulak. So dekat 15 jam baru sampai Langkawi. Penat toksah cakap la… balik homestay rest la puas2.. tapi Dilah cam biasa kalau dah penat sangat jadi susah tido pulak.. hahaha..

KOS PERBELANJAAN DAY 1
1-     Petrol RM 120
[RnR Pagoh – RM 50 + RnR Tapah – RM 70]
2-     Top up – RM 200
3-     Parking Jeti Kuah – RM 45
4-     Kereta Sewa – RM 270
5-     Jajan – RM 42.20
6-     Homestay – RM300
7-     Dinner (Abglong bayar)

GRAND TOTAL DAY 1 : RM 977.20

Stay tune untuk next entry ya :)


2 comments:

  1. best jugak naik ferry..akk blm pernah ada pengalaman naik ferry ke langkawi..tunggula anak2 besar sng nak handle blh bwk naik ferry..hehehhee

    ReplyDelete
  2. best jugak naik ferry..akk blm pernah ada pengalaman naik ferry ke langkawi..tunggula anak2 besar sng nak handle blh bwk naik ferry..hehehhee

    ReplyDelete