Anniversary Gateaway 2017 | Langkawi - Day 2
Anniversary Gateaway 2017 | Langkawi - Day 2 | Assalamualaikum.. ok, kita continue cerita percutian ke Langkawi hari tu.. Hari ni memang kitorang all out la.. sebab masa tak banyak kan.. hari pertama tak dapat berjalan ke mana pun sebab sampai pun dah magrib. Boleh baca entry Day 1 kat sini ye..
Sarapan di Restoren Zainas
Seawal pukul 8.15 pagi kitorg dah keluar pegi breakfast. Pagi ni makan di kedai biasa jer tapi makanan sedap dan boleh tahan murah.. Nama kedai tu Restoren Zainas terletak berdekat Poslaju Langkawi dan juga Idaman Suri.. memang sederet la dengan Idaman Suri tu.. boleh waze jer ke situ.
Total kitorg punya breakfast pagi tu RM 46 shj untuk 4 dewasa + 6 org kanak2.. makan yg kitorang ambil seperti nasi putih dan lauk2, nasi goreng, kuih2 dan air panas. Nasi goreng ni walaupun simple je tapi sedap..
Mangrove Tour KILIM Geofeorest Park
Next kitorang pegi Mangrove KILIM Geofeorest Park pulak. Ni memang tempat yg sangat2 dinanti oleh kitorg untuk pegi.. Aktiviti kat sini merupakan satu pengalaman baru untuk kitorg terutamanya anak2.. 1st time naik bot, 1st time pegi gua, 1st time merentas laut naik bot.. bagi makan ikan dan macam2 aktiviti lagi.. nanti Dilah akan cerita detail dalam entry lain untuk mangrove ni sahaja.
Actually ada 2 tempat untuk naik bot iaitu di Jeti KILIM dan juga jeti berhampiran Pantai Tanjung Rhu. Kalau ikut Bandar Kuah, kita akan jumpa dahulu Jeti KILIM. Jauh sikit baru jumpa Jeti Pantai Tanjung Rhu.
Harga untuk pakej Mangrove ni RM250 untuk 1 boat. Kitorg 2 family ni cukup untuk 1 boat. Tak perlu campur ngan orang lain. Pakej ni untuk 2 jam. Antara aktiviti dalam mangrove ni adalah bagi makan helang, melawat Gua Buaya, melawat Gua Kelawar, bagi makan ikan di restoren terapung dan boleh mandi di Pantai Tanjung Rhu.
Masa sampai di Gua Kelawar tu boatman bagi masa dalam 20min untuk kita round area gua tu. Kat situ ada banyak monyet.. so kena berhati-hati la ngan cik monyet tu.. ada juga org jual jajan dan air kat situ..
Lepas dari Gua Kelawar ni, perjalanan agak jauh jugak merentasi laut atau senang cakap pusing pulau sebelum berhenti di kawasan Restoren Terapung untuk aktiviti bagi makan ikan. Macam-macam jenis ikan besar ada, kerapu, siakap, ikan pari, lobster dan macam2 lagi. Kat sini juga kita boleh makan di restoren tu.. diorg akan tangkap ikan fresh dari sangkar terapung tu.. tapi harganya pasti lebih mahal kan. Kitorg tak makan pun kat situ.
Lepas dari Gua Kelawar ni, perjalanan agak jauh jugak merentasi laut atau senang cakap pusing pulau sebelum berhenti di kawasan Restoren Terapung untuk aktiviti bagi makan ikan. Macam-macam jenis ikan besar ada, kerapu, siakap, ikan pari, lobster dan macam2 lagi. Kat sini juga kita boleh makan di restoren tu.. diorg akan tangkap ikan fresh dari sangkar terapung tu.. tapi harganya pasti lebih mahal kan. Kitorg tak makan pun kat situ.
Untuk detail mengenai Mangrove Tour ni korang boleh tengok entry Dilah sebelum ni ya.
Tempat Menarik di Langkawi | Mangrove Tour di KILIM Geoforest Park
Tempat Menarik di Langkawi | Mangrove Tour di KILIM Geoforest Park
Lunch di Kak Yan Nasi Campur di Ulu Melaka
Habis aktiviti mangrove tu dah pukul 12 tengahari… ada yg dah lapar ada yg mengantuk.. kitorg memang tak plan apa sgt sbb bawak budak2 ni jadual tak boleh pack sangat. So lepas mangrove tu terus gi makan then balik homestay. Untuk lunch ni Dilah pilih makan di Kak Yan Nasi Campur. Ramai review kata makanan kat sini sedap dan murah serta banyaak sangat pilihan lauk campur..
Anak-anak masing2 tak nak makan sebab kenyang katanya.. so untuk diorg kitorg tapau kan sahaja.. pilihan lauk memang banyakkkkkkkk sangat sampai pusing 2,3 x tak tau nak amik apa.. hahha.. ada udang besar2, sotong, ketam, ikan bakar ikan goreng, sayur2, ulam2 dan lagi satu yg special kat sini ada kerabu bronok.. Dilah memang tak makan la tapi ayah wan try makan bronok ni.. rasanya liat sangat.. Dilah takde amik gambar kat sini sbb muka masing2 tengah ketat sbb kepenatan dan kepanasan.. haha..
Harga makan kat sini.. hm bagi Dilah nak kata murah sgt pun tak, mahal sangat pun tak jugak.. sedang2 kot.. sebab kitorg amik lauk macam2, udang besar2, ikan apa ntah lagi.. pastu ada amik cendawan goreng rangup yg sedap (1 mangkuk RM3) ada amik 4 mangkuk kot.. budak2 punya makanan yg tapau jer RM25. Nasi putih 3 bungkus, ayam masak kicap 3 ketul, sayur, cendawan goreng tu 3 mangkuk. Total makan kat sini utk makanan dan air utk semua orang dalam RM80. Tapi makan memang banyak la..
Mandi Pool di Homestay Century Suria Apartment
Lepas makan terus balik homestay. Budak2 ni dari pagi dah berzikir nak mandi pool. Geram pulak maknye ni.. gi jalan jauh2 semata nak mandi pool. Kalau cam tu baik dok cari hotel dekat rumah jer, x yah la pegi jauh sampai ke Langkawi ni.. hahaha.. emo betul mak tau sebab tak dapat berjalan.. Nasib baik la ada kaklong yg rajin melayan budak2 ni.. Diorg laki bini la yg melayan anak2 dia ngan anak kitorg mandi pool.
Ayah wan ngan Fattah anas dah selamat beradu. Dilah ni pulak pulun basuh 2 trip baju. Oh ye, homestay ni ada sediakan mesin basuh, peti sejuk dan jugak air filter coway tau. Kira lengkap la kemudahan yg diorg sediakan kat apartment ni..
Laksa Ikan Sekoq Tepi Airport
Pukul 4 petang baru budak2 naik dari mandi pool. Siap mandi then bagi makan makanan yg ditapau tadi. Pukul 5 kitorg plan nak JJCM ke Laksa IKan Sekoq pulak.. Budak2 cakap makan lagi, diorg baru lepas makan.. haha.. nasib la.. mak2 dah lapar balik, korang baru nak makan sape suruh kan..
Nak ke Laksa Ikan Sekoq ni senang sangat, just waze jer ke situ. Kalau dari Kuah tu adalah dalam setengah jam perjalanan.. betul2 tepi airport.. memang Nampak la kapal terbang mendarat dan berlepas.. budak2 memang suka la sangat. Sepanjang tepi jalan tu banyak jugak gerai2 macam ni tapi gerai Laksa Ikan Sekoq ni hujung sekali dan kawasannya lebih besar.. meja makan pun banyak sampai ke bawah tepi pantai tu.. sempat la layan sunset kejap.. haha..
Kat sini kitorg makan Laksa Ikan Sekoq, Pasembor, Char Kuey Teow dan Cucur Udang. Nasib kitorg awal sikit, lepas jer dari kitorg Ikan Sekoq tu habis.. tinggai laksa jer yg ada.. Rasanya laksa tu memang sedap bagi Dilah, cucur udang pun best tapi pasembor tu kureng.. Char Kuey Teow lagi tak best. Ni pendapat kitorg la.. Rasa tu kan subjektif.. Total makan di sini RM46.
Detail review Dilah : JJCM Langkawi | Laksa Ikan Sekoq
Detail review Dilah : JJCM Langkawi | Laksa Ikan Sekoq
Shopping Di Haji Ismail Group (HIG) dan Langkawi Saga
Plan asal lepas makan laksa tu nak terus ke Pantai Chenang.. Tapi bila lalu Chenang tu Ya Allah, packnya kawasan ni.. hotel kanan kiri, gerai-gerai memang banyak.. memang Nampak happening la.. tapi jalan jem sebab kereta parking kanan kiri jalan dan jalan one way.. nak lepas area tu hazab jugak la.. so nak ke pantai chenang dah magrib.. so kitorg tukar plan terus ke pegi shopping sikit.
Memandangkan masa sangat terhad, so kitorg tak sempat la nak survey
banyak tempat. Kitorg hanya pergi HIG dan Langkawi Saga jer. HIG ni pun
bukan pegi yg komplek bar utu, kitorg pegi dekat bangunan yg lama tak
jauh dari kompleks tu. Langkawi Saga pulak berhadapan dengan HIG tu. So
park la kete 1 tempat jer bole pegi 2 tempat sekali..
Kalau dari segi harga, tak banyak beza pun harga coklat di HIG dengan Langkawi Saga tu.. so mula2 masuk Langkawi Saga, lepas habis round kitorg pegi ke HIG pulak. Pusing punya pusing jadi rambang mata nak beli coklat apa.. haha.. banyak sangat pilihan.. budak2 lagi la sakan amik coklat itu ini.. tapi macam biasa la sebelum bayar mesti la ibu tapis dulu.. haha.. nanti Dilah buat entry lain untuk ni ye..
Lepas habis shopping kitorg berpecah sebab kaklong nak pegi kedai dobi. So makan pun asing2 la untuk dinner tu.. Past uterus balik homestay.. penat sungguh hari tu..
KOS PERBELANJAAN DAY 2
1- Sarapan – RM46
2- Mangrove – RM100 (dilah tinggal bayar baki je ni) + RM10
- - Lunch – RM 80
- - Lunch – RM 80
3- Laksa Ikan Sekoq – RM 46
4- Shopping HIG – RM 500
5- Dinner – RM 23
GRAND TOTAL DAY 2 = RM 805
Entry lain berkaitan Langkawi 2017
Anniversary Gateaway 2017 | Langkawi - Day 1Tempat Menarik di Langkawi | Mangrove Tour KILIM Geoforest Park
JJCM Langkawi | Laksa Ikan Sekoq
Bebudak kan.. Memang kolam je lah tujuannya.. Hehehe..
ReplyDeleteBanyak sis shopping HIG.. hehehe
next time dtg langkawi nk pergi jugak aktiviti mangrove tu..sbb pegi 2tahun lps xsmpt pun nk pegi sbb hubs tak sihat demam plak..
ReplyDeleteHi sudah follow awak di sini.(^_^)
ReplyDeletebestnya jalan-jalan dekat sana. Kita ni nama je orang Kedah tapi tak sampai lagi pun
ReplyDelete