Anniversary Gateaway 2017 | Langkawi - Day 3 - Ceritera Ibu

Anniversary Gateaway 2017 | Langkawi - Day 3



Anniversary Gateaway 2017|Langkawi - Day 3 | Assalamualaikum.. sambung lagi cerita cuti-cuti Malaysia ke Langkawi awal bulan aritu .. kena cepat2 habiskan takut terlupa pulak nanti.. ni last day di Langkawi.. 

Kitorg checkout homestay dalam pukul 9.30 pagi.. malas nak ulang-alik semula.. lagipun tiket feri tak beli lagi.. so check out siap2 dan pergi tempat yg dituju terus.. of cos la pegi breakfast dulu kan sebelum mulakan aktiviti hari tu..

Breakfast di Nasi Dagang Pak Malau (NDPM)




Dari awal memang dah plan nak pegi makan kat Nasi Dagang Pak Malau ni.. yg lain harus la ikut kan sbb makyong dah teringin nak pegi.. hehe.. dari homestay tu dalam 20min perjalanan.. NDPM ni terletak di kawasan kampong.. memang masuk jauh ke dalam kawasan kampong sikit.. jalan sempit sikit la.. 



Alhamdulillah.. masa kitorg sampai tu tak ramai org sangat.. senang dapat parking dan ada meja makan.. yg best tu dapat duduk kat gazebo menghadap sawah padi.. Ya Allah.. tenang sangat rasanya tengok keindahan alam semulajadi ni.. Subhanallah..  cantik sangat view sawah padai dan gunung ganang tu.. macam dalam lukisan pulak…


Kitorg order nasi dagang ikan tongkol, ND ayam rempah dan nasi ND daging apa ek nama dia dah lupa pulak.. pastu air2 sirap, oren tu segelas RM1.. Kuih muih pun ada jugak.. Total makan kat situ RM40.


 

Lepas siap makan tu acara wajib mesti la nak bergambar berlatar belakang kan sawah padi tu kan.. tu yg paling dinanti2kan..macam dalam lukisan kan.. cantik sangat view sawah padi ni kan...

Siap bergambar baru pegi bayar.. bayar dekat meja yg ada tulis AUDIT tu.. bayar dengan ownernya sendiri PAK MALAU yang sangat peramah.. tengok la tu bila kata nak bergambar terus dia buat gaya macam tu.. hahaha.. lawak sungguh rasanya..

Makam Mahsuri



Lepas breakfast kat NDPM tu, ingatkan nak terus ke dataran Lang. Sekali Kaklong ajak pegi Makam Mahsuri.. masa tu kitorg dah keluar dari area tu.. so terpaksa berpatah balik semula ke arah NDPM tu sebab Makam Mahsuri tu dekat sangat dengan NDPM tu rupanya..

Ni la dia Aisyah, keturunan ke 7 Mahsuri. Sejak lahirnya Aisyah, Langkawi semakin maju..

Kat sini boleh la belajar serba sedikit sejarah Langkawi dan juga Mahsuri.. teringat 25 thn lepas Dilah pergi ke Langkawi bersama family, masa tu Dilah sekolah rendah.. ada amik gambar di buaian mahsuri. So kali ni beriya la cari mana buai tu.. tp tak jumpa.. mungkin ada kot kat salah 1 rumah yg terdapat di situ, tapi Dilah tak larat nak masuk ke semua rumah tu.. mak yong dah mengah dah.. haha.. lagipun cuaca masa tu tengah bahang sangat.. berpeluh2 wehhh… mujur dalam tu banyak gerai2 kecik yg jual minuman.. boleh la buat sejukkan tekak kannn..
 





Cantik kan rumah-rumah kat Makam Mahsuri ni.. konsep kat sini macam sebuah perkampungan gitu.. ada banyak rumah-rumah.. peralatan tradisional pada zaman dahulu..




Kakak dan abg ikut maklong time tu.. Dilah just layan si kecik Fattah Anas tu jer.. tu pun semput nak mengejar dia.. slamber jer jalan sorang2 macam kat kampung dia.. haha.. berani betul budak sorang ni tau.. menonong jer jalan.. Bila jumpa perigi ni, Ayah Wan basuh muka dia.. sejuk sikit.. kalau tak panas litlit rasanya..


Oh ya.. tiket masuk ke Makam Mahsuri ni RM12 utk dewasa dan RM6 untuk kanak-kanak.

Dataran Lang



Tempat wajib pergi kalau ke Langkawi adalah Dataran Helang.. Kerana di sini lah mercu tanda Langkawi dengan adanya replica Burung Helang ni.. 



Sayang nya masa kitorg pergi tu dah tengahari.. Tengah panas terik sangat.. so tak sanggup la nak lama2 kat situ.. budak2 pun dah start meragam bila cuaca panas tu kan.. So, tak dapat la nak bergambar cun-cun kat situ.. sayang betul kannnnn… kuciwa tauuuuu.. huawaaa..

Jeti Kuah

Lepas ke Dataran Lang tu kitorang terus ke jeti kuah.. dah nak balik dah.. masa tu dah pukul 1 tghari.. cepat2 cari tiket feri.. masa mula2 sampai tu ada tiket pukul 2.. tp time tu Dilah tengah sibuk nak pulangkan kereta sewa tu.. lepas 10min macam tu datang balik tengok tiket kul 2 dah habis.. so terpaksa la beli tiket kul 3 ptg..

Sementara menunggu pukul 3 tu, kitorg melepak la kat dalam tu.. So dapat la round2 sekali.. banyak jugak kedai-kedai dalam tu.. ada kedai makan, kedai jual coklat, HIG pun ada juga cawangannya di situ.. Dari segi harga pulak, ada coklat yg dijual kat situ harganya jauh lagi murah dari HIG or RAMS.. tapi tak semua la.. ada lagi mahal ada lagi murah.. so kalau last minute nak beli coklat lagi boleh jer beli kat situ..

Pukul 2.30 ptg pengumuman untuk mereka yg menaiki Feri jam 3 ptg dah boleh naik feri. Maka berpusu-pusu la orang menuju ke feri.. kena tengok betul2 takut salah masuk feri.. Kitorg hampir2 salah masuk feri aritu.. hahaha.. yang bestnya pegi balik rezeki kitorg dapat seat tepi tingkap.. so dapat la budak2 ni tengok laut kan…

Sampai  Jeti Kuala Perlis

Feri masa perjalanan balik ni agak slow sikit.. so kitorg sampai Jeti Kuala Perlis tu pun dalam kul 4.20ptg.. keluar feri jer, Ayah Wan dan Abg Long terus pegi amik kereta.. keadaan luar jeti tu agak sesak sikit bila banyak kereta berhenti amik penumpang.. so kena la sabar sikit.. 

Beg yg dah beranak-pinak.. hahaha

Elok 5 min kitorg mulakan perjalanan, hujan turun dengan lebat di Kuala Perlis tu.. fuhhh.. syukur sangat time tu dah dalam kereta kan… masing-masing dah lapar.. tapi jalan jem pulak area Alor Setar sbb time tu dah pukul 5 lebih, time orang balik kerja kan.. so jem agak lama jugakkkkk.. mereputss la dalam kereta dgn kelaparan… haha


Dinner di Restoren Sala Classic



Actually balik tu singgah alor setar jumpa kawan abglong. Then diorg bawak gi makan kat restoren Sala Classic. Mula2 masuk restoren tu Nampak wahhhh.. meriahnya.. Nampak best.. banyak pilihan dan banyak tempat duduk.. view memang cantikkk.. ada disediakan surau yg bersih dan Nampak eksklusif. Pilihan makanan pun banyak.. ada gerai2 jual pulut manga, pulut durian.. Ya Allah.. mengiurkan sungguhhh…






Sayangnya service kat situ agak lambat.. padahal masa kitorg sampai tu takde orang sangat.. tapi makanan lambat sampai.. bukan byk pun kitorg order.. then harga agak mahallllll… sbb tgk portion kecik jer pun.. rasanya pun biasa2 jer.. sayang betul kan, tempat dah cantik dan selesa.. pilihan makanaan pun banyak tapi service dan makanan biasa2 jer.. bagi Dilah kalau harga mahal tapi makanan best dan service bagus, kita takdela nak komplen kan.. jadi puas hati. Tapi bila service lambat makanan pun biasa2 jer tapi harga mahal, tu yg buat rasa tak puas hati tu… hurmmm…

Overnight di Kuala Kangsar


Lepas dinner tu kitorg pun mulakan perjalanan ke Kuala Kangsar Perak pulak.. kitorg bermalam di rumah atok sedara abglong.. hajat hati nak cari durian kat situ.. Perjalanan dari Alor Setar dalam 2 -3 jam utk sampai Kuala Kangsar. Tapi paham2 jer la kalau lepas makan perut dah kenyang kan.. mata mula la mengantuk.. dah dekat2 sampai tu Ayah Wan memang tak boleh tahan sangat.. so benti tido kejap kat hentian.. Sampai Kuala Kangsar pukul 11.30 mlm.. masuk rumah terus tido.. haha…

KOS PERBELANJAAN DAY 3

1-     Sarapan – RM40 (2 family) - Abglong bayar
2-     Makam Mahsuri - RM36
- -   Shopping Jetty
       > Coklat RM96
       > HIG RM26
       > Jajan RM15
       > Cendrahati + beg RM 50
3-     Tiket feri – RM62
5-     Dinner – RM 188 (2 family)  - Dilah bayar RM100

GRAND TOTAL DAY 2 = RM385


2 comments: