Bayar Tol Menggunakan IC (Kad pengenalan) bagi mengantikan kad Touch N Go
Bayar Tol Menggunakan IC (Kad pengenalan) bagi mengantikan kad Touch N Go | Assalamualaikum.. pagi tadi Dilah agak kelam kabut masa nak pergi kerja. Anak-anak lambat bersiap. Jam dah menunjukkan pukul 8 pagi.. mula la ibu nak membebel bila anak-anak lambat ni.. tak pasal-pasal ibu lambat masuk opis nanti.. lagi-lagi memikirkan hari ni kena bawak kereta kura-kura Dilah tu.. hahaha... memang tak boleh la ibu nak pecut kan..
Tetiba Ayah Wan cakap bawak jer la kereta dia.. ok.. lega sikit hati ibu dengar.. boleh la tekan minyak kuat sikit.. hahaha.. bila anak-anak dah masuk kereta, Dilah pun start la enjin kereta.. alamaaaakkkkkkkkkk... minyak dah E.. dah menyala pulak... iskkkk.. nak kena singgah isi minyak lagi.. mula la sambung membebel kat anak-anak..
"Tengok ni minyak dah E, ibu kena isi minyak lagi.. tu sebab la ibu suruh siap cepat2.. nanti ibu lambat sampai opis... bla.. bla.. bla..."
Nasib la anak-anak dapat ibu yang kuat membebel kan.. kat dalam purse pulak cuma ada RM15 sahaja.. cepat-cepat call Ayah Wan.. tanya dia dari bila 'E' tu menyala? Pastu minta dia amik duit kat rumah.. Dilah dah malas nak keluar masuk rumah sebab dah dalam kereta kan.. Ayah Wan pun keluar rumah pass duit RM50 untuk isi minyak.. Then Dilah pun mulakan perjalanan hantar anak-anak ke taska sambil membebel lagi.. hahaha..
Lepas hantar anak-anak, Dilah teruskan perjalanan ke opis. nasib baik cuti sekolah kan.. jalan tak jem sangat. Singgah isi petrol kat Shell kejap then teruskan perjalanan lagi.. tengok jam dah pukul 8.40am.. Sempat tak ni nak sampai opis?? sampai satu kawasan sebelum masuk highway tengok kereta banyak pulak.. Biasanya Dilah memang tak masuk highway, lalu jalan biasa jer.. tapi sebab dah lambat berkira-kira jugak nak lalu highway untuk jimatkan masa perjalanan..
So Dilah pun masuk susur ke kiri untuk masuk highway PLUS. Dah dekat dengan tol Dilah nak ambil kad Touch N Go kat tempat biasa. tapi tengok-tengok tak ada pulak.. iskkk.. time nak cepat ni boleh pulak tak ada.. sambil cari sambil call Ayah Wan lagi.. tanya dia kat mana dia letak kad touch N go tu.. dia cakap kat tempat biasa tapi memang takde.. sekali Ayah Wan cakap kad tu ada pada dia pulakkk... grrrrrr... geram nye...dah tu macamana nak masuk tol ni?? dah la sekarang takde manual dah, semua kena guna touch n go or smartag... mula la Dilah stress balik.. hhuhhhh...
Gambar google
Ayah Wan cakap try guna IC. Top up RM10 guna IC. Boleh ke?? dia cakap boleh.. ok meh kite try.. kalau tak boleh siap dia balik nanti.. haha.. So Dilah pun terus masuk tol.. tanya cashier yg jaga tol tu dia cakap boleh guna IC tapi nak top up kena masa nak keluar nanti.. ok lega sikit.. lagi bertambah lega bila Dilah touch IC Dilah tu tgk ada baki RM4 dalam tu.. wahhhh.. baru Dilah teringat yang Dilah pernah top up kad IC ni sekali.. haha.. tula.. cuak sangat...
Sampai tol kat Senai yg lalu JPO tu Dilah pun lalu laluan touch N go sahaja.. mujur jugak dalam tu ada baki RM4. Kalau tak de memang kena berbaris kat line lori untuk top up. Dah la hari ni banyak giler lori berbaris dekat 2 lane tu.. musykil pulak apsal banyak sangat lori arini..
Namun begitu Dilah tetap lewat 3 minit masuk opis pagi tadi.. haaha.. kalau tak berhenti cari kad touch n go sebelum masuk tol skudai tu mesti Dilah sempat masuk sebelum 9am.. nasib la..
Kesimpulan nya kalau takde kad Touch N Go, korang boleh gantikan guna IC sahaja.. just top up masa nak exit highway tu di tol. Jangan cuak macam Dilah ye..
Haa..Nona pernah guna masa dua or tiga tahun lepas...
ReplyDeleteTime balik kampung beraya, ahahaha~cuakk jugakkk...tp org tol ckp..guna IC..brulah lega...muahahah~