Happy Birthday to me.. - Ceritera Ibu

Happy Birthday to me..

Happy Birthday to me | Assalamualaikum.. Alhamdulillah, semalam 17 Disember 2017 genap la usia Dilah 24 tahun.. haha.. xdela.. umur Dilah dah 34 tahun dah.. kadang macam tak percaya dah masuk pertengahan 30an.. Korang percaya tak umur Dilah dah 34 tahun ni?? Ke ada yang ingat umur Dilah lagi muda or lagi tua? Hahaha..


Alhamdulillah..  sepanjang umur Dilah 34 tahun ni, Dilah dikurniakan keluarga dan sahabat yg baik-baik dan menyayangi Dilah seadaanya.. Family, suami dan anak-anak yg sihat. Bersyukur sangat-sangat dengan kurniaan dari Allah yang tak ternilai ni.. biasa la dugaan sikit-sikit tu kan, kalau tak, tak mencabar la hidup ni kan..

As usual, takde la celebrate birthday sangat pun lagi-lagi bila dah makin berumur ni kan.. Lagipun dari kecik memang kami adik beradik dibesarkan dengan cara macam ni kan.. kalau birthday tu takdela sambutan apa-apa.. setakat keluar makan jer pun dah memadai.. tiada hadiah istimewa.. so bila dah besar, cara macam tu dah sebati dengan Dilah, dan family husband pun caranya macam tu jugak.. so tak memberi masalah pada kami.. Cuma bila dah besar dah kerja dan beranak-pinak ni adala sikit sambutan kecil-kecilan sekadar untuk mengingati hari ulang tahun tu kan…


Sebulan dua ni husband Dilah meang busy sangat.. hari sabtu pun bekerja.. Aktiviti semalam, pagi Dilah pegi klinik untuk check up. Then balik tu kitorg keluar pergi IKEA TEBRAU yg baru bukak tu.. seumur hidup ni la 1st time Dilah pegi tau.. macam dah jadi hadiah birthday pulak.. haha..  then pergi AEON DATO ON yang baru bukak jugak bulan Oct aritu kalau tak silap.. kat Aeon ni beli kasut sekolah anak dan kitorg pegi lunch sekali kat SUKIYA. Balik tu singgah beli beg sekolah anak2 dan tudung sekolah kakak.. then balik baru balik rumah..

Penat betul semalam.. lepas settle keje sikit2 Dilah pun baring.. Tetiba dengar suara anak2 nyanyi lagu happy birthday sambil jalan masuk bilik. Kat tangan diorg pegang kotak kek sorang satu. Baru teringat Ayah Wan ada beli kek SR masa tengah lunch tadi.. So berlaku la upacara suap-suap makan kek di atas katil.. hahaha.. kelas kannnn.. sambut birthday atas katil jer.. kahkahakhahhhh… lawak pun ada..

Tu je la cerita sambutan birthday Dilah semalam.. Suwit tak?? Hahaha.. asal boleh jer kan.. Hadiah?? Ayah Wan cakap tu dia dah bagi hadiah 700++ tengah wiring rumah.. konon prepare nak pasang water heater yg dah beberapa tahun tertangguh.. adoiii… boleh la.. hadiah untuk kegunaan 1 rumah kan… ala, lagipun kitorg birthday kitorg dekat2 ngan anniversary.. mcm Dilah dua2 bulan 12 dan Ayah Wan pulak birthday bulan 1. So kalau nak beli pape pun bagi jer duit then pilih sendiri.. macam Dilah biasanya akan berkias2 kat dia nak beli hadiah apa utk dia.. then nanti dia pilih la sendiri.. gituuu..

Akhir kata, terima kasih buat family dan rakan-rakan yg selalu support Dilah. Alhamdulillah.. Dilah dikelilingi oleh orang-orang yg baik2 menerima Dilah seadaanya.. terima kasih juga pada semua yg wish birthday dan yg mendoakan yg baik-baik di FB, Whatsapp atau pun di blog.. Semoga Allah balas jasa baik kalian semua.. amiinn..

6 comments:

  1. Sanah helwah kak Dilah (tetiba). Haha.
    Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik. Amin.

    ReplyDelete
  2. Selamat hari lahir. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik. Aamiin :)

    ReplyDelete
  3. Happy Birthday sis.. May Allah bless you always and forever.. :)

    ReplyDelete
  4. Happy birthday Ibu Dilah! Stay healthy ya :)

    ReplyDelete
  5. Happy Birthday !
    Semoga bahagia dan berjaya bersama family tercinta !
    Smoga diberkatinya dan semoga teruss murahh rezeki.

    AMIN

    ReplyDelete
  6. Happy belated birthday Dillah.. Sama umurlah kita ye..

    ReplyDelete