Our 8th Anniversary
Our 8th Anniversary | Assalamualaikum.. Alhamdulillah, 5 dec yang lepas genap lah usia perkahwinan Dilah dan Ayah Wan 8 tahun.. Terasa cepat jer masa berlalu.. tahun ni dah 8 tahun.. dah melepasi dugaan 5 tahun pertama dan menghampiri fasa 10 tahun..
Alhamdulillah.. 8 tahun berkahwin, kami dikurniakan 3 org anak penyeri hidup kami.. Kakak Diyana (7thn), Abg Faris Zakwan (5thn), Adik Fattah Anas (2thn). Tahun depan akan tambah sorang lagi ahli keluarga kami.. cukup la 4 org sahaja anak kami.. kalau ikut Ayah Wan dia nak 5 org tapi bagi Dilah 4 org dah cukup kot.. ni pun dah meriah dan bising rumah dengan suara anak-anak.. lagi-lagi dalam ekonomi sekarang ni kan.. kena la bajet2 jugak kan..
Tahun ni kitorg takdela nak celebrate sangat seperti tahun2 yg sudah.. cuma kebetulan kitorg plan pergi bercuti ke Langkawi bersama family kakak ipar. Dan 5 dec tu pulak kena pada hari selasa ( perjalanan balik ke JB). So ala-ala anniversary Gateaway la jugak ni kononnya.. hahha.. nak jugak kann..
Yang geram nya Ayah Wan tu langsung tak ingat tau.. jangan kata date anniversary, date hari tu pun x ingat tau.. iskkk.. nasib baik la dah 8thn kawen.. dah tau dah perangai dia yg memang susah ingat tarikh2 penting ni.. so I is redho jer la.. haha..
Dilah ni siap la order kek dengan my bff kat Ipoh tu hah.. last year pun masa Holiday ke Perak bersama family Dilah, Dilah order kek dgn Nad ni jugak.. kek dia memang sedap sangat.. Ayah Wan yg tak berapa suka makan kek2 ni pun suka sangat.. tu yg tahun ni order lagi ngan nad.. tapi kali ni amik Durian Mille Crepe Cake pulak... Ya Allah.. kek yg nad buat ni memang sedap sangat2 la.. sampai adik Dilah yg tengah pregnant tu pun mengidam jugak.. nasib baik la Dilah memang plan nak order, so boleh la bagi dia sikit nanti..
Nad ada buat macam2 jenis cake.. tapi crepe cake ni special sikit la bagi Dilah sebab jarang dapat kan.. pastu ada macam2 flavor.. Choc Nuttela sedap sangat.. Durian dah order kali ni.. lain2 ada rainbow crepe cake jugak.. Kalau korang nak rasa kesedapan mille crepe cake ni korang boleh roger Nad @ Azie 019-921 3522 .
Memandangkan Dilah amik kek tu masa otw balik JB, so Dilah potong kek tu dalam kereeta jer la lepas singgah makan kat Nasi Bamboo Sungai Klah.. lepas dari tu kitorg dah berpecah dengan kak ipar.. so potong kat situ boleh la bagi kak ipar rasa sekali.. Dia pun cakap sedap sangat.. Dilah siap minta tippuware ngan sudu lagi ngan nad utk letak cake ni.. hahhh.. nasib baik kawan baik kan.. kalau tak malu gak nak mintak.. hahha
Next2 entry nanti Dilah share mengenai percutian kami pulak yer.. memang happening dan ada jugak tragedi yg tak diingini terjadi.. banyak JJCM jugak kali ni.. hope Dilah cepat2 update takut jadi mcm percutian last year sampai ke sudah tak update2.. hahha
Nampak dah kelaut sangat Dilah membebel ni.. nak citer pasal anniversary tapi dah citer pasal kek dan holiday kitorg pulak.. haha.. okla.. sedikit ucapan dan doa dari Dilah..
Ya Allah..
Berkatilah dan redhai lah rumahtangga kami..
Kau murahkan rezeki kami sekeluarga..
Jadikan anak2 kami anak-anak yg soleh dan solehah..
Pelihara lah keharmonian dalam rumahtangga kami..
Jauhilah kami dari hasad dengki dan kuatkan lah kasih sayang antara kami..
Semoga ikatan perkahwinan kami kekal hingga ke jannah..
Amiin...
Post a Comment