Tempat Menarik Di Langkawi | Mangrove Tour di KILIM Geoforest Park - Ceritera Ibu

Tempat Menarik Di Langkawi | Mangrove Tour di KILIM Geoforest Park


Tempat Menarik Di Langkawi - Mangrove Tour di KILIM Geoforest Park | Assalamualaikum.. Entry kali ni Dilah hanya nak share aktiviti dan tempat menarik sepanjang mangrove tour ke KILIM Geoforest Park, Langkawi. Pada Dilah ni kira tempat wajib korang pergi kalau ke Langkawi. Lagi-lagi kalau ada bawak anak-anak, memang seronok.. Banyak benda boleh belajar dari mangrove tour ni..

 

Jeti Mangrove Tanjung Rhu

Untuk info, terdapat 2 jeti untuk naik bot mangrove tour ni iaitu di Jeti KILIM dan di Jeti Tanjung Rhu. Kitorg naik bot di Jeti Tanjung Rhu.. Kalau dari Pekan Kuah akan jumpa Jeti KILIM dulu.




Kitorg sampai jeti ni around 9.30 am. Masa tu tak ramai orang.. parking pun senang. Terdapat beberapa gerai menjual barangan cenderahati dan jugak topi. Ayah Wan sempat beli topi koboi kat situ dengan harga RM25.



Terdapat banyak boat di sekitar jeti ni.. Compared dengan Jeti KILIM rasanya jeti ni lagi banyak bot..



Sementara menunggu boatman isi minyak petrol, sempat la kitorg round jeti dan bergambar sebentar.. Cuaca pagi tu agak baik.. nampak macam mendung sikit tapi still ok.. janji tak hujan kannn.. kalau hujan memang tak boleh buat mangrove tour.






Harga Pakej Mangrove Tour

Kitorg amik pakej tour selama 2 jam dengan harga RM250/boat. Memandangkan family kitorg pun dah 10 org termasuk kanak-kanak, so senang la carter 1 boat terus.. Kaklong dah bayar deposit RM50 seminggu awal. So bila sampai situ tinggal bayar balance RM200 jer la.. 



Yang tak bestnya, boatman yg kitorg dapat ni jenis yg tak mesra alam dan muda lagi.. So tak banyak penerangan dari dia.. satu kita Tanya 1 je dia jawab tu pun pendek jer.. so nasib-nasib la kalau dapat jenis yg peramah memang best sangat.. kitorg mulakan perjalanan menyusuri sungai pukul 10 pagi.
 

Lokasi Pertama : Eagle Feeding

Bot akan diberhentikan di satu kawasan ni untuk memberi burung helang makan.. Terdapat banyak burung helang. Tapi burung helang kat sini kecik-kecik jer.. Dilah bayangkan burung helang tu besar. Helang ni akan diberi makan kulit ayam. Helang akan menyambar kulit ayam yg terapung di atas air dan makan kulit ayam tu ketika terbang. Sayangnya Dilah tak sempat ambil gambar kat sini sebab sibuk wat live kat FB.. haha

Lokasi Kedua : Paya Bakau dan monyet



Di kiri dan kanan sungai KILIM ni merupakan hutan paya bakau. Dan di kawasan paya bakau ni terdapat banyak sangat monyet.. Kalau korang nak tahu, hutan paya bakau ni la yg menyelamatkan Langkawi dari terkena tsunami dulu.. ketinggian dan kekuatan pokok bakau ni telah mengatasi ketinggian ombak tsunami pada masa itu..

Lokasi Ketiga : Gua Buaya



Actually tak ada apa pun kat Gua Buaya ni.. bot hanya akan lalu di bawah gua tu sahaja.. Mungkin dulu banyak buaya di kawasan ini.. Tu sebab nama tempat ni Gua Buaya..


Ketika melalui Gua Buaya ni agak suspen sikit sebab anak-anak ni sibuk tanya mana buaya nye?? Haha.. kalau buaya tu ada lagi tak berani la mak nak lalu bawah gua ni.. takut kena ngap nanti.. haha.. Kalau air tengah pasang, kita tak boleh lalu Gua Buaya ni sebab air naik menutupi gua ni..

Lokasi Ke-4 : Restoren Terapung


Sebelum jumpa restoren terapung ni, bot ni akan melalui Jeti KILIM terlebih dahulu.. then baru lalu kawasan Restoren Terapung ni.. tapi kitorg tak berhenti di sini.. Just lalu jer..

 Cantik kan view kat sini dengan ada kapal tu..

Lokasi Ke-5 : Gua Kelawar

Di sini semua penumpang diberi masa selama 20min untuk melawat Gua Kelawar. Bayaran untuk masuk kawasan gua ni  hanya RM2 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak atas 3 tahun.



Di kaunter tu jugak ada dijual beberapa jenis jajan dan air botol/tin.



Jom kita tengok kawasan Gua Kelawar ni..


 Laluan yang sempit dan rendah. terpaksa tundukkan kepala masa lalu di sini.. kalau tak terhantuk la kat batu-batu tu.. hahaha

Apa nama batu camni ek?? dulu time geografi ada blaja kannn.. tp dah tak ingat dah dipanggil apa.. haha

Dalam gua kelawar ni kita tak boleh buat bising. Kalau bising akan menganggu kelawar-kelawar tu nanti.. Then tak boleh ada lampu sangat. Tapi kalau tak suluh mcmana nak Nampak kelawar tu kan..




Oh ya, di kawasan ini juga terdapat banyak monyet tau.. walaupun monyet-monyet ni jinak tapi tetap perlu berhati-hati tau.. 

Lokasi Ke-6 : KILIM Geoforest Park



Lokasi seterusnya adalah sempadan Malaysia-Thailand di Laut Andaman. Lokasi ni berhampiran dengan batu-batuan yang ada tulisan KILIM GEOFOREST PARK. Dari Gua Kelawar tadi nak ke lokasi ni agak jauh sikit.. tapi Ya ALLAH… cantik sungguh pemandangan di sini..

Untuk ke lokasi seterusnya, boat akan mengelilingi pulau tapi rasanya macam kita sedang berada di tengah lautan pulak sebab jarak yang agak jauh dengan boat yg bergerak laju.. Air memercik tinggi dan sesekali boat rasa melambung bila terkena alunan ombak.. 


Lokasi Ke-7 : Bagi makan ikan & Restoren Terapung



Lokasi terakhir adalah di kawasan restoren terapung yang ada sangkar ikan.



Di sini ada pekerja yg akan memberi ikan makan..  Ikan pari ni salah satu jenis ikan yg jinak di sini.. ikan ni diberi nama ‘MUMMY’. Mummy ni agak pemalu.. masa pekerja tu bagi makan ikan, ada la beberapa kali jer ‘mummy’ naik atas.. then masuk dalam air semula.. 

 Ikan telinga gajah.. tak pernah pulak dilah dengar nama ikan ni.. hihi




Antaranya ikan kerapu, ikan pari, ikan buntal, ikan telinga gajah, ikan siakap, lobster dan macam-macam jenis ikan lagi.. Ikannya semua besar-besar tau… mcm ikan pari tu dah 2 tahun tp besar mcm tu..


Anak-anak juga berpeluang memegang ‘mummy’ ni. Time ni senang pulak ‘dia’ timbul dan diusap2 oleh mereka.. manja jugak tu.. hehe.. Abg Faris dapat la rasa pegang ikan pari tu.. bahagian atas kasar tp bahagian bawah ikan tu lembik2 katanya.. kita tengok ikan pari ni besar kan tapi sebenarnya ada yg lagi besar dari size tu.. sebesar meja makan pun ada tau.. huhu..
Oh ya, di sini jugak kalau korang nak lunch boleh tau.. tangkap ikan/lobsteeer fresh2 then terus pekerja di situ masak.. tapi harga pastinya lebih mahal kan…

Lokasi ke-8 : Pantai Tanjung Rhu

Sepatutnya sebelum kembali ke jeti Tanjung Rhu, bot akan singgah di Pantai Tanjung Rhu ni untuk mandi pantai. Tapi bila boatman tu Tanya kitorg nak mandi pantai tak? Dan kitorg cakap tak nak mandi pantai.. So boleh pulak boatman tu tak singgah langsung kat Pantai Tanjung Rhu tu.. sabar jer la.. boatman ni memang tak recommended langsung la.. nasib baik la kitorg tetap enjoy the mangrove tour ni dengan cara kami sendiri.. 

Kembali ke Jeti Tanjung Rhu



Alhamdulillah.. secara keseluruhan nya mangrove tour ni sangat berbaloi dan enjoy kecuali boatman tu la.. haha.. satu pengalaman baru buat kitorg yg dewasa ni dan juga lebih bermakna lagi buat anak-anak kami.. Diorang suka sangat aktiviti macamni.. memang banyak soalan la dari anak-anak.. So Dilah suggest kat korang yg pergi Langkawi tu jangan lupa buat aktiviti mangrove tour di KILIM Geoforest ni ye..

KOS UNTUK MANGROVE TOUR
Pakej Mangrove (1 boat) RM250
Gua Kelawar RM6
TOTAL RM 256 

# Sorry.. kalau video tu tak boleh tengok ye..


Entry lain berkaitan Percutian ke Langkawi ;

Anniversary Gateaway 2017 | Langkawi - Day 1

10 comments:

  1. seronoknya...last liez pergi langkawi tahun 2005..
    tu pun just pergi naik kable car, g shopping dgn g underwater world
    mmg plan nak pergi lagi nak bwk anak tunjuk tempat baba diaorg kali pertama nampak mama dkt sana hahahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh.. romantik la mama jumpa baba dia kat langkawi.. hehe.. kalau bawak anak memang sesuai ke tempat macam ni liez.. boleh ajar anak2 alam semulajadi.. dilah aritu tak pegi pun cable car & underwater world..

      Delete
  2. bestnya...lama x pergi langkawi..last pi tahun 2007 hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. best kak el.. dilah pun last pegi masa sekolah rendah. so mmg excited la pegi kali ni ngan husband n anak-anak..

      Delete
  3. Memang best kat langkawi ni.. hari tu tak sempat pula singgah sini.. makan2 suma pun sedap2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Langkawi mmg banyak tempat menarik.. tp hari tu x sempat nak pegi banyak tempat sbb sekejap je kan..

      Delete
  4. Ana tak pernah ke mangrove ni lagi. Plan nak ke langkawi next year. Boleh lah ke sini. Pakai life jacket x naik boat tu dilah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ana mesti pegi mangrove ni tau.. life jacket ada disediakan kat bot tu.. tp ada bot yg pakai ada yg x pakai.. mcm tak wajib pulak kannn.. tp utk keselamatan better pakai la..

      Delete
  5. Sering dengar mengenai lokasi ini namun belum ade mase nak berkunjung. Insya Allah...

    ReplyDelete
  6. seronok²..tapi bab gua kelawar tu menakutkan kan...

    ReplyDelete