Terlanggar Serpihan Tayar Pecah Lori - Ceritera Ibu

Terlanggar Serpihan Tayar Pecah Lori


Terlanggar Serpihan Tayar Pecah Lori | Assalamualaikum.. Malang tak berbau.. ni kisah hari Selasa minggu lepas masa kitorg on the way balik dari Langkawi. Kejadian berlaku di area highway PLUS Kulai selepas Sedenak dalam pukul 7.30 malam.. Nasib baik dah dekat sampai JB.. Kalau jauh lagi dari JB memang pening jugak nak uruskan..

Masa tu Ayah Wan drive tak de la laju sangat dan xdela slow sangat. sebab kereta time tu agak banyak tapi tak jem.. jarak antara kereta pun tak rapat sangat dan tak jarak sangat.. So bila terlanggar tayar pecah tu xdela memasing brek mengejut yang boleh mengakibatkan kereta berempuh pulak.. Kereta kitorg adalah kereta yg last sekali kena tayar pecah tu.. maybe lepas tu ada orang sempat alihkan tayar tu dari terlanggar kereta lain pulak.. Total 10 buah kereta yg terlanggar tanya pecah tu... banyak kan...



Luckily lori yg tayarnya pecah tu ada kat tempat kejadian jugak.. Dan driver lori tu pun dah mengaku yg tu serpihan tayar lori dia.. so senang sikit cerita.. tak perlu claim insurans dengan PLUS sebab dah tau lori sape.. In case kalau korang terlanggar serpihan tayar lori kat highway tapi tak tau lori sapa, korang boleh claim dengan PLUS tau.. 





Macamana keadaan kereta kitorg?? Alhamdulillah.. kereta kitorg tak teruk. kena kat bahagian bumper depan jer.. lampu sportlight tu tertanggal dan ada sensor kot kat 1 lagi lubang tu.. pecah sikit2.. bahagian bawah tu pun ada yg tercabut sikit.. Kereta still boleh bawak macam biasa.. cuma masa awal2 kena tu bila drive nak ke IPD Kulai untuk buat report tu ada bunyi-bunyi sikit.. tapi lama2 bunyi tu hilang..

Ayah Wan dah buat report kat IPD Kulai.. Lepas ni nak settle kan untuk claim insuran pada company lori tu pulak.. kena settlekan cepat2.. tapi tula Ayah Wan pun tengah busy skrg ni.. Hope claim tu pun dah selesai cepat..  selagi tak settle memang hati tak tenang.. 


3 comments:

  1. allahuakbar...bahaya rupanya langgar tayar pecah ni

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum dilah...nasib baik x ada apa2 kejadian yg lain kn...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
  3. Allahuakhbar, malang tidak berbau..
    Syukur alhamdulillah tiada yg serious.. Semoga dipermudahkan urusan membuat tuntutan gantirugi..

    ReplyDelete