Balut Buku Sekolah Anak
Balut Buku Sekolah Anak | Assalamualaikum.. Tahun ni kakak
Diyana dah naik darjah 2. Memandangkan bermula tahun 2017 silibus untuk murid
tahun 1 berubah, makanya setiap tahun silibus pelajaran kakak pun akan berubah.
Kiranya batch kakak Diyana ni pioneer la..
Bila silibus berubah, pastinya buku teks pun akan berubah..
Oleh sebab itu, setiap tahun kakak akan dapat buku teks baru. Buku teks baru tu
takde masalah.. Cuma masalahnya buku teks tu hanya akan dapat selepas mula sesi
persekolahan.. Berbanding murid tahun 3 hingga 6, mereka akan menerima buku
teks pada hujung sesi persekolahan (sebelum cuti sekolah panjang).
Kakak Diyana akan dapat 17 buah buku teks dan buku latihan.
Bayangkan 17 buah buku yg perlu dibalut dalam masa 1 malam?? Dengan keadaan
awal persekolahan yang agak busy dan kelam kabut.. nak balut buku dalam masa yg
singkat.. fuhhh.. memang mencabar sungguh..
3 hari lepas, balik kerja semalam, Dilah nampak kakak Diyana dah tertidur
di sofa.. dengan masih berpakaian sukan dan berstokin, dia dah tidur keletihan..
Bila Dilah check beg sekolah kebanggasaan, ada buku teks baru dalam beg. Hari tu kakak Diyana baru dapat 14 buah buku.. Bila kakak bangun dari tidur,
Dilah pun tanya dia kenapa tak mandi dulu sebelum tidur. Dia cakap dia penat
sangat.. hari tu baru dapat buku teks yang banyak..
“Kakak penat bawak buku banyak2.. Dah la beg berat dengan
buku, lepas tu ada kawan kakak tekan beg kakak pulak.. 2, 3x dia buat macam
tu.. geram kakak tau.. Bila nak balik tu kakak kejap2 berhenti sebab berat
sangat beg kakak.. tu yg kakak penat sangat arini sampai tetidur tadi…”
Alahai.. kesiannya anak ibu.. tu baru 14 buah buku, kalau 17
buah lagi la berat.. Yang geramnya boleh pulak kawan dia tekan beg tu.. Panas
pulak hati ibu bila dengar dia cerita pasal kawan dia tu..
Kakak Diyana cakap cikgu suruh balut semua buku malam tu
jugak.. esok mesti dah siap balut.. Budak-budak kan.. bila cikgu cakap A, dia
ikut A jugak. Dilah cakap mana sempat nak balut semua buku malam tu jugak..
kita balut buku yang ada subjek esok je dulu.. Mujur la kakak boleh ikut apa
yang ibu cakap.. kalau tak pitam ibu nak balut semua buku… haha
Kalau korang nak tau, Dilah ni suka jugak aktiviti membalut
buku ni.. sejak dulu lagi la.. suka tengok buku kemas jer.. mungkin jugak sebab
dari sekolah rendah Dilah jadi pustakawan kan.. so dah biasa dengan aktiviti
membalut buku ni.. Cuma masalahnya skrg ni bila nak membalut buku dengan
anak-anak kecik ni agak stress sikit.. mana tak nye, anak-anak asyik nak
mengacau jer.. kerja yang kejap pun jadi makin lambat dibuatnya.. haha.. yang
kakak pulak asyik minta permission nak balut buku sendiri.. bukan Dilah taknak
ajar dan bagi, Cuma bila pikir banyak nak balut tu kalau bagi kakak buat lagi
lambat siap…
Sudahnya.. Dilah suruh kakak bantu potong soletip jer
banyak2.. Sementara tu Dilah potong pembalut buku ikut saiz banyak2.. siap
potong untuk 14 buah buku. Senang sikit nanti nak guna.. kerja pun jadi lebih
cepat sikit..
Sekarang ni dah banyak jenis pembalut buku, jenis yg kena
potong, jenis sarung jer dan yg terbaru jenis pelekat yg dipanggil
‘Self-Adhesive’. Dilah nak try guna yang
‘self-adhesive’ tu tapi cari-cari kat kedai buku tak jumpa pulak.. so far kawan
Dilah cakap guna ‘self-adhesive’ tu senang jugak..
Untuk buku teks ni Dilah prefer balut guna pembalut buku
yang biasa tu, bukan pembalut yg ‘sarung’ jer.. Sebab buku teks kan nak pakai
bertahun-tahun, bertukar-tukar pelajar yang akan menggunakan nya.. Pembalut
biasa tu lebih tahan lama berbanding dengan pembalut sarung yang mudah terbuka
dan koyak. Dilah guna plastik pembalut buku jenis 'embross' yg tak berkilat tu.. rasa lagi cantik guna yg tu.. haha
Malam tu Dilah dah setel balut 8 buah buku, 4 buah buku teks
dan 4 buah buku aktiviti. Itu pun sebab subjek tu ada hari esoknya.. Semalam sambung
lagi 6 buah buku. 3 buku lagi belum dapat..
Korang biasa balut buku anak guna pembalut macam mana??
rajinnya sis.. sy dulu balut buku sndiri guna plastik mcm tu jugak.. tapi nk habiskn satu buku tu, sempat la rehat beberapa kali. malas.. hahahhaa
ReplyDeletekalau dulu masing2 balut buku sekolah supaya nampak cantik..rindu pula masa zaman sekolah.
ReplyDeletedulu2 masa anak2 di tahap 1 abe kie ada gak tolong mrka balut buku teks...skrg ni mrka buat sendiri je..
ReplyDeleteBanyaknya buku murid sek skrg ye. Kesian tgk dorang bawa berat2. Tp cikgu kenaah faham. Mana nak sempat balut semua dalam satu malam. Selaat dilah minta bab balut2 ni. Ana memang fail. Nanti masa syafi beli pembalut sedia ada tu je. Hahahs
ReplyDelete