Boleh Percaya Ke Laman Web Mencari Jodoh Baitul Jannah ni?? - Ceritera Ibu

Boleh Percaya Ke Laman Web Mencari Jodoh Baitul Jannah ni??

Boleh Percaya Ke Laman Web Mencari Jodoh Baitul Jannah ni?? | Assalamualaikum.. Siapa kat sini percaya dengan Agen Mencari Jodoh? Atau senang cakap laman web yang menawarkan perkhidmatan mencari jodoh?? Dulu Dilah nak kata tak percaya langsung tu tak lah.. tapi tak pernah terpikir pulak nak guna kaedah Agen mencari jodoh di internet ni..

Sampai la 2,3 tahun yang lepas, adik Dilah bertemu jodoh melalui internet jugak tau.. Masa tu umur dia dah 28 ke 29 tahun macam tu.. tapi masih belum ada boyfriend, tak pernah bercinta.. Kawan-kawan pun semua perempuan jer.. Bunda dah risau jugak la sebab dia takde ‘kawan laki’ lagi kan… Ada sekali tu kawan Bunda cerita yang dia pun bertemu jodoh melalui internet.. Alhamdulillah, tak lama lepas tu diorang kawin dan ada beberapa orang anak…

Nak dijadikan cerita, Bunda pun mencadangkan adik Dilah ni cuba mencari jodoh melalui internet.. Tapi takdela meletakkan harapan yang tinggi pun.. tapi adik Dilah ni 50-50.. nak ke tak nak tak sure.. sebab risau jugak kan jumpa orang yang tak kenal.. So dia minta adik bongsu Dilah yang tolong uruskan.. so si Bongsu ni pun tolong la kakak dia.. dari register, isi form dan tolong tengok-tengok kan apa yang patut.. Sampai la ada sorang mamat ni nak berkenalan dengan adik Dilah.. tu pun si bongsu ni yang tolong uruskan…

Alhamdulillah.. diorang berkenalan.. dan orangnya pun baik. Sempat jumpa beberapa kali dan diorang pun putuskan untuk berkahwin.. Memang tak tunggu la pun.. kalau tak silap tak sampai setahun pun diorang berkenalan dan terus berkahwin.. Sekarang ni adik Dilah tu tengah mengandung 8 bulan lebih anak yang kedua..



Maka bermula dari saat tu Dilah ni pun mempercayai akan website mencari jodoh ni. Tapi zaman sekarang ni tak boleh la terus percaya kan.. Kita mesti la kaji dulu setiap website tu sebelum terus percaya 100%. Dilah nak perkenalkan salah satu website mencari jodoh yang boleh dipercayai kerana ianya sangat patuh syariah..

Baitul Jannah Laman Web Cari Jodoh Yang Patuh Syariah

https://baituljannah.co/jodoh/4MRBQ-MY

Korang pernah dengar website Baitul Jannah?? Baitul Jannah ni merupakan sebuah laman web untuk mencari jodoh/pasangan yang patuh syariah.

Kenapa Anda perlu mendaftar dengan Baitul Jannah?

 

Patuh syariah
Setiap calon yang berdaftar akan ditapis dahulu oleh pihak baituljannah.com. Malahan setiap sesi taaruf dipantau bagi tujuan menjaga adab ikhtilat

Privasi anda terjamin
Nama, nombor telefon dan emel anda adalah dirahsiakan dan tidak dipaparkan di profil anda.

Bebas spam
Pihak baituljannah mengawasi sebarang bentuk spam. Anda boleh melaporkan sekiranya terdapat sebarang salah laku oleh calon yang mendaftar.

Anti-SEO
Identiti anda tidak akan berada di sebarang enjin carian seperti Google, Yahoo dan lain-lain kerana dilengkapi dengan sistem anti-SEO.

4 Langkah mudah untuk mendaftar


Daftar dan isi borang - Anda boleh mendaftar di https://baituljannah.com Pihak baituljannah akan menapis setiap borang bagi menjaga kualiti informasi yang diberikan oleh setiap calon.

Mesej dan taaruf - Setiap sesi taaruf dipantau bagi menjaga adab ikhtilat.


Perbincangan Keluarga - Setelah bertaaruf, setiap calon boleh berbincang dengan keluarga bagi melangkah ke arah yang lebih serius seperti merisik dan pertunangan. (Buat masa ini pihak baituljannah tidak memainkan peranan dalam proses ini)

Bina keluarga - Sekiranya anda mendapati beliau adalah calon pasangan sejati yang dicari, seharusnya dipercepatkan proses nikah dan walimatulurus. (Buat masa ini pihak baituljannah tidak memainkan peranan dalam proses ini)

Untuk adik-adik, abang-abang dan kakak-kakak yang masih bujang lagi, boleh la try cari jodoh melalui BaitulJannah ni.. mana tahu kan, jodoh korang memang melalui alam maya ni kan.. Ala.. korang tak rugi apa-apa untuk mencubakan..  Yang penting kita berusaha.. selebihnya tawakal dan berdoalah pada Allah agar ditemukan jodoh yang telah ditentukan olehNYA..

https://baituljannah.co/jodoh/4MRBQ-MY

KLIK DI SINI UNTUK MENDAFTAR DI BAITULJANNAH!!






5 comments:

  1. web ni sbg perantaraan kan.. tak salah pun kan.

    ReplyDelete
  2. Semoga website ni memberi kebaikan dari keburukan. Sebab, benda mcm ni kalau dikawal pengunaannya dengan cara baik. Mesti okay je. Jangan salah guna benda mcm ni.

    ReplyDelete
  3. Macam menarik. Boleh lah cuba nanti.

    ReplyDelete
  4. wah..boleh lah mereka mencuba. mana tahu ada jodoh. salah satu usaha kan :)

    ReplyDelete
  5. saya pun guna website ni and ada lagi website yg lain tapi so far website ni sy rasa design dia ok and user friendly. harga utk premium pun ok

    ReplyDelete