Cara Mudah Label Buku Sekolah Anak Mengikut Jadual
Cara Mudah Label Buku Sekolah Anak Mengikut Jadual |
Assalamualaikum.. Hari ni Dilah nak share TIPS mudah nak label buku sekolah
anak. Mungkin ramai yang dah guna cara ni.. dan mungkin juga korang ad acara korang
sendiri yang lebih mudah.. Boleh la share dengan Dilah nanti ye kalau cara kita
tak sama.. boleh la Dilah improve dan boleh jadi rujukan buat ibu-ibu yang lain
jugak nanti..
Tahun ni Kakak Diyana dah darjah 2. Bermakna ni tahun kedua
Dilah gun acara yang sama untuk melabel buku teks dan buku aktiviti sekolah
kakak. Oh ya.. tahun lepas Dilah Cuma label buku untuk sekolah agama
sahaja.. Bila Dilah tengok cara tu
banyak membantu kakak untuk kemaskan buku dia sendiri, so tahun ni Dilah buat
untuk seekolah kebagsaan sekali. Bayangkan kalau sekolah kebangsaan tu sahaja
dia ada 17 buah buku.. Subjek pun lebih banyak dari sekolah agama kan.. Lagi la
remeh anak2 ni nak kemas buku..
Bahan-bahan yang digunakan
Bahan-bahan yang digunakan hanya sticky note 5 warna, soletip
dan gunting.
Cara melabel buku
Dilah mulakan dengan hari Ahad (negeri Johor kan) di sebelah
bawah sekali. Kenapa sebelah bawah?? Sebab biasanya ruang sebelah atas cikgu
ada label mereka sendiri.. jadi untuk tidak bercampur dengan label cikgu, Dilah
gunakan ruangan sebelah bawah..
Sebagai contoh, bagi subjek Bahasa Malaysia (BM), subjek ni ada setiap hari. So ke semua label Dilah labelkan dan subjek BM ni sebagai reference untuk label yang lain. Jika subjek Sains ada hari Selasa dan Khamis sahaja contohnya, ruang untuk hari Ahad, Isnin dan Rabu dibiarkan kosong.. so baru lah label tu nampak sekata kannn…
Sebagai contoh, bagi subjek Bahasa Malaysia (BM), subjek ni ada setiap hari. So ke semua label Dilah labelkan dan subjek BM ni sebagai reference untuk label yang lain. Jika subjek Sains ada hari Selasa dan Khamis sahaja contohnya, ruang untuk hari Ahad, Isnin dan Rabu dibiarkan kosong.. so baru lah label tu nampak sekata kannn…
Gunakan soletip yg bersaiz lebih lebar sedikit dari size
sticky note tu.. so lebih mudah untuk lekatkan sticky note tu..
Kenapa guna sticky note instead of sticker biasa yang ada pelbagai size tu??
1st sebab biasa nya sticky note yg bersize kecil ni ada banyak warna dalam 1 pack. Normally 5 warna kan so just nice untuk 5 hari persekolahan. 1 warna mewakili 1 hari. Tu sebab Dilah perlukan sticky note yang ada 5 warna.. Ala.. untuk size sticky note ni harganya tak lebih RM2. Sangat menjimatkan kan.. Compared kalau nak beli sticker warna2 tu, 1 pack ada 1 warna jer.. nak kena beli sampai 5 warna kan dah banyak kosnya..
2nd sebab sticky note ni mudah untuk dibuka jika
ada perubahan jadual waktu. Berbanding dengan sticker biasa tu, ia akan
meninggalkan kesan sticker pada buku jika tidak buka dengan elok. Lagi pun buku
teks ni kan perlu dipulangkan bila hujung tahun.. so sebelum pulang boleh la
tanggalkan/buka soletip tu dengan mudah..
Berkesan ke label buku cara ni??
So far lepas setahun Dilah guna cara ni untuk label buku sekolah agama Kakak Diyana tahun lepas, ianya sangat berkesan dan memudahkan kerja.. Kakak Diyana dah boleh menyusun buku sekolah yang perlu dibawa ke sekolah keesokan harinya tanpa melihat jadual waktu lagi. Kebetulan pulak sekolah agama memang tak pernah tukar jadual waktu sepanjang tahun..
Bagi buku sekolah kebangsaan pula, kemungkinan akan ada 2,3 kali perubahan jadual waktu dalam setahun.. Namun begitu, subjek yang berubah hanya sedikit sangat. So masih acceptable lagi la untuk Dilah tukar label setakat 1 or 2 buku sahaja..
Macamana pulak dengan korang? Korang guna cara yang sama or ada cara lain? Share la ngan Dilah.. kalau cara korang lebih praktikal boleh la Dilah tiru pulak.. hehe
good sharing.. pernah tgk cara ni dlm surak khabar haritu.. mmg bkesan..
ReplyDeletewow..bagusnya dillah...respek.ibu2 yg rajin ni tau...haha..sbb akk xserajin tu pun..xpnh ambk tau psl jadual waktu ank2..tahniah dillah😘
ReplyDeletekena bookmark dulu ni,sebab Naura tak sekolah lagi..hehehe...nampak mudah je nak buat labelling ni kan...
ReplyDeleteSenang juga Cara ni Kan.. boleh try apply juga ni
ReplyDeletemenariknya.. memudahkan untuk anak ambil buku yang diperlukan pada hari tersebut..
ReplyDeletewahh! menarik ni. thanks for sharing
ReplyDelete