Menangi Pakej Percutian dalam Peraduan Traveloka Fly and Win CNY Challenge - Ceritera Ibu

Menangi Pakej Percutian dalam Peraduan Traveloka Fly and Win CNY Challenge


Menangi Pakej Percutian dalam Peraduan Traveloka Fly and Win CNY Challenge |  Assalamualaikum.. Hai korang… Semalam Dilah belek-belek kalender.. rupanya Chinese New Year tak lama jer lagi kan.. korang dah plan ke nak bercuti ke mana? Maklum la, time Chinese New Year ni kan biasanya cuti panjang.. sekolah pun cuti lama sikit kan.. so ambil peluang la untuk pergi bercuti bersama anak-anak kan… anak-anak pun dah bertanya nak berjalan ke mana ni ibu cuti nanti??

Memandangkan Dilah ni pun dah sarat, mungkin untuk percutian kali ni kitorang pergi bercuti yang dekat-dekat jer kot. Tak larat dah nak berjalan jauh, sakit pinggang duduk dalam kereta lama-lama.. haha.. tapi kalau naik flight ok kot.. dalam sejam takde la sakit pinggang kan.. So sebelum bersalin ni kena la pegi bercuti jugak.. karang anak-anak boring pulak nak tunggu baby besar sikit baru dapat pergi berjalan lagi kan..

Tapi kalau last minute punya plan ni, kena la survey lebih sikit kan.. maklum la masa cuti sekolah ni mesti la hotel-hotel tempat penginapan biasanya fully booked.. Dilah suka survey di website Traveloka. Sebab di website ni kita boleh bandingkan tiket flight dan hotel sekali.. so senang kerja kan.. buka satu website boleh cari semua yang kita nak kan…


Lagi satu, kat Traveloka ni selalu bagi promo code tau.. so kita boleh dapat potongan harga untuk tiket penerbangan dan juga penginapan.. memang boleh jimat banyak tau… cuba korang tengok ni, kalau korang sign in sahaja dah boleh dapat 25% off.. kalau dah register tu nanti selalu la dapat notification dan email promo code tu…

Dilah ni rambang mata sebenarnya.. kalau tengok website tu macam-macam jenis hotel ada.. cakap jer nak berapa bintang semua ada.. Tapi pilihan Dilah mesti la yang ada pool kan.. bila ada anak-anak ni mesti nak cari yang ada kolam renang.. Budak-budak kan suka sangat dengan air..  Dapat mandi air kolam dah happy sangat la diorang kan..


Dilah dah listkan beberapa hotel terbaik untuk dibuat pilihan nanti.. Tengok harga pun ada diskaun lagi tu.. hotel terbaik tapi harga lebih kurang sama dengan hotel biasa.. so time ni la kita nak merasa duduk hotel yang bestkan.. Kalau walk in dah tentu harganya lebih mahal..


Selain dari tu Dilah survey-survey jugak untuk percutian seterusnya.. mungkin dalam cuti sekolah bulan Oktober or Disember nanti kot.. survey-survey jer dulu.. maklum la anak dah ramai ni tak boleh la time tu nak pergi time tu baru terhegeh-hegeh nak cari kan.. Duit pun kena simpan jugak.. baru la puas percutian kita nanti.. takde la terlalu mengikat perut nanti kan.. hehe..

Cara Dilah kalau nak pergi bercuti senang jer.. Rancang percutian lebih awal dan buat simpanan lebih awal. Walaupun kata hanya percutian bajet, tapi takde la sampai catu makanan kan.. Masa bercuti ni la kita nak merasa makanan yang best di tempat orang kan.. macam masa Dilah pergi Langkawi aritu la.. so spend la lebih sikit untuk makanan tu takde masalah bagi Dilah.. Selain dari tu, tempat-tempat yang dikunjungi pun kalau hanya ada di tempat tu Dilah akan masuk kan dalam list.. supaya dapat la kita merasa jugak kan.. Contohnya kalau pergi ke Sabah tak pergi ke Desa Dairy Farm yang ada ladang lembu tu tak sah kannn.. kalau kat tempat lain jarang kita berpeluang dapat masuk ke ladang lembu melihat sendiri proses memerah dan memproses susu lembu kan.. 

Traveloka Fly & Win CNY Challenge Contest




Oh ya, korang tahu tak, kat Traveloka sekarang ni ada contest tau sempena Chinese New Year iaitu Traveloka Fly & Win CNY Challenge. Contest ni macam games la.. korang boleh kunjungi website Traveloka CNY 2018 Contest ya.. Hadiah yang ditawarkan sangat la menarik... Nak tahu apa hadiahnya??? Jom kita tengok..

1st Prize
Pakej Percutian ke 6D5N in Seoul
(Tiket penerbangan dan tempat penginapan) untuk 2 orang

2nd Prize
Pakej Percutian ke 5D4N in Phuket
(Tiket penerbangan dan tempat penginapan) untuk 2 orang

3rd Prize
Pakej Percutian ke 4D3N in Langkawi
(Tiket penerbangan dan tempat penginapan) untuk 2 orang

Hadiah untuk peserta bertuah yang share di Facebook
RM1000 Traveloka Voucher untuk 2 orang pemenang


Menarik sangat kan hadiah-hadiah yang ditawarkan… Kalau la Dilah dapat salah satu dari hadiah tu kan best… Mana tahu rezeki baby kan.. dapat bawak satu family pergi bercuti.. hehehe..

Antara syarat-syarat Traveloka Fly and Win Challenge;
-        Peserta haruslah berumur 18 tahun ke atas (pada January 2018)
-        Contest akan bermula pada 22nd January 2018 hingga 28th February 2018 jam 23:59pm. (Penganjur berhak memendekkan masa pertandingan tanpa sebarang pemberitahuan)

Untuk lebih detail, korang boleh tengok Terms & Condition di Traveloka ya.. korang kena la baca dan fahamkan betul-betul syarat pertandingan tu tau..


Bila dah faham terms and condition tu, korang boleh klik pulak dibahagian INSTRUCTIONS pula untuk  cara-cara untuk main games tu.. Korang follow jer instruction la tu tau.. Masa tu doa-doa la ada rezeki untuk menang kan.. hehe.. Jom kita sertai Peraduan Traveloka FLY AND WIN CNY Challenge ni beramai-ramai..








4 comments:

  1. mimin pun join . sbb tak susah nak join. game dia pun best. good luck kak collect angpoww

    ReplyDelete
  2. main game dan menang.. syok nie..

    ReplyDelete
  3. Pergh kalau menang dapat pergi overseas, memang betul best

    ReplyDelete
  4. akak nak try lah..tq for sharing dilah..

    ReplyDelete