Perjumpaan Ahli JDT Blogger - Ceritera Ibu

Perjumpaan Ahli JDT Blogger


Perjumpaan Ahli JDT Blogger | Assalamualaikum.. Hari Sabtu lepas, Dilah sempat luangkan masa berjumpa dengan ahli JDT Blogger. Actually Dilah pun macam confirm tak confirm jer boleh join..  sebab last week kan Fattah Anas tak sihat.. Sakit perut + muntah-muntah.. Tapi alhamdulillah.. hari Sabtu tu Fattah Anas dah sihat dan ceria.. so dapat la Dilah join..

Dari kiri Kak Hernee, Nona, Uyul, Kak Eda, Dilah dan Kak Mia

Makan dulu sebelum meeting.. hehe

Dah kenyang baru meeting.. hahaha..

Perjumpaan ni bertujuan untuk membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan team JDT Blogger.. Hala tuju dan aktiviti tahunan JDT Blogger.. Ini pertama kali Dilah join meeting diorang.. tu pun tak ramai yang dapat hadir.. tapi dapat la jugak kitorang plan beberapa perkara untuk JDT Blogger kan..


Antara JDT Blogger yang hadir adalah Kak Hernee Nazir, Kak Eda, Kak Mia, Uyul Rosli, Nona dan Dilah sendiri.. Ni first time Dilah jumpa adik cantik manis Uyul Rosli dan Nona tau.. selalu berbalas-balas komen jer di group wassap kitorang.. hehe..





Seperti biasa, dah nama pun blogger kan.. mesti la nak ambil gambar dan wefie bersama-sama.. haha. lagi pun sebagai bukti kat ahli group yang lain ni yang kitorang dah berjumpa.. hehe.. alasan kannn... 

Mudah-mudahan apa yang telah dirancang dapat berjalan dengan lancar.. tak sabar Dilah nak join aktiviti yg dirancang tu.. hope time tu Dilah available la kan.. Maklum ler, mak anak dah nak masuk 4 orang ni, kesihatan tak menentu.. Lagi2 bila baby dah lahir nanti.. agak terbatas sikit la pergerakan diawal-awal tu kan...

Pengambilan ahli #JDTBlogger 2018

Kami dari komuniti JDTBlogger dengan berbesar hatinya ingin mempelawa anda menyertai komuniti blogger di johor.

Syarat penyertaan:
✅ blogger Johor
✅ blog aktif bukan krik2 setahun
✅ blogger adalah anak jati Johor yang menetap atau tidak menetap di Johor
✅ blogger dari negeri lain yang menetap dan bermastautin di Johor
✅ tidak terikat dengan mana-mana syarikat/ komuniti lain

Jom sertai komuniti JDT Blogger.
Pm kami di socmed rasmi JDTBlogger

Facebook - https://www.facebook.com/jdtblogger/
Instagram - https://www.instagram.com/jdtblogger/
Twitter - https://www.twitter.com/jdtblogger

7 comments:

  1. Seronok ye dpt gathering sesama ahli Blogger. Bila lah nak jumpa Dilah ni kan. Uyul dan Mia Ana dah pernah jumpa.

    ReplyDelete
  2. Wahh..dah up entry ye..nampaknya kena kemas kini blog balik

    ReplyDelete
  3. wahh seronoknya ya ada reunion mcm ni... gathering ke ape..syoknya !

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum dilah...bestnya dpt join...kalau x demam hari tu pasti mama pun sampai juga ni...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
  5. bestnyaaa...masaaa meeting ni. ain belum wujud lagi.hahahaa..

    ReplyDelete