Resepi : Risoles Ayam Berkeju Mudah dan Sedap - Ceritera Ibu

Resepi : Risoles Ayam Berkeju Mudah dan Sedap


Resepi : Risoles Ayam Berkeju Mudah dan Sedap | Assalamualaikum.. Dah lama Dilah teringin nak makan rosales ni tapi nak order kat kwn jauh pulak.. aritu dapat la rasa kat opis, sedap sangat.. tapi macam tak cukup pulak..

So rasa nak buat sendiri.. dapat la makan lebih sikit kan.. tapi tak berapa nak gigih pulak nak buat kulit rosales tu satu2.. so kite modify la sikit kat resepi kulit tu ye.. dari crepe tukar guna roti potong jer.. senang keje mak..
 
Yang penting inti Risoles tu kena mantap.. Meh tengok resepi & cara buat rosales ayam berkeju yg telah diolah oleh Dilah.. semalam dah share kat FB, arini share kat sini pulak..


RISOLES AYAM BERKEJU

Resepi telah diolah oleh : Dilah


Bahan-bahan utk inti:
3 biji kentang
1/2 batang carrot
Isi ayam
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 keping slice cheese
1 kiub ayam
Serbuk lada sulah
Serbuk lada hitam
1/2 cwn air
2 sudu butter

Bahan Risoles
Roti keping
Telur
Serbuk roti

Cara penyediaan inti
1. Potong dadu kentang dan carrot. Cincang isi ayam kecil- kecil.
2. Panaskan kuali dan cairkan 2 sudu butter.
3. Tumiskan bawang besar dan bawang putih yg telah dipotong dadu sehingga naik bau.. masukkan kiub pati ayam.. kacau rata..
4. Masukkan kentang dan carrot ke dalam kuali.. tambahkan sedikit air utk empukkan kentang.
5. Masukkan isi ayam dan gaul rata..
6. Masukkan serbuk lada sulah dan lada hitam..
7. Masukkan slice cheese yg telah dikoyak-koyakkan.. kacau sehingga sebati...
8. Biarkan seketika sehingga inti kering sedikit baru la tutup api.. siap!!


Note: Dilah x tambah garam sbb kiub ayam & cheese tu dah masin..


Cara penyediaan Risoles:
1. Gelek roti supaya nipis.. (kalau x gelek nanti roti akan serap minyak).
2. Letakkan sedikit inti atas roti dan gulung roti.
3. Golekkan roti dalam telur.
4. Salutkan roti dengan breadcrumbs.
5. Ulang sehingga siap!
6. Panaskan sedikit minyak. ( Tak perlu minyak banyak).
7. Goreng risoles sehingga keperangan.. terbalikkan rosales supaya masak sekata.. siap!


 Gelek roti supaya nipis.. (kalau x gelek nanti roti akan serap minyak). Letakkan sedikit inti atas roti dan gulung roti.

 Golekkan roti dalam telur.

 Salutkan roti dengan breadcrumbs.

Panaskan sedikit minyak. ( Tak perlu minyak banyak). Goreng risoles sehingga keperangan.. terbalikkan rosales supaya masak sekata.. siap!


Mudah kannn.. Sedap dimakan begitu sahaja atau cicah dengan sos.. anak-anak makan macam tu jer pun bertambah2 😍😍 senang hati ibu bila anak suka..



Nak frozenkan pun boleh.. simpan dalam bekas kedap udara.. Aritu ada lebihan inti risoles tu.. roti dan telur dah habis pulak.. so Dilah balut guna kulit popia pulak.. sedap jugak tau.. Dilah frozenkan jugak..

SELAMAT MENCUBA 😉😉


P/S : Dilah ni keliru dengan nama sebenar makanan ni.. omputih sangat kan.. Rosales ke, Risoles ke resoles ke.. tu yang tertukar2 namanya.. hahaha.. Tapi ada org dah betulkan nama sebenarnya Risoles.. kat gambar tu Dilah malas nak edit semula tulis risoles.. haha...

4 comments:

  1. Menarik! Ulasan penerangan yang padat dan gambar ikut susunan yang jelas.

    Rasa macam terus nak masuk dapur.

    Habis la, masuk blog ni, terus lapar.

    ReplyDelete
  2. selalu beli jugak benda ni pagi pagi tapi taktau nama apa haha

    ReplyDelete