Resepi Sambal Goreng Tempe Kering dan Garing
Resepi Sambal Goreng Tempe Kering dan Garing | Assalamualaikum..
Hari ini Dilah nak share resepi sambal goreng tempe kering.. Menu kegemaran Dilah masa bulan puasa tau ni.. takde selera nak makan, buat la sambal goreng tempe ni.. yg best tahan lama.. Selalu Bunda jer yang buatkan.. kali ni Dilah buat sendiri..
Sambal Goreng Tempe Kering dan Garing
Bahan-bahan
Tempe (**goreng) - Dilah guna 2 keping yg pack dlm plastik tu
Kacang (**goreng) - Segenggam
Ikan Bilis (**goreng) - Segenggam
Sambal untuk sira
1 biji Bawang besar (kisar)
4 biji bawang putih (kisar)
4 sudu cili kering yg telah dikisar
2 sudu gula
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Cara memasaknya..
-
Hiris tempe dan goreng garing dalam minyak yang
panas.
2 -
Goreng ikan bilis sehingga garing dan toskan minyak.
- Sangan kacang sehingga
masak (tp Dilah masak guna Airfryer jer). Ketepikan bahan2 yg telah digoreng.
-
Panaskan minyak untuk menumis.. Tumis kan bawang
merah, bawang putih sehingga naik bau.. then masukkan cili yg telah dikisar
sehingga terbit minyak.
- Masukkan gula dan garam secukup rasa.. kacau
rata sehingga sambal garing..
-
Lastly masukkan tempe, ikan bilis dan kacang.
Kacau rata semuanya..
-
Siap!!
Ni tempe, ikan bilis dan kacang yang telah digoreng. Kuantiti tu agak-agak ikut suka nak letak banyak mana.. tempe hiris nipis-nipis supaya garing. Ikan bilis kalau guna yg jenis besar tu kopek la dulu.. Dilah guna yang jenis halus ni tak payah nak kopek..
TIPS :
- - Untuk dapatkan sambal tempe yg garing, masukkan
semua bahan gorengan (tempe, bilis, kacang) ketika sambal tu masih panas lagi.
- -
Untuk pastikan sambal goreng tempe ini tahan
lama, sambal tu kena buat manis sikit.. tapi (Dilah tak buat manis sangat sbb
tak plan pun nak simpan lama2 sangat.. dalam 5 hari ada la sbb dah abis.. haha)
Hahhh… senang je kan.. Sedap dimakan dengan nasi
panas-panas.. Sambal goreng ni pun sebagai penambah selera.. Makan ratah macam
tu sahaja pun sedap.. Dilah memang ratah jer la.. haha..
SELAMAT MENCUBA..
SA kalau buat lauk sambal kacang tanah ngan tempe ni kan..sure kacang tu x garing la..x reti nak goreng cane dah bg betul2 garing
ReplyDeleteSedap
DeleteFavorite ana ni dilah. Ratah macam tu je selalunya. Tak pun makan dengan roti. Sedapnya.
ReplyDelete