Selamat Tahun Baru 2018 dan Kenangan 2017 - Ceritera Ibu

Selamat Tahun Baru 2018 dan Kenangan 2017


Selamat Tahun Baru 2018 | Assalamualaikum.. rasanya masih belum terlambat kan untuk Dilah ucapkan selamat tahun baru 2018 kepada semua readers.. Bagi negeri Johor dan beberapa negeri lain, hari ni dah masuk hari kedua persekolahan bagi sesi 2018. Dilah pun baru mula bekerja hari ini..

KENANGAN 2017

Alhamdulillah.. tahun 2017 meninggalkan seribu satu kenangan buat Dilah dan keluarga.. Dilah rasakan banyak improvement yg telah Dilah buat sepanjang tahun 2017. Pertamanya dah tentu lah mengenai blog Dilah ni.. sepanjang tahun lepas, Dilah dah mula aktif menjana pendapatan sampingan melalui blog ini.. Job review dan memenangi beberapa contest dan giveaway merupakan pencapaian terbaik Dilah dalam dunia blogging ni..

Selain dari tu Dilah juga mula aktif semula dalam parttime bisnes AMWAY. Actually Dilah dah join AMWAY ni lama dah, 8 tahun kalau tak silap.. tapi sebelum ni hanya pengguna tegar sahaja.. Tapi Bunda Dilah memang sangat aktif dan beliau sendiri telah mencapai pangkat Founders DD sehingga layak menikmati percutian dari AMWAY ke Mediterranean Cruise tahun lepas.. Melihat semangatnya yg kuat walaupun telah berusia, menjadikan kami anak-anaknya begitu kagum dan bersemangat untuk mengikuti jejak kejayaannya.. So kalau korang sedang tercari-cari side income boleh la join team kami.. InsyaAllah kami akan bantu..

Selain dari itu juga, rezeki tahun lepas semakin mencurah-curah bila Dilah disahkan mengandung anak keempat. Alhamdulillah.. inilah yg dikatakan setiap anak itu pembawa rezeki kannn.. Rezeki jugak bila Ayah Wan dapat kerja kat tempat baru..

SELAMAT TAHUN BARU 2018

Soalan biasa bila masuk tahun baru ni mesti orang akan tanya azam tahun baru kan??? Apa azam tahun baru 2018 ni dan apa azam tahun 2017 yg belum tercapai lagi??
 

Seperti tahun-tahun sebelum ni, Dilah takde tetapkan azam yg tertentu setiap tahun.. Cuma Dilah akan pastikan Dilah berubah kepada yg lebih baik setiap tahun.. Azam ni berbentuk general kan.. yesss.. memang general sebab banyak perkara yang kita boleh ubah menjadi yang lebih baik kan.. nak jadi isteri dan ibu yang lebih baik.. jadi pekerja yg lebih baik.. anak yg lebih baik.. semuanya nak jadi yang lebih baik dari sebelum2nya.. Begitu juga dalam dunia blogging dan bisnes Dilah ni, Dilah harapkan yg diberikan rezeki yg melimpah ruah untuk membantu keluarga tercinta..

Mungkin kalau nak spesifik sikit, memandangkan tahun ni kitorg akan menyambut kehadiran baby baru iaitu anak yg keempat ni…. Dilah harapkan Dilah dapat manage masa dan emosi dengan lebih baik untuk handle urusan anak-anak dan rumahtangga.. dah boleh bayangkan cabaran mak anak 4 tu nanti.. hahaha.. rasanya ni la perkara yang paling mencabar untuk tahun ini.. Hope tak bertukar menjadi naga la nanti.. hahha… 

Semoga dipermudahkan urusan kita semua dan dimurahkan rezeki kita semua sepanjang tahun ini ya..

Korang macam macam pulak?? Ada azam yang terntu ke untuk tahun 2018 ni?? Meh la share ngan Dilah..

9 comments:

  1. assalamualaikum dilah..betul tu dilah azam setiap tahun akan menajdi yang lebih baik dr tahun sebelum2nyakan...semoga apa jua yg dihajatkan akan kita perolehi nanti in sha Allah aamiin...bila due dilah thn ni..?

    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumslm mama.. amiin ma.. dilah due mid april nanti..

      Delete
  2. samalalah azam tahun baru tahun nie nak jadi yang lebih baik dari tahun sebelumnya..insyaallah , selamat tahun baru

    ReplyDelete
  3. Selamat tahun baru dilah. Semoga apa yg dihajati tercapai dan semoga tahun ni lebih banyak kejayaan dan kebahagiaan menanti. InsyaAllah.

    Lawa gambar dekat bendang tu.❤

    ReplyDelete
  4. selamat tahun baru. semoga dipermudahkan...

    ReplyDelete
  5. Salam Tahub Baru juga kak Ibu Dilah. Semoga semua urusan kita dipermudahkan juga. InsyaAllah. Aamin. :)

    ReplyDelete