Ubat Cacing Zentel - Ceritera Ibu

Ubat Cacing Zentel


Ubat Cacing Zentel | Assalamualaikum dan salam jumaat semua.. Pernah tak anak-anak korang rasa tak selesa dan gatal-gatal kat montot?? Sori la.. pagi2 dah cerita montot pulak.. kahkahkah..  takpe nye.. Dilah just nak share info jer ni..

Kisahnya hari Isnin lepas, si kakak tu mengadu yang montot dia rasa gatal.. rasa geli-geli gitu.. memang rasa tak selesa dia cakap.. Dilah suspect mesti ada cacing ni.. maklum la dah lama tak makan ubat cacing kan.. kalau anak kecik tu kalau tak silap umur 2 tahun akan diberi makan ubat cacing kan.. klinik kesihatan ada bagi ubat tu.. tapi memandangkan kakak ni dah 8 tahun, kira dah lama la tak makan ubat cacing tu kan..


Dilah cakap ngan kakak, kakak kena makan ubat cacing.. mesti ada cacing tu kat montot.. Dia dah risau.. 1st risau sebab kena makan ubat.. 2nd sbb ada cacing kat montot.. Penat la explain yg cacing tu akan keluar sekali kat najis bila berak.. Dah dia pulak takut nak berak.. dah la jenis susah berak, dah tu tahan2 pulak.. adeehhhh…
Dilah minta ayah wan belikan ubat cacing tu kat farmasi tapi asyik lupa jer nak bgtau jenis apa  dan tunjuk gambarnya.. Biasa la org laki kan.. nak minta tolong belikan apa2 kena bagi info detail. Karang salah beli pulak..

So hari Rabu aritu baru la ayah wan beli.. ni la ubat cacing nya brand ZENTEL. Harganya RM10. Tak tau la kot ada kedai lain lagi murah kan.. 1 botol ni ada 10ml. minum terus 1 botol ni.. hanya sekali minum jer..

So malam tu kakak pun minum la ubat tu.. mula2 payah jugak nak suruh dia minum sbb dia jenis yg susah makan ubat.. tapi ubat tu ada bau oren2.. best la kan… habis la jugak dia minum…


Tak lama lepas tu dia ada cakap nak membuang.. So suruh la dia pergi membuang macam biasa.. tapi dia cuak.. dok imagine cacing tu keluar macamana la.. ee.. geram pulak ibu ni.. cakap la yg takde rasa apa pun.. berak jer macam biasa.. last2 baru dia berani berak…


Bila Tanya dia ada rasa pape tak?? Dia cakap takde rasa apa2 pon.. hah.. tula.. ibu cakap tak percaye.. dia pun cakap montot kakak dah takde rasa geli-geli & gatal lagi.. Hahhh.. lega rasanya bila dia cakap macam tu..

So kalau anak-anak korang ada rasa geli-geli kat montot tu cepat2 la beli ubat cacing ni ye.. bagi makan tak lama tu dah setel masalah..

10 comments:

  1. pernah jugak terfikir nak beli untuk diri sendiri sebab rasa lapar je. hahah imagine banyak cacing dalam perut ni . tapi kat klinik asyik habis stock, lagi lagi lepas viral kena makan ubat cacing hari tu hahaha

    anak anak Cici rasanya tak pernah makan lagi ubat ni. pergi private doc tak pernah sebut pasal ni. kena beli kat farmasi lah jawabnya

    ReplyDelete
  2. ubat ni bagus.. kita yg dewasa pon kne amik...

    ReplyDelete
  3. ank sy pun minum jugak...sy pun minum jugak ubt cacing nii...tp, takde kua cacing pun...hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau org dewasa yg ambil ubat ni, xde keluar ke cacing? Risau plak dah lama x mkn ubat cacing..

      Delete
    2. Mmg x nampak cacing dlm ..... kalau nampak benda yg putih2 tu,mayat cacing lah tu

      Delete
  4. Hana paling takut nak ke tandas lepas makan ubat cacing

    ReplyDelete
  5. anak saya ni dah lama tak minum ubat cacing. Setakat ni diaorang tak de mengadu apa2..tapi nenti kena bagi jugak la..

    ReplyDelete
  6. ubat cacing 1thun sekali kena makan..yg utk anak2 ida ada jumpa jnis gula2..bg je diorg kunuyah2

    ReplyDelete
  7. Nk tnye..ubat cacing zentel ni yg mne 1 ok tablet ke syrup ye?anak sy umur 2thn dh..ingt nk beli sdiri kt farmasi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti pulak saya.. sy pernah bagi yg jenis syrup jer..

      Delete