UNTUK APA LAGI DARI FEBIANS
Untuk Apa Lagi Dari FEBIANS | Sesekali
terdengar lagu kumpulan Rock yang popular ketika dahulu memang
menggamit memori la beb ( hahaha gaya tulis ni pun dah Rock la Bro dan
Sis ) . Saya rasa ramai yang mengenali dan meminati Kumpulan Rock yang
agak terkenal satu ketika dahulu iaitu Febians…Saya juga antara ribuan
peminat Kumpulan Febians yang terkenal dengan lagu Penantian , Masih dan
Kehancuran Sebuah Cinta .
Sejarah dan Latar Belakang Serta Penubuhan Febian's
Kumpulan
Febians ditubuhkan pada tahun 1979 di Johor Bahru Johor. Asalnya
kumpulan ini dianggotai oleh Aziz Mohamed ( Aziz ), Abdul Rahman ( Man
Burger ), Kemat Hassan ( Kemat ), Samsuri Hj. Tahir ( Sham ) dan Jasmin
Zainal ( Hana ). Asalnya dikenali sebagai D’Febians.
Mula
menempa nama dalam arena muzik tempatan pada tahun 1983 hingga ke arena
Juara Juara Rock. Dinobatkan gelaran Raja pentas pada era 86 – 88
kerana sering muncul dengan persembahan mantap dan bertenaga.
Pada
tahun 1988, lahirnya album sulung Febians yang menggunakan nama Febians
sebagai judul album. Ketika itu dianggotai oleh Aziz Mohamed (Aziz),
Nasabandi Jumat (Nasha), Sufian Samiran (Ians), Harun Rahman (Harun) dan
Samsuri Hj. Tahir (Sham).
Melihat
sambutan hangat yang diterima menerusi album sulung, Febians muncul
kembali pada tahun 1989 menerusi album kedua yang diberi judul 1001
Malam.
Pada
tahun 1991, Febians muncul kembali dengan album ketiga yang diberi
judul Satu Antara Sejuta. Menerusi album ini, lagu Penantian, Masih dan
Kesan telah menjadi hits ketika itu. Album ini merupakan album terakhir
buat pengasas yang juga pemain drum Febians saudara Sham, pemain bass
saudara Harun dan juga gitaris kedua, saudara Ians.
Pada
tahun 1994, album terakhir Febians berjudul Lang Buana menjengah ke
pasaran. Kali ini Febians muncul dengan kemasukan Seth Jamal yang
menggantikan tempat Harun selaku pemain bass dan Samad Isa yang
menggantikan tempat Sham selaku pemain drum.
Selepas
era 94, Febians hanya bergerak menjayakan persembahan di sekitar Johor.
Berlaku juga banyak pertukaran ahli, namun mereka masih setia
meneruskan perjuangan dengan membawa nama Febians.
Beberapa
percubaan untuk mengaktifkan kembali Febians telah dibuat sepanjang
tahun 2001 – 2005 oleh beberapa anggota yang pernah bersama Febians,
namun ianya menemui jalan buntu.
Tahun
2006, Aziz telah memanggil As selaku drummer, Din selaku pemain bass
dan Wai selaku penyanyi utama untuk meneruskan kembali perjalanan
Febians. Namun gabungan ini hanya mampu bertahan sehingga 2013 sahaja
sebelum diteruskan dengan beberapa lagi cubaan oleh anggota yang lain
tetapi berakhir dengan kegagalan.
Selepas
melalui pelbagai detik jatuh bangun, langkah yang lebih serius mula
diambil. Dengan Samsuri Hj. Tahir kembali mengemudi posisi selaku pemain
drum, beliau telah berganding bersama wajah-wajah baru.
Untuk
memantapkan lagi permainan, posisi gitaris utama diisi oleh Norkamal
Abd. Ghani (Nano), Dg. Rahmat mengisi slot selaku pemain gitar kedua,
Hassan Bachok selaku pemain bass serta penambahan posisi pemain keyboard
diisi oleh bekas pemain keyboard kumpulan Metal Child iaitu saudara
Hisham Zainon manakala saudara Raymie Hj. Tahir mengisi kekosongan
selaku penyanyi utama.
Febians
atau kini dikenali sebagai Febian’s akhirnya mengambil keputusan untuk
merakamkan sebuah single yang bakal dimuatkan di dalam sebuah projek
terbaru. Untuk projek ini, Febian’s bekerjasama dengan seorang producer
yang tidak kurang hebatnya iaitu saudara Wawa Jinggo di bawah naungan
Meenz Music Record. Febian’s kini sudah muncul kembali dengan single
terbaru berjudul ‘Untuk Apa Lagi’.
Lirik Untuk Apa Lagi - Febian's
Untuk Apa Lagi – Febian’s
Untuk apa lagi
Kau ingin kembali
Setelah hatiku ini kau lukai
Untuk apa lagi
Kau ingin mencari
Cinta suci sendiri kau nodai
Untuk apalah ertinya
Impian cinta kita bina
Janji harapan ku anggap sempurna
Kian jadi impian kosong semata
Apalah hendak dikata
Cintamu tidak setia
Terbayang wajah mu jelita
Belaian memori yg indah
Inikah balasan yang ku terima
Bila ku hadirkan untuk mu cinta
Pergilah kau ku doakan mu berbahgia
Untuk apa lagi
Kau ingin menyesali
Sekadar menyakitkan hatiku ini
Untuk apa lagi
Kau ingin kembali
Usahlah kau mencari cinta dari ini
Video Klip Untuk Apa Lagi - Febian's
Video klip kredit kepada Meenz Tv
Febian's Giveaway Contest Edisi Januari 2018!
Apa tunggu lagi..? Serlahkan bakat yang terpendam..Febian’s GiveAway Contest Edisi Januari 2018! Bersempena
musim hujan ni , anda perlu cover salah satu lagu hits Febian’s
mengikut kreativiti anda dalam bentuk rakaman video & upload di
laman Facebook anda. Jangan lupa untuk share & tag Febian’s TV.
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30hb Januari 2018.
Pemenang
akan dipilih berdasarkan kreativiti anda. Oh, jumlah LIKE pada video
anda juga turut memainkan sedikit peranan tau. Jadi apa tunggu lagi?
Jom, serlahkan bakat serta kreativiti anda !
p/s : Video di sini contoh je, jangan copy bulat-bulat pulak. Yang contoh ni tak boleh dikira sebagai penyertaan tau.
Caller Ring Tone Dari Febian's
Anda
juga boleh abadikan lagu terbaru Febian`s ini di dalam nada dering
telefon kesayangan anda . Mesti nampak bergaya dan rock apabila
pemanggil mendail nombor anda sambil layan lagu ni nanti . Boleh rujuk
poster di bawah untuk senarai Caller Ring Tone ini :-
Untuk mendapatkan CD dan maklumat yang lebih lanjut boleh ke :
Facebook Febian`s Tv : https://www.facebook.com/FebiansTV/
Klip Video : https://youtu.be/q_aTjON5deE
kdg best jugak lagu2 lama mcm ni.. mengusik jiwa.. hihi..cikyan layan jugak..
ReplyDeleteTerima kasih support kami!
ReplyDelete