False Contraction @ 30 weeks - Ceritera Ibu

False Contraction @ 30 weeks


False Contraction @ 30 weeks | Assalamualaikum.. kali ni Dilah nak cerita mengenai kandungan Dilah yang keempat ni. Rasanya ni 1st time Dilah betul-betul share cerita mengenai 4th pregnancy Dilah ni kat blog kan.. Actually ramai jugak kawan-kawan Dilah yang tak tahu Dilah pregnant lagi ni.. Saje Dilah taknak share dan war-war kan awal-awal.. Entah la, maybe sebab rasa ramai kawan2 disekeliling Dilah yang dah kawen bertahun-tahun tapi masih belum dikurniakan zuriat kottt.. so Dilah taknak la expose sangat pasal cerita kehamilan Dilah ni sebab nak menjaga hati diorang.. YEla, lagi Dilah ni dah nak masuk 4 orang kan.. Tapi Alhamdulillah, kawan2 Dilah tu semuanya baik-baik belaka dan +ve jer bila tahu Dilah pregnant lagi.. Rezeki Allah bagi setiap orang berbeza-beza kan..

Okla.. stop intro yang panjang lebar tu.. Alhamdulillah, arini Dilah dah masuk 31minggu3hari kehamilan.. makin dekat nak cukup bulan tu makin berdebar pulak.. haha.. jangan cakap anak dah nak masuk 4 orang takde rasa debaran tau.. cerita bersalin setiap anak tu kan lain-lain.. 2 minggu lepas, masa kandungan Dilah hampir masuk 30minggu, Dilah alami false contraction. fuhh.. cuak betul tau..

Kisahnya macam ni.. Pagi tu dalam pukul 3am++ Dilah tersedar.. tengok kakak diyana tido tertonggeng sebab sakit perut tu.. Kan Dilah ada cerita pasal kakak sakit perut sampai warded kan.. so ni cerita sehari sebelum kakak warded la.. Dilah tanya kakak sakit perut ke? Dia cakap ia.. tapi kakak still boleh tido lagi.. Cuma menonggeng jer la..

Dalam masa yang sama tetiba Dilah pulak rasa sakit perut.. makin lama makin kuat siap memulas-mulas pulak.. dalam setengah jam lepas menahan rasa sakit tu Dilah pergi tandas.. dapat la membuang sikit.. tapi macam cirit birit pulak.. tapi tu jer la sekali.. lepas dari tu takde membuang lagi..

Tapi sakit perut tu berlarutan sampai hampir pukul 7 pagi non-stop. Berselang seli dengan rasa memulas-mulas sangat.. Ya Allah.. sakitnya tak tahu nak cakap macamana.. yang memulas2 tu hilang sekejap-sekejap jer, tapi sakit perut tu tetap ada lagi.. Dilah dah berguling-guling dah.. baring serba tak kena.. kejap kuar dari bilik.. baring kat luar.. then masuk balik.. memang tak boleh nak tido dah bila macam tu.. yang pelik tu sakit perut tu memulas-mulas dan baby pun mengeras.. langsung takde tanda2 rasa nak membuang.. tu yang Dilah dah ingat contraction tu..

Dekat nak pukul 7 pagi baru ok sikit.. cepat2 solat subuh.. kejut anak-anak siapkan diorang pergi sekolah.. kakak pulak plan cuti kan dia hari tu sbb dia sakit perut sangat kan tak selesa.. Lepas Ayah Wan hantar adik ngan abg ke taska, baru Dilah boleh rileks sikit.. whatsapp bos cakap tak boleh datang keje aritu sbb sakit perut sangat.. so Dilah try la tido kejap sbb dah ngantuk sangat2 dah..

Dekat pukul 9 pagi terjaga.. rasa sakit perut balik.. then memulas2 lagi dalam setengah jam non-stop.. rasa pelik pulak.. kali nix de pulak rasa nak membuang.. tapi sakit tu agak lama dan berlarutan tanpa henti.. kalau sakit contraction tu kan dalam seminit lebih pastu stop kejap.. pastu datang balik.. ni tak..dalam sejam lebih tu hilang..

Dekat pukul 12 rasa sakit datang lagi.. tapi takde memulas2 dah.. tapi Dilah risau jugak.. so decide nak pergi hospital.. kali ni Dilah pergi HSA pulak.. mujur time tu tak ramai orang. Cuma parking jer la susah nak dapat kat HSA tu ..

Ni 1st time Dilah pergi wad bersalin HAS. Sebelum ni kan Dilah bersalin kat HSI. Nak jugak tau keadaan kat HSA ni macamana kan.. so far tengok ok jer.. bilik saringan tu pun okla.. ada 4 katil untuk pesakit. Doctor dan nurse pun baik2..

Nurse panggil nama dan suruh tukar pakai kain batik.. lepas kena soal siasat oleh doctor, doctor tu check heart beat baby.. heart beat baby ok.. doctor buat VE pulak.. ni yang paling debor benonya bila kena check jalan.. nasib jalan tak bukak lagi.. risau jugak kan sebab baru 30minggu.. tak nak la bersalin awal..

Then doc scan baby ok normal, berat dan baby takde masalah.. bila check contraction time tu memang takde.. so doctor decide boleh balik. Tapi mulanya doctor plan nak cucuk ubat untuk kuatkan paru-paru baby.. apa nama injection tu orang panggil ‘dexa’.. sebab cakap dah ada contraction kan so kalau terbersalin awal pun at least paru2 baby dah kuat..

Tapi bila refer ke doctor pakar, doctor tu cakap tak perlu lagi injet tu.. Lega dengar.. kalau tak kena warded 1 malam untuk injet dexa tu. Kena cucuk 2x setiap 12jam. Dan paling lega tu sebab dengar dari pengalaman kawan2 yang dah pernah kena cucuk dexa tu, cucuk tu sakit sangat.. Tu yang bersyukur tak kena cucuk.. Tapi dalam masa yang sama berharap baby ok takde pape dan boleh bersalin bila dah cukup bulan. Lepas 36 minggu.

So Dilah simpulkan yang sakit pagi tu just false alarm sahaja.. sebab esok2nya dah takde sakit lagi dah.. baby acah-acah jer tu.. haha.. Lepas dari kes ni baru la Dilah cepat-cepat beli barang baby.. kononnya dah otai, anak nak masuk 4, beli lambat2 pun takpe.. tu yg pegi hospital tu bawak baju baby 2 pasang yg belum basuh dan siap ber'tag' harga lagi.. sbb baru beli 2 hari sebelumnya.. haha..

Doakan kesihatan Dilah dan baby baik-baik sahaja sehingga bersalin nanti ye..


3 comments:

  1. shaz baru 28 minggu...tp baby dalam keadaan melintang pulak.. huhu , harap2 sempat pusing lah before due nanti..

    http://byshaz.blogspot.my/2018/02/akhirnya-buang-iklan-nuffnang.html

    ReplyDelete
  2. uiii...takutnya. x penah rs contraction tu mcm mn...uhuk3...skrg dh 7 bln dh ni

    ReplyDelete
  3. Cuak pulak ana baca. Selamat semuanya baik2 je. Semoga dipermudahkan segala ye.

    ReplyDelete