JJCM Di Langkawi | Nasi Dagang Pak Malau - Ceritera Ibu

JJCM Di Langkawi | Nasi Dagang Pak Malau


JJCM Di Langkawi | Nasi Dagang Pak Malau | Assalamualaikum.. Siapa yang tak pernah dengar Gerai Nasi Dagang Pak Malau (NDPM) yang terdapat di Langkawi.. Rasanya semua orang tau pasal gerai makan ni kan.. tu sebab tempat makan ni masuk dalam 1st list JJCM Dilah di Langkawi aritu.. haha..  Macam ni la food lover kan.. 


Kitorang pergi JJCM di NDPM ni hari yang ketiga. Lepas check-out terus tuju ke sini untuk sarapan pagi.. NDPM ni terletak betul-betul di kawasan kampong yg bersawah padi.. Jalan pun jalan kampong yg kecik tu muat sebiji kereta jer untuk lalu.. bila selisih tu pandai2 la korang berhenti dulu bagi lalu kat kereta depan.. hehe.. tapi pemandangan dia.. Fuhhhh.. memang cantik sangat tau… banyak kali sebut SUBHANALLAH sebab terlalu indah rasanya tengok view kawasan sawah yg berlatarbelakangkan gunung ganang..

Pemandangan yang sangat cantik




Sampai-sampai jer terus cari tempat duduk dulu.. Rezeki kitorg kebetulan ada 1 gazebo yang kosong.. ada 1 family baru jer habis makan.. memang sedang elok sangat la tu… sementara diorg duduk situ, kitorg pulak order makanan dulu.. 




Kat NDPM ni memang konsep ala2 kampung betul.. ada barangan antik di mana-mana sahaja.. bukan setakat barang kecik2, kereta antik pun ada jugak.. hahaha.. 

Menu Nasi Dagang dan harganya


Terdapat pelbagai jenis nasi Dagang yang dijual di sini. Nasi Dagang Ikan Tongkol RM8, Nasi Dagang Ayam goreng, Nasi Dagang + Daging RM10, lagi satu apa ek tak ingat pulak.. 


Terdapat beberapa jenis air yang telah siap sedia di situ.. sila layan diri untuk ambil air yg siap sedia seperti air sirap dan air oren. Harganya RM1 segelas. Kalau nak order air panas or air lain-lain pun boleh jugak..

Owner yang baik dan peramah


Bila dah siap bergambar tu, kitorang pun bergerak ke table yang ada tulis JURUDUIT (Cashier). Tapi time tu cashier tu tak ada. Rupanya ada orang panggil dia ajak bergambar bersama-sama.. Cashier tu adalah owner kedai makan NDPM iaitu Pak Malau tu la.. haha.. tengok dari jauh memang Nampak peramah dan sporting jer Pak Malau tu..


Tiba giliran kami pula bayar.. sambil kira-kira, sambil borak-borak.. memang peramah.. Bila Dilah cakap ngan Kak Long, ambil kan gambar ngan owner tu.. cepat jer Pak Malau tu tersenyum dan posing.. haha.. tak menahan kannn..

Okla.. jom la layan beberapa gambar yang ada ni..




Nasi Dagang Pak Malau

Lokasi :

No. 186, Jalan Makam Mahsuri,

Mukim Ulu Melaka, Langkawi,

07000 Langkawi,

Kedah









7 comments:

  1. cikyan suka sawah padi uii.. bestnya !

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan cikyan.. dilah pun suka sangat tengok sawah padi..

      Delete
  2. Ya Allah.. cantik sangat views situ.. ^^

    ReplyDelete
  3. syoknyaaaa jalan jalan langkawi. dah lama tak pergi langkawi. hiks

    ReplyDelete
  4. Cantiknya pemandangan dekat sana. Ramai juga yg dah sampai ke nasi dagang pak malau ni ye. Aiiishh bila nak ke langkawi pula ni. Rindu sgt dah ni.

    ReplyDelete