Kakak Diyana Cabut Gigi Pulak

February 15, 2018


Kakak Diyana Cabut Gigi Pulak | Assalamualaikum.. arini ramai yang dah start cuti CNY kan.. Dilah masih bekerja lagi ni.. cuti tinggal 3 hari jer standby buat check up jer.. so tak dapat la nak cuti awal.. Lagipun kitorang takde plan nak ke mana2 pun..haha.. okla.. ni nak cerita pasal Kakak Diyana lagi.. minggu ni banyak cerita pasal kakak jer la sebab last week kan kakak tak sihat..


Beberapa minggu lepas, kitorang perasan yang gigi depan kakak makin jarang.. pelik jugak tau.. sebab sebelum ni gigi kakak tu cantic jer tersusun.. tapi kenapa pulak salah satu gigi tum akin hari makin jarang dan ke depan (makin jongang).. Rasa tak puas hati pulak.. lagi-lagi Ayah Wan tu, dia sangat amik berat pasal gigi anak-anak.. Risau sangat gigi anak tak cantik.. So bab gigi ni memang pass kat Ayah Wan jer untuk handle.. Dilah ni sampai dah tua ni hah baru berani jumpa doktor gigi.. hahha... nasib la nakkk..


Ayah Wan siap dah plan nak bawak kakak pegi klinik untuk dapatkan rawatan dari doctor.. tapi tak berapa lama lepas tu kakak cakap gigi dia yang jongang tu goyang pulak.. ok, boleh la cabut nanti.. Nak dijadikan cerita, masa kakak warded aritu, tetiba Dilah perasan belakang gigi tu ada gigi baru.. Patut la gigi tu ke depan dan makin jarang.. rupanya ada gigi baru nak keluar.. tu yang gigi bar utu tolak gigi lama ke depan..

Hari Ahad lepas, kitorang bawak kakak ke klinik untuk cabut gigi.. kebetulan Dilah pun ada pregnancy check up kat Klinik Kesihatan tu.. so pegi sekali la.. Ayah Wan bawak anak-anak ke klinik pergigian sebelah atas.. Macam biasa, kat klinik kesihatan ni orang memang ramai sangat.. Elok jer Dilah habis check up, Dilah naik atas. Tak lama tu giliran kakak pulak. So Dilah jaga Fattah anas, Ayah Wan bawak kakak diyana dan faris jumpa doctor..

Doktor bagitau yang pada usia 7-8 tahun ni memang masa gigi susu sebelah depan tu akan tercabut dan diganti dengan gigi baru yang kekal.. Untuk gigi geraham pulak akan lambat sikit ganti gigi baru, maybe masa sekolah menengah nanti kot.. So lega la Ayah Wan dengar.. sebab gigi abg faris tu 4 batang yg sebelah atas tu memang rosak dah coklat2 gitu.. suka sangat makan manis2 mcm tu la gigi dia.. Tu pun banyak kali dah Ayah Wan bawak pergi klinik untuk bersihkan gigi tu.. 


Perasaan pertama kali kakak nak cabut gigi, dia rasa takut sikit la.. tapi disebabkan gigi tu memang dah goyang, so doctor tak bius pun.. just spray kejap then doctor cabut.. Masa keluar bilik doctor tu kakak nangis.. dia cakap sakit.. tapi sebenarnya lebih pada terkejut kottt.. dah sakit sikit bila doctor Tarik gigi tu jer.. lepas dari tu dah tak rasa sakit lagi.. lain macam kita cabut gigi geraham, lepas ubat bius tu dah hilang pun ada rasa sakit sikit2 kan..

Lepas ni tunggu gigi yang sebelah tu pulak tercabut.. gigi tu dah start goyang jugak.. tunggu betul2 goyang baru bawak pegi klinik untuk cabut.. Tak pun tunggu gigi tu tercabut sendiri.. hope time raya nanti gigi depan kakak tu dah besar dan cantik..


Kakak cakap “Gigi kakak dah rongak!!!”

You Might Also Like

5 komen

  1. hehehehe
    bnyk darah tu
    apa2pun semoga cepat tumbuh gigi baru

    ReplyDelete
  2. aduhhh sakitnya cabut gigi...cikyan pernah cabut gigi belakang...sakitnya, Tuhan saja yg tahu.Allahurabbi...

    ReplyDelete
  3. teringat ray dulu tetiba je tercabut sendiri giginya. hehe

    ReplyDelete
  4. Ana pulak yg seriau tgk dilah. Boleh bayang sakit dia mcm mana. Huhu. Aik dilah dh besar baru berani g klinik gigi erk.

    ReplyDelete