Kakak Diyana Warded Sebab Sakit Perut dan Muntah-muntah
Kakak Diyana Warded Sebab Sakit Perut dan Muntah-muntah | Assalamualaikum.. Alhamdulillah.. dah masuk minggu baru hari
ni.. semoga yang baik-baik sahaja sepanjang minggu ni.. Yela.. last week
merupakan minggu yang mencabar bagi Dilah sekeluarga.. Kami diuji dengan
kesihatan yang tidak berapa baik terutamanya Dilah dan Kakak Diyana..
Actually Kakak Diyana mula sakit perut dari hari Sabtu
lagi.. tak pasti la sakit perut sebab apa.. sepanjang hari macam tu.. sehari
dua lepas tu sakit perut dengan muntah sekali.. perut dah masuk angin.. dan
lebih teruk lagi bila susah nak membuang.. kebetulan pulak kakak tu memang ada
masalah nak membuang.. Dia bukan jenis yang membuang setiap hari..
Hari Isnin bawa kakak pergi klinik.. sebab dari malam tak boleh
tido sakit perut dan muntah.. menonggeng jer dia.. kesian sangat tengok kakak
time tu.. Ayah Wan bawak kakak pergi klinik. Doktor cakap perut dah masuk angin
tu yang sampai muntah-muntah tu.. Doktor siap bagi ubat untuk lembutkan najis
dan ubat masuk ‘bontot’ untuk membuang.. memang balik rumah tu Kakak terus
membuang..
Tapi rupa-rupanya tak berakhir kat situ.. lepas dari tu
perut masih sakit dan muntah lagi.. makan pun dah tak nak.. sebab lepas makan
ubat or makan roti ke terus muntah lagi.. so memang dah lembik sangat la..
menonggeng jer sepanjang masa.. adoiii.. memang tak keruan la bila tengok anak
tak sihat kan…..
Hari Selasa pagi tu cakap dengan Ayah Wan nak bawak kakak
pergi hospital. Sebab tengok dia dah lemah sangat, selera makan pun takde..
Kalau kitorang cuti kat rumah pun bukan boleh buat apa, setakat urut perut
dengan minyak jer.. tak banyak membantu mengurangkan kesakitan pun.. At least
kalau bawak pergi hospital, doctor boleh la buat check up betul-betul.. masuk
air ke bagi tenaga kan..
So pagi tu dalam pukul 9 lebih, kitorang bawa kakak pergi
hospital KPJ Johor. Terus pergi emergency jer.. Sementara tunggu tu pun kakak
dah menonggeng jer.. kesiannya la kat anak kan.. Lepas doctor check dia cakap
memang banyak sangat angin kat perut.. Sementara tunggu rawatan seterusnya,
kakak dimasukkan air dalam badan.. selepas separuh botol air masuk baru la Nampak
kakak bertenaga sikit dari sebelum nya… lega sikit tengok..
Then, buat doctor scan kat abdomen pulak.. nak tengok ada
apa-apa masalah tak kat perut.. ni yang memang Dilah nak tahu sangat.. Risau
takut ada apa-apa tu yang dia sakit tak baik-baik.. scan ni macam kita nak
perut ketika hamil jugak.. Sama jer cara scan tu.. Alhamdulillah, result scan
baik.. Kakak takde apa-apa masalah pada perut dia.. lega sikit rasanya.. lepas
scan tu baru boleh naik wad.
Oh ya.. actually masa tunggu pemeriksaan kakak tu Dilah
sendiri pun dah tak larat sangat tau.. mengah sangat.. tak boleh berdiri lama..
dah sama-sama sakit pulak.. hahaha.. camne nak jaga orang sakit tu??
Bila dah naik wad tu lega la sikit.. Dapat la Dilah
sama-sama baring ngan kakak kat katil.. Cumanya kali ni kakak dapat katil yang
dekat dengan pintu. Dilah tak berapa suka sangat bila dapat katil sebelah pintu
sebab nanti tirai tu kena sentiasa tertutup.. kalau terbuka nanti orang akan Nampak
la kan.. so rasa rimas la macam tu kan.. lagi-lagi dalam keadaan Dilah sekarang
ni, bila tertutup jer macam tu memang rasa sesak nafas sangat.. Dah try minta
tukar tapi takde kosong pulak… So redho jer la… huhu
Alhamdulillah.. petang tu kakak dah bertambah ceria dan bertenaga lagi bila dah masuk air botol ke-2. Dah start nak makan sikit2.. dah start membebel dan dah boleh main game.. haha..Doktor cakap kalau kakak dah boleh membuang esoknya boleh discharge. Fuhhh.. lega ibu dengar.. tapi malang nya sampai hari kedua pun masih tak berak-berak lagi..
Hari kedua tu, selera makan kakak semakin baik.. masa doctor
round pagi tu, doctor cakap tunggu dia membuang jer.. kalau dah buang dah boleh
discharge. Sebab selera makan kakak pun dah kembali pulih.. dah start makan
banyak.. nasi pun makan banyak.. drip water tu pun dah boleh diberhentikan..
kira total 3 botol air la masuk..
Tengahari tu doctor suruh masuk ubat kat bontot lagi untuk
mudahkan proses membuang. Tapi kakak taknak.. merengek2 dia taknak masuk ubat
tu.. So cakap ngan kakak kalau taknak, kakak kena membuang sendiri.. akhirnya
dalam kul 1 lebih tu dia Berjaya berak.. yela, dah makan nasi banyak baru la
ada benda nak keluar kan.. lega rasanya..
Dalam kul 3 lebih masa Dilah nak solat zuhur, ada sorang
nurse masuk. Dia bagitau yang kakak dah boleh discharge.. Wahhh.. seronoknya
dengar… so kira 2hari 1 malam jer la warded.. paling cepat la kiranya ni..
biasa kalau anak-anak warded at least 3hari2malam tau.. Ibu dah la takde cuti
lagi ni.. haha..
Sementara tunggu urusan disharge selesai, kitorang relax2 jer kat bilik.. memang tak rushing pun.. sebab Ayah Wan pun kerja.. memang tunggu dia balik kerja baru ambil kitorang.. sebelum tu sempat lagi order Durian Cheese Cake Leleh dari ex-opismate Dilah.. perghhh.. sedap sangatttt.....
Pukul 8 malam baru Ayah Wan sampai.. time tu Dilah baru nak solat Magrib dapat call yg mengatakan urusan Insurans dah settle.. Boleh settlekan urusan discharge kat bawah.. so Dilah minta Ayah Wan yang uruskan sementara Dilah solat dan jaga budak2 bertiga tu..
Alhamdulillah.. dalam kul 8.30 malam kitorang pun meninggalkan KPJ.. Bila ada anak kecik ni, boleh dikatakan setiap tahun pasti akan check in di KPJ ni tau.. adik fattah dah 3x, kakak 2x dan abg sekali.. So far puas hati dengan layanan nurse2 kat situ.. tak pernah lagi try hospital lain.. Mudah-mudahan lepas ni anak-anak sihat ye.. lepas ni baby lahir, ada baby kecik susah sikit ibu nak teman kat hospital nati..
perut kosong sebab tak makan ke ?? tau sebab salah makan? bila teringat balik pernah jadi macam nie memang sakit sangat2..
ReplyDeleteAllah kesiannya...semoga cepat sembuh syg...semoga sihat seperti biasa..
ReplyDeleteSemoga anak cept sembuh..Memamg musim anak2 tgh tak sihat kan skg.
ReplyDeleteAlhamdulillah sihat dah kakak. Semoga terus sihat hendaknya. Risau kan bila anak2 tak sihat ni dilah. Tak tenteram di buatnya.
ReplyDelete