Menu Unik di Restoren GOKAKO Malaysia
Menu Unik di Restoren GOKAKO Malaysia | Assalamualaikum.. Rasanya
ramai yang dah tahu yang Paradigm Mall JB sudah dibuka secara rasminya hujung
bulan November tahun lepas.. Paradigm Mall ni kira dekat jugak la dengan rumah
Dilah sebab dalam area skudai kan.. tapi as usual, kitorang ni tak suka nak
bersesak-sesak dengan ramai orang.. dah tu parking pun mesti susah kan.. tu
yang walaupun dah hampir 3 bulan buka, 2 minggu lepas baru la Dilah
berkesempatan nak pergi ke Paradigm Mall ni..
So far Nampak menarik jugak la.. banyak sangat kedai-kedai
shoplot.. bagi peminat deko pun banyak jugak tempat yang korang boleh cuci-cuci
mata dan poket bila ke Paradigm Mall ni.. haha.. tapi Dilah tak pusing habis
pun lagi.. kalau dah habis round nanti bila datang lagi tak tau pulak nak ke
mana kan.. Tempat makan pun banyak jugak tau.. kebetulan pulak time tu dah
tengahari kitorg tak makan lagi.. so memang cepat-cepat la cari kedai makan..
Dilah ada jumpa satu restoren baru ni.. Namanya GOKAKO.. namanya
agak pelik kan.. terbayang la jugak apa konsep GOKAKO ni kan.. Citarasa makanan
di Gokako ni menggabungkan makanan dari 3 kaum utama di Malaysia iaitu Melayu,
Cina dan India. Mesti unik kan…
Menu Unik di Gokako
Menu yang disediakan di Gokako takdela pelik sangat.. Gokako
ni menyediakan menu-menu seperti Ayam panggang, ayam goreng, burger, pizza dan
macam-macam lagi.. Cuma bezanya flavour untuk ayam tu jer la yang unik sikit
sebab guna gula Melaka.. hahhh.. tak pernah kan korang makan ayam goreng ke pizza
letak gula Melaka…
Ayam goreng (dari kiri) perisa original, kari dan gula melaka.
Ayam panggang perisa original
Ayam panggang perisa gula melaka
Pizza perisa gula melaka
Pizza Nasi Lemak
Salaad
So kalau korang nak rasa kelainannya boleh try makan di
Gokako ye.. Memang unik sangat rasanya tau...
Menu Personal dan Family Set
Di Gokako ni, konsepnya ada menu secara personal untuk sorang makan dan jugak untuk family set, 3-4 orang atau lebih ramai lagi.. Macam Dilah aritu ambil set yang 3-4 orang makan.. 1 set tu pun ada macam-macam tau.. Ada pizza, quarter chicken, ayam goreng, burger for kids, sweet potato fries. Air dapat 1 jug.. memang puas hati la.. lagi-lagi airnya sedap.. perghhhh… yang bestnya air tu kita boleh pilih nak air mango juice ke, roselle or apple.. Dilah suka sangat rasa air tu lagi2 sebab bukan air gas kan..
Quarter Chicken tu pun best, Ayah Wan suka yang original.
Kalau yang letak gula Melaka tu manis la sikit… Pizza tu try ambil yang gula Melaka..
not bad la rasanya.. ada manis-manis jugak.. anak-anak makan burger mini tu
jer.. suka diorang tengok warna-warni tu..
Menu for kids
Sweet potato fries gula Melaka ni best sangat pada Dilah.. Adik Fattah Anas ni makan tak berhenti tau.. biasa kita makan kentang kan.. ni guna keledek pulak.. memang sedap sangat rasa manis sweet potato tu just nice jer..
Burger mini ni pulak ada 3 jenis. Burger warna pink tu gula melaka, biru - spicy dan kuning - original. So dapat la anak-anka rasa burger yang berbeza kan..
Playground for kids
Menariknya di Gokako ni ada tempat anak-anak untuk bermain. So kalau diorang dah tak nak makan or sementara tunggu order sampai tu boleh la anak-anak bermain di kids area tu.. takde la anak-anak meragam kan.. Ibu pun boleh makan dengan aman.. haha.. tu yang Dilah suka tu..
Tempat makan yang selesa dan ruang yang luas
Ya, di Gokako ni korang jangan risau la tak dapat tempat duduk. Restoren ni memang luas dan besar. Banyak kerusi meja yang disediakan.. so kalau datang ramai-ramai dengan family besar pun takde masalah la..
Menu Baru di Gokako
Terkini ada menu baru di Gokako tau.. baru dilancarkan 14Feb yang lepas. Menu terbaru tu adalah Roasted Burung Puyuh.. Wahhh.. jarang ada menu burung puyuh ni kat restoren-restoren macam ni kan.. biasa kat kedai makan pun cuma buat burung puyuh masak goreng kunyit jer.. Peminat burung puyuh kena try menu ni ye..
So kalau korang datang ke Paradigm Mall dan tak tau nak
makan di mana, boleh la korang cuba makan di Gokako ni.. Rasai kelainan
menu-menu di sini.
Fuhhh seriusly smua menu dia nmpk best. Kelainan tu yg penting. Terbaik laaa.. Bestnya kalau dpt pegi sana kan. Blh la merasa mkn tu smua.
ReplyDeletekan.. semuanya mengancam kan..
DeleteMula baca ingat restoran jepun ke apa. Nama unik sgt. Selesa restoran tu dilah. Ada playground utk anak2 lagi. Menu semua nampak sedap dan unik especially yg ada gula melaka tu.
ReplyDeletetula ana.. nama restoren ni memang unik sama ngan menunya yang unik.. memang rare sangat bila guna gula melaka dalam menu tu kan..
Deletememang sedap makan kat sini...
ReplyDeletewow jarang nak jumpa menu burung puyuh ni
ReplyDeletealaaa, sedapnyaaa
ReplyDeletewah...perisa gula melaka tu
ReplyDeletemacam mana bila combine dengan ayam
tak leh bayang lagi
yg tahu mesti manis
hehehe