Bunda Tokbah pergi Umrah dan Dapat Anak Buah baru - Ceritera Ibu

Bunda Tokbah pergi Umrah dan Dapat Anak Buah baru


Bunda Tokbah pergi Umrah dan Dapat Anak Buah baru | Assalamualaikum.. Hari ni mak dan abah (Bunda Tokbah) Dilah akan berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan Ibadah Umrah.. tapi sayangnya Dilah tak dapat nak hantar mereka di KLIA. Masa kenduri hari khamis aritu pun tak dapat balik.. Cuma weekend jer baru dapat balik dan jumpa mereka sebelum mereka berangkat hari ni..

Kebetulan pulak adik Dilah pun dah selamat bersalin 2 minggu lepas. So 2in1 la balik kampong kali ni.. Jumpa Bunda Tokbah dan jugak tengok baby FA. Memang weekend semalam ni kitorg berkampung di homestay adik Dilah tu jer ramai2.. Actually adik Dilah ni duduk kat Klang.. so rumah dia yg kat Melaka ni dijadikan homestay.. Cuma time berpantang ni saje nak berpantang kat rumah tu supaya privacy sikit.. hehe

Bila tengok baby FA tu semakin tak sabar pulak nak bersalin.. haha.. Walaupun dalam masa yg sama berdebar-debar.. Anak-anak Dilah pun rasa teruja tengok baby.. kakak siap offer diri tolong jaga baby bila mummy dia keluar bilik.. haha.. si abg pulak banyak soalan yg diajukan.. “tangan baby kecik, kaki kecik, mulut kecik, kuku baby kecik jerk an ibu..” erkkk..  memang semua kecik abang, dah baby tu baru lahir kan.. haha.. si adik Fattah anas pulak, dekat2 macam nak pegang tapi takut2.. Dilah cakap nanti baby kita macam ni la, kecik jer.. terus dia sengih2.. haha.. masing2 dah tak sabar nak tunggu baby lahir kan…


Back to topic, hari ni Cuma Along ngan Angah jer yg dapat hantar Bunda Tokbah ke KLIA. Kitorg 5 beradik, tapi adik bawah Dilah tu dah bersalin, baby dia pun ada kuning sikit & anak dia sorang lagi baru baik chicken pox. Adik Dilah yg kecik sekali a.k.a CICU tu tolong jagakan anak dia dan teman kakak dia sekali.. Dilah ni pulak dah xde cuti.. Kakak pun arini sekolah.. semalam dah ponteng… So tak dapat la nak hantar Bunda Tokbah…

Apa-apa pun Dilah doakan semoga Bunda Tokbah selamat pergi dan balik. Semoga Bunda Tokbah sentiasa diberikan kesihatan yang baik agar dapat menjalankan ibadah umrah dengan sempurna. Semoga dipermudahkan segala urusan Bunda Tokbah sepanjang umrah ni dan semoga mendapat umrah yang mabrur.. Amiinn..
 

3 comments:

  1. Semoga dipermudahkan segala urusan

    ReplyDelete
  2. KELUARGA BAHAGIA..

    semoga bahagia itu berpanjangan smpai bila bila..aaamiiinnn ~

    ReplyDelete
  3. Semoga dipermudahkan segala urusan..Aamiin..

    ReplyDelete