SCAN 4D BABY DI KLINIK ARISSA

March 20, 2018


SCAN 4D BABY DI KLINIK ARISSA | Assalamualaikum.. Sebenarnya, dah lama Dilah nak share mengenai scan 4D untuk baby ni.. Dilah nak share sebab kali ni Dilah buat scan kat klinik lain dan kebetulan pulak klinik ni pun baru lagi dibuka.. so tu yg Dilah nak review klinik ni sekali..



Hujung tahun lepas Dilah perasan ada satu klinik baru akan dibuka di Taman Sri Pulai Perdana, Skudai.. Nama Klinik ni Klinik Arissa. Klinik ni memang dekat sangat la dengan rumah Dilah.. Tiap-tiap hari Dilah akan lalu.. lagi Dilah tak sabar nak tahu sebab klinik ni ada rawatan khas untuk Ibu Mengandung jugak.. tu yang Dilah teruja tu.. Klinik ni dah dibuka secara rasmi bulan November tahun lepas.

Bila kandungan Dilah dah masuk 24minggu, Dilah pun pergi survey kat klinik tu. Dilah tanya berapa pakej untuk scan baby di situ.. Doktor yang scan lelaki ke perempuan.. Bila boleh start scan dan masa yang sesuai untuk scan.. Untuk scan 3D, 4D, 5D, masa yang sesuai untuk scan adalah ketika kandungan berusia 24-29 minggu. Kalau lewat sangat takut baby dah besar dan padat.. So susah nak Nampak muka baby nanti.. hehe

Dilah plan nak pegi scan masa 26 weeks tp beberapa minggu tu busy sangat. Last2 masa 29 weeks baru berkesempatan nak pegi.. Petang tu Dilah call dulu klinik Arissa untuk set appointment pada sebelah malam.

Untuk scan ni Klinik Arissa menggunakan khidmat doctor pakar O&G dari Hospital Sultanah Aminah.. sebab tu masa untuk scan ni terhad dari pukul 6ptg hingga 6 pagi.. Nama doctor tu Dr Norlelawati, very polite dan sangat keibuan.. suka sangat tau…


Masa kitorg sampai jam 8 malam tux de orang sangat. Dalam bilik doctor ada sorang patient dan ada sorang patient lagi sedang menunggu. So Dilah ni turn ke 3.. tapi lepas Dilah datang tu semakin ramai patient yg datang juga.. nasib baik la awal sikit kan.. hehe.. tapi memang tak tunggu lama sangat pun..


Sampai turn Dilah, kitorang masuk ke bilik doctor.. semua masuk tau, Ayah Wan dan anak2 semua ikut masuk sebab masing2 teruja nak tengok adik baby.. Jangan risau, bilik doctor tu sangat besar dan luas.. Doktor pun friendly.. tanya macam-macam.. check buku pink tu sekali.. tanya ada masalah tak dengan kandungan.. so far so good.


Next tiba masa yang ditunggu2 untuk scan baby.. Dilah naik atas katil tu.. Dr Lela pun mulakan check.. scan 2D dulu.. then baru 4D. Adik baby malu2 pulak.. tangan dia letak kat dahi.. pening gamaknya dengar suara kakak dan abg2 bising2.. kakak pun sibuk tanya2.. Dr Lela pun melayan jer.. baik sangat.. sambil2 dia explain pasal baby, dia layan kakak sekali.

Oh ya, sebelum tu tengok jantina baby dulu.. sebab memang tak tahu lagi kan masa tu.. Girl ke Boy? Guess what??? Hurmm.. nanti la bila baby dah keluar Dilah inform ye.. sebab kakak Diyana tak puas hati dengan jantina adik baby tu.. hahaha..



Bila part tengok muka baby tu ambil masa sikit sbb tangan baby kat muka.. pastu depan muka baby tu tak clear sangat sebab banyak air ketuban, tali pusat.. tu pun doctor suruh pusing 2,3 kali untuk dapatkan gambar yang clear sikit.. Alhamdulillah.. baby sihat dan takde masalah.. masah 29w tu berat baby dah 1.1kg..


So far puas hati dengan layanan Dr Lela. So kalau korang tercari-cari klinik untuk scan 2D, 3D and 4D di area JB ni, korang boleh try ke klinik ni… atas ni harga pakej scan di klinik Arissa untuk tahun 2018. Harga mungkin akan berubah mengikut tahun..





Facebook :


Contact Number : 
07-528 0176


Alamat :

 No 93, Jln Sri Pulai Perdana 11, Taman Sri Pulai Perdana
Skudai, Johor, Malaysia



You Might Also Like

3 komen

  1. assalamualaikum dilah...anak mama pun scan baby hari tu pun kat sini..mmg best katanya...dah tahu pun baby boy or baby girl cucu mama yg ketiga ni...

    ReplyDelete
  2. hai ain datang singgah sini dan follow awak. salam perkenalan :)
    sincerely , farahain zfa
    ain pun jdt jugak..hehehhee...

    ReplyDelete
  3. Seronokkan bila dapat tengok baby, tahu jantina baby bila buat scan ni. Kinah doakan moga kak dilah selamat lahirkan baby dan dipermudahkan semua urusan akak.

    ReplyDelete