Barang Keperluan Baby dan Ibu Untuk ke Hospital - Ceritera Ibu

Barang Keperluan Baby dan Ibu Untuk ke Hospital


Barang Keperluan Baby dan Ibu Untuk ke Hospital  | Assalamualaikum.. Salam Jumaat semua… Alhamdulillah, hari ni kandungan Dilah genap 38 minggu.. dan Dilah masih lagi pergi kerja hari ni sebab belum ada tanda-tanda nak bersalin lagi.. 

Setiap hari masuk kerja mesti ada yang bertanya, “Belum bersalin lagi?? Bila nak bersalin ni?? Bila nak cuti?” Hurmmm.. kalau la kita tahu bila baby nak keluar memang senang nak bagitau diorang ni kan.. Tapi apakan daya, bila kelahiran dan kematian tu kan hanya Allah sahaja yang tahu kan.. So jawapan selamat yang Dilah berikan ialah “Bila dah bersalin nanti saya cuti la.. Harini boleh bersalin, esok boleh, anytime baby boleh keluar” hahha

Memandangkan anak pun dah nak masuk 4orang, so persiapan dan persediaan untuk menyambut baby baru tu tak adalah ngairah sangat. Sebab kebanyakan barang baby pun masih ada lagi, boleh guna barang kakak dana bang-abang.. Walaupun dah ada, Dilah tetap membeli jugak beberapa helai baju yang baru, selebihnya guna baju abang2 atau akan beli lagi bila perlu..

Barang Keperluan Baby

Seeloknya, seawal 8 bulan dah kena sediakan barang-barang ni dan simpan dalam kereta.. Tapi, kononnya anak dah nak masuk 4 ni, dah nak masuk 38 minggu baru Dilah siap2kan.. haha.. jangan tiru cara Dilah ye. Ada sorang kawan Dilah ni due dia bulan 5 nanti, tapi dia terpaksa bersalin awal pada 33weeks sebab baby tak membesar dgn baik dalam perut.. So emergency czer la jawabnya... So korang prepare la awal2 ye.. OK.. Jom kita tengok apa barang keperluan baby yang perlu dibawa ke hospital nanti..


Barang Baby
1.      Baju baby 3 pasang
2.      Pampers 10-15 pcs
3.      Selimut / Bedung – 3 helai
4.      Topi
5.      Barut 3 helai
6.      Mitten & Booties 3/4 set
7.      Tuala
8.      Wet tissue
9.      Minyak baby
10.   Tuala kecik

Bagi memudahkan Ayah Wan, persalinan utama untuk baby selepas lahir nanti Dilah dah siap2kan letak 1 set dalam zipper bag. So nanti masa masuk labour room, Ayah Wan tinggal bawa 1 plastik bag tu je untuk bagi pada nurse.. paham-paham la orang laki ni kan, dia mana tahu sangat apa yg perlu dibagi pada nurse.. kalau kita pesan macam tu jer habis berterabur barang dalam beg masa dia cari nanti.. So untuk memudahkan kerja Ayah Wan, Dilah siap-siap pack dalam zipper bag tu..

Dalam laundry pouch tu pulak Dilah letak pampers, minyak baby, barut, mitten & booties. Senang tak bersepah-sepah nanti kalau orang lain yg ambilkan..

Barang Keperluan Ibu

Dah ada barang untuk baby, sekarang barang untuk ibu pulak.. Keperluan ni untuk yang bersalin di hospital kerajaan.. kalau hospital swasta Dilah tak pasti pulak ya.. Normally kalau bersalin normal, kita akan tidur semalaman sahaja di hospital, tu pun kalau bersalin tengahari ke atas.. Kalau bersalin awal pagi, biasanya tengahari tu dah boleh discharge kalau baby dah berak dan kencing serta ibu dan baby sihat.


Barang Ibu
1.      Buku Pink (Wajib – jangan tertinggal!!)
2.      Baju nursing - 2 helai (untuk balik)
3.      Kain batik - 2 helai
4.      Maternity pads / Pads biasa yang ada wing – 1 pack
5.      Nursing bra - 3/4  helai
6.      Panties pakai buang – 10 helai/pack
7.      Tuala
8.      Stokin
9.      Tudung
10.   Sweater
11.   Selipar
Toiletteries (Ubat gigi,berus gigi,sabun mandi, pencuci muka)

Normally Dilah guna pads biasa yang ada wings untuk gantikan maternity pad tu.. Lebih selesa rasanya.. masa anak 1st jer dulu beli maternity pad, tapi tak selesa guna yg tu.. panties pun guna yang pakai buang jer senang.. Dan barang paling penting jangan tertinggal adalah Buku PINK!! Ni paling penting sebab untuk rujukan nurse dan doctor di hospital nanti.. Dan sebelum balik pun diorg akan isi info penting di page tertentu dalam buku tu.

Barang Keperluan Lain

Selain dari keperluan utama ibu dan anak, barang-barang lain yang perlu dibawa jugak ke hospital adalah seperti berikut;

Barang Keperluan Lain
1.      Kurma
2.      Air zamzam/mineral
3.      Termos air
4.      Milo 3in1
5.      Mug
6.      Biskut2/ roti
7.      Sudu & garfu
8.      HP & charger

Kurma dan air zamzam tu boleh la bawak masuk labour room nanti.. Then makanan dan air panas tu perlu bila lepas bersalin nanti.. kita mesti mudah lapar.. tenaga dah banyak keluar masa proses bersalin kan.. So sementara nak tunggu makanan dari hospital, at least ada la makanan yang boleh dimakan.. lagipun, kita perlu makan dan minum untuk menghasilkan susu ibu.. awal2 tu susu mungkin keluar lambat. So kena la banyak minum dan bagi directfeeding kat baby untuk simulate.. HP dan charger tu pun penting untuk update kat husband dan family.. dan juga kawan-kawan.. haha..

Okla.. tu jer kot.. Korang doakan Dilah cepat-cepat bersalin ya.. dan dipermudahkan segala urusan Dilah nanti.. Hope baby dan ibu sihat nanti.. mana la tau ni last entry sebelum bersalin kann.. hehe

1 comment:

  1. Best ah post akak.. Esok-esok nanti nak beranak semua tu boleh rujuk post ni...thanks ye

    ReplyDelete