Genap 40 Minggu Kandungan

April 20, 2018


Genap 40 Minggu Kandungan| Assalamualaikum.. Alhamdulillah.. hari ni 20 April 2018 genaplah usia kandungan Dilah 40 minggu.. Tapi Dilah masih belum bersalin lagi.. masih menghitung detik dan waktu kelahiran adik baby...


Kalau ikutkan dah beberapa hari dah keluar tanda-tanda seperti coklat2 dan fresh blood.. mild contraction pun semalam dah ada sikit2.. tapi baby masih sedap duduk dalam perut ibu ni hah... Haha

Setiap ari bila keluar tanda sikit2 tu Dilah bukan main happy lagi.. sbb dah boleh agak hari ni atau esok mesti bersalin..  tapi malangnya perkara tu tak berlaku.. sedihkann.. dengan Dilah dah start cuti dari hari isnin aritu.. lagi la stress rasanya.. Orang kat opis pun asyik tanya jer dah bersalin ke?


Untuk elakkan rasa stress tu, Dilah kurangkan update or share apa2 di media social seperti FB dan IG. Dilah cuma share sikit2 di IG Story jer sbb tau kat situ tak ramai yg baca hahaha.



Bayangkan la ni nak masuk anak yg ke-4.. ramai yg cakap anak ke-4 ni lagi cepat bersalin.. dengan Dilah sekali merasakan akan bersalin awal memandangkan perut Dilah pun dah turun sangat dari 37w lagi.. Faris dan Fattah pun keluar 39w dulu.. so itu menguatkan lagi rasa yg Dilah akan bersalin awal...

Tapiiiiii.. bab urusan hidup dan mati ni hanya Allah sahaja yg tahu.. Kalau Dia kata belum masanya baby ni lahir.. maka xdela baby ni keluar kannn.. so Dilah pun malas nak pikir2 dan harap2 lagi.. sampai masa lahir la baby n nanti kan..












Kalau Ayah Wan terpaksa cuti sbb ingatkan Dilah dah nak bersalin, Dilah akan ajak dia keluar untuk banyakkan berjalan... Round shopping mall dan JJCM.. Hampir setiap hari tau.. haha.. hari ni je tak sbb Bunda Dilah dah datang rumah untuk teman Dilah..


Korang doakan Dilah cepat bersalin dan dipermudahkan urusan Dilah ye..


You Might Also Like

7 komen

  1. Semoga di mudahkan bersalin ye dillah.. jgn lupa makan kurma dan madu sbelum masuk labour room...

    http://www.byshaz.blogspot.my

    ReplyDelete
  2. Moga dipermudahkan semuanya Dilah ..
    Anak nak duduk lama-lama tu hehehe

    ReplyDelete
  3. semoga dipermudahkan semuanya Dilah ...

    ReplyDelete
  4. Sempat lagi pergi food review sis ..hehee....semoga segera dan dipermudah....Amin

    ReplyDelete
  5. semoga dipermudahkan semua urusan Dilah ya

    ReplyDelete
  6. alhamdullillahhhh baby dah keluar kan kakakkkk
    Uyul Rosli | JDTBlogger

    ReplyDelete
  7. mak oi,, makanan2 dia....roti bom punn nampakk berselera.hahahha...

    ReplyDelete