Jom Photoshoot Raya di The Empire Studio JB - Ceritera Ibu

Jom Photoshoot Raya di The Empire Studio JB


Jom Photoshoot Raya di The Empire Studio JB | Assalamualaikum.. Ya ampun.. lagi 2 hari jer lagi nak raya, baru ni Dilah sempat nak update blog.. Kalau ikutkan tak sempat jugak ni, tapi curi-curi masa sikit.. hahaha.. tunggu la dah naik keje lepas raya nanti Dilah buat comeback ye.. hehe..

Ok.. hari ni Dilah nak share sikit pengalaman Dilah ber'photoshoot di The Empire Studio.. Sebenarnya Dilah dah lama teringin nak buat photoshoot di studio bersama family Dilah.. Tapi dah beranak 4 ni baru la dapat buat photoshoot ni.. sebab Dilah tau ragam anak-anak Dilah ni macamana, tu yang tak berapa nak gigih pergi photoshoot tu.. haha

Tapi photoshoot di The Empire Studio ni best sangat tau.. photographernya sangat friendly dan pandai nak tackle budak-budak.. memang meriah la.. macam Fattah Anas tu mula-mula masam muncung jer, lama-lama baru ok.. Abg Faris tu pulak memang ceria sentiasa, tak de segan-segan pun.. gambar dia sahaja yang banyak aksi.. haha..

Gambar yang mereka ambil pun sangat cantik.. dah tak payah edit-edit pun.. dah cun melecun dah...





Selain family Dilah, ada juga team JDT Blogger yang lain turut serta dalam photoshoot ini... bila mak-mak blogger ni dah berjumpa memang havoc giler la kan.. meriah jer gambar raya kitorg.. Happening sungguh.. haha

 Dari kiri belakang : Dilah, Sis Lin, Kak Seri, Uyul Rosli
Dari kiri bawah : Cik Tom, Kak Hernee Nazir & Ain



Berita baik untuk orang-orang JB.. kalau korang nak ber'photoshoot' di pagi raya pun boleh tau.. Hari raya pertama pun The Empire Studio ni bukak tau.. so cepat-cepat la korang booking dengan mereka tau.. mesti lagi syokkk dapat bergambar di Hari Raya.. setahun sekali jer kan dapat bergambar beramai-ramai..





THE EMPIRE STUDIO
.
Address: No. 58-02, Jalan Padi Emas 4/1, Bandar Baru UDA, Johor Bahru, Johor.
.
IG: https://www.instagram.com/theempirestudio/
.
FB pages: https://www.facebook.com/theempirestudio/
.
Whatsapp: http://www.wasap.my/+60137008889

 

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Maaf Zahir dan Batin

dari Dilah sekeluarga..

1 comment:

  1. Sangat meriah dan sangat happening..
    Kalau semua JDTbligger ada, mau gamat suasana..hehehehe

    ReplyDelete