Beraya Bersama Geng JDT Blogger - Ceritera Ibu

Beraya Bersama Geng JDT Blogger



Beraya Bersama Geng JDT Blogger | Assalamualaikum.. Selagi belum habis raya, mari la kita cerita pasal raya sahaja.. haha.. Alhamdulillah, tahun ni Dilah berkesempatan beraya bersama team JDT Blogger.. perkenalan dalam masa 2 tahun ni (ada juga yg baru beberapa bulan kenal) sejak Dilah join team JDT Blogger membuatkan hubungan silaturrahim kami bertambah rapat..

Sejak Dilah mula menulis blog, Dilah dapat ramai kawan di alam maya.. tapi kebanyakannya semua di luar Johor. Jadi peluang untuk berjumpa tu agak sukar. Walaupun kami dah mesra dan dah kenal rapat di blog/FB/Whatsapp group tapi tak pernah jumpa.. Tapi bila Dilah berkenalan dengan blogger2 dari Johor ni, Dilah tak lepaskan peluang untuk berjumpa face to face.. dari mereka juga Dilah mula join event dan juga buat job review.. So setelah hampir 2 tahun kenal, tahun ni kami dapat beraya bersama2.. Seronok sangat rasanya bila setiap minggu dapat berjumpa mereka..


Minggu pertama raya, Uyul dan Ain datang beraya di rumah Dilah.. Time ni kali kedua jumpa Ain. Tapi macam dah kenal lama jer gayanya.. haha.. ngan Uyul pun sama.. Thanks korang datang beraya rumah akak Dilah.. haha.. jangan serik tau..


MInggu kedua, kebetulan Dilah ke Pasir gudang. So Dilah singgah beraya di rumah kak Eda pulak.. hampir sesat jugak mencari rumah kak eda. Alhamdulillah akhirnya jumpa jugak.. sempat la berborak sakan ngan kak eda. Nasib baik baby elok jer ngan Ayah Wan.. so dapat la ibu membawang.. haha..



Minggu ke 3 pulak, kami buat Potluck Raya JDT Blogger. Terima kasih Sis Lin sudi jadi tuan rumah untuk potluck raya ni.. masing2 bawak makanan dan minuman. Dilah sepatutnya nak bawak agar2 tapi tak sempat nak buat.. haha.. so Dilah bawak je la kek SDS. Potluck raya ni memang meriah sangat tau.. lebih 10 keluarga JDT Blogger berkumpul di rumah Sis Lin.. habis riuh bergema rumah Sis Lin dengan mulut bising kitorg.. haha.. husband masing2 pun dah paham dah.. haha..

This week minggu terakhir raya, InsyaAllah, sekali lagi kami akan berkumpul di rumah Mama Maszul sempena majlis kahwin anaknya.. pasti meriah jugak nanti..

Mudah-mudahan tahun depan dapat la kita sambut raya bersama-sama lagi ya..

7 comments:

  1. Alhamdulilah..Terima kasih Dilah..
    InsyaAllah tahun depan jumpa lagi ..

    ReplyDelete
  2. nampak rapat sangat geng-geng jdt blogger..

    ReplyDelete
  3. Tetiba tak sabar nak tunggu raya taon depan, hahahha

    ReplyDelete
  4. jdt blogger kalau dah berkumpull memang akan meriah tempat tuh.hahhaa..

    ReplyDelete
  5. nasib rumah sis lin tak runtuh kena gegar.... hihihi...

    ReplyDelete