Kisah Sebelum Bersalin Baby Faiz Mikail
Kisah Sebelum Bersalin Baby Faiz Mikail | Assalamualaikum.. Alhamdulillah.. hari ni usia Baby
Faiz Mikail 73hari @ 2 bulan stgh. So arini Dilah nak share pengalaman
bersalin kan Faiz Mikail.. kalau lambat2 nanti terlupa pulak.. entry ni agak
panjang laa.. mohon bertabah la kalau nak baca ye.. haha
Actually due date Dilah 20 April 2018. Tapi baby bongsu ni
sedap sangat duduk dalam perut ibu.. oni la satu2nya anak yang
overdue.. memang Dilah tak sangka sangat2 la.. sebab dah anak ke 4 kan, semua
orang jangkakan Dilah akan bersalin awal.. Lagi-lagi masa bersalinkan anak ke-3
si Fattah Anas dulu yang sangat cepat, xde rasa sakit sangat tapi sampai
hospital dah full, so masing-masing risau kan Dilah takut kali ni pun
sama.. detail Kisah bersalin Fattah Anas.
Orang kata anak makin ramai, jalan makin cepat buka.. dan
mungkin juga akan bersalin lebih awal. Proses bersalin pun lebih mudah.. so
dalam mind set Dilah pun dah pikir macam ni jugak.. lagi2 dengan kes Fattah
Anas sebelum ni, risau sangat Dilah tak rasa sakit sangat tp jalan dah bukak
banyak.. Bunda a.k.a mak Dilah ni risau sangat bila Dilah dah ada rasa sakit sikit pun disuruhnya Dilah pergi hospital. Takut terberanak dalam kereta or terberanak kat rumah pulak..
Sampai 39 weeks, Dilah masih drive sendiri pegi kerja macam biasa.. masih larat lagi.. org lain pulak risau dan asyik suruh cuti.. maklum la badan dah macam peti ais.. haha.. Tapi dalam kepala ni dah set mesti bersalin awal ni.. tapi sampai 39weeks pun masih belum bersalin lagi, mula la Dilah rasa stress!! Mood nak datang keje pun dah takde.. asyik tunggu keluar tanda dan bersalin jer.. setiap kali bangun pagi berdoa minta2 ada petunjuk.. haha..
So lepas 39 weeks tu Dilah banyak keluar untuk banyakkan jalan.. kalau duk rumah yang sekangkang kera tu memang idok ler berjalan sangat kan.. haha.. pastu Dilah basuh toilet.. buat jalan itik.. mak oiii.. lenguh weh buat jalan itik tu.. haha.. Pastu bila keluar gi jalan2 tu mula la nak makan macam2.. so JJCM la sekali.. kira sebelum bersalin tu puas la makan macam-macam..
Sampai 39 weeks, Dilah masih drive sendiri pegi kerja macam biasa.. masih larat lagi.. org lain pulak risau dan asyik suruh cuti.. maklum la badan dah macam peti ais.. haha.. Tapi dalam kepala ni dah set mesti bersalin awal ni.. tapi sampai 39weeks pun masih belum bersalin lagi, mula la Dilah rasa stress!! Mood nak datang keje pun dah takde.. asyik tunggu keluar tanda dan bersalin jer.. setiap kali bangun pagi berdoa minta2 ada petunjuk.. haha..
So lepas 39 weeks tu Dilah banyak keluar untuk banyakkan jalan.. kalau duk rumah yang sekangkang kera tu memang idok ler berjalan sangat kan.. haha.. pastu Dilah basuh toilet.. buat jalan itik.. mak oiii.. lenguh weh buat jalan itik tu.. haha.. Pastu bila keluar gi jalan2 tu mula la nak makan macam2.. so JJCM la sekali.. kira sebelum bersalin tu puas la makan macam-macam..
Isnin ,16 April 2018 (39w3d)
Siang tu rasa tak selesa.. sakit2 belakang.. mood nak pegi kerja pun dah takde sangat..
dah mula stress sikit2 sbb dah 39w masih tak bersalin lagi. Pergi klinik dapat
MC. Malam tu rasa sakit sangat kat ari-ari.. berdenyut2.. ada la dalam 30min..
sebelum2 ni sakit kejap2 je.. ni sampai Dilah nak jalan pun tak boleh.. wassap
kat kawan2 group STB, diorg cakap jalan tengah nak bukak tu.. tak lama lagi la
tu.. baby dah tolak2 tu rasa sakit kat ari-ari.. dalam hati maybe esok bersalin
ni.. tapi sampai ari selasa tu de pape.
Selasa. 17 April 2018 (39w4d)
Teringin sangat baby keluar hari ni. Sbb Dilah suka sangat
date ni dari zaman sekolah lagi.. haha.. mcm ni pun boleh kan.. so berharap la
baby keluar cepat.. sakit2 x selesa macam biasa tu jer la.. tapi Dilah amik
cuti arini.. serius takde mood langsung dah nak keje.. karang pegi ofis semua
org risau dan tanya2.. lagi tambah stress nanti..
Ayah Wan pun siap cuti arini sebab ingatkan dah nak bersalin..
kitorg siap keluar gi makan, sempat shopping barang baby sikit.. sempat JJCM
tu.. sajer nak banyak jalan supaya jalan sempat bukak.. banyak tempat jugak la
kitorg pergi.. tapi sampai habis hari selasa baby tak keluar jugakk!! Huawaaaa..
Rabu. 18 April 2018 (39w5d)
Malam selasa tu tak boleh tido sangat sampai la ke pagi.. petanda pun dah keluar sikit2.. dah start rasa mild contraction sikit2.. rasa happy sangat bila dah start rasa sakit.. pelik tapi benar.. org tak suka rasa sakit, tp Dilah bila dah rasa sakit tu rasa naik balik semangat.. rasa masa makin hampir..
Bila bagitau Bunda, cepat jer Bunda suruh pegi hospital.. tapi rasa sakit tu sikit sangat.. dan sekejap.. kalau pegi hospital nak tunggu procedure itu ini sebelum check up tu macam malas la pulak.. lagi2 bila tak rasa sakit sangat kan.. tapi dalam masa yg sama nak jugak tahi sbb Dilah ni jenis yg tahan sakit rasanya (Bunda pun cakap macam tu) so takut Dilah baru rasa sakit sikit tapi jalan dah bukak banyak..
Ayah Wan pun terpaksa cuti lagi arini sbb risau Dilah sorang2 kat rumah.. Bila kena paksa ngan Bunda suruh gi hospital, kitorang pun pegi.. sebelum tu singgah Tesco dulu sebelah hospital tu.. nak jalan2 lagi.. tp last2 bila dah banyak jalan tapi xde rasa sakit, kitorg decide balik rumah dulu.. hahaha.. sabo jer la.. sempat la makan2 lagi makanan fav aritu..
Khamis. 19 April 2018 (39w6d)
Pagi ni dalam pukul 1 lebih, ada rasa mild contraction lagi.. then bila check dah ada tanda kuar darah.. fuhhh.. time ni rasa berdebar dan excited sama.. dah tiba masanya kot baby keluar arini.. Ayah Wan call adik dia minta datang rumah untuk tengok2kan budak2 sementara kirog pegi hospital. Time tu adik dia pulak kat Batu Pahat sbb ada job kat sana.. nasib baik la tak sakit sangat time tu.. so kitorg masih rileks2 lagi sambil layan sakit contraction yg datang dan pergi.. tapi mild jer.. kul 3 lebih adik ipar sampai.. so dia pun tido situ..
Lepas subuh, kitorang pun siap2 nak ke hospital. hospital tu agak jauh dalam 40min masa2 biasa.. kalau time org pergi keje takut jem teruk pulak nanti.. sebolehnya nak elakkan jem tu.. pukul 6.15 cam tu keluar rumah.. sampai area hospital tu pergi cari makan dulu.. takut buatnya dah bukak jalan lapar pulak nanti kan... Call bunda bgtau nak gi hospital. Bunda dari Melaka akan datang JB untuk tengok-tengok kan anak-anak nanti.
Dalam kul 9 baru naik ke bilik saringan.. time ni memang tak rasa sakit langsung.. tp tula, sbb kes fattah anas tu, x sakit pun diorg paksa gi hosptal.. Masuk bilik saringan macam biasa la kena tanya macam2 untuk register. then tunggu turn untuk doktor check. Bila sampai turn, doktor check jalan baru 1cm.. frust pulak dengar.. hmmm.. buat CTG ok. check contraction xdela.. so doktor pun bagi balik dulu... balik la lagi.. haha
Sebelum balik pergi makan dulu.. masa tu dah dekat pukul 12 kot.. pegi makan kat Kampung Melayu.. foodcourt yang baru tu dah siap rupanya.. so dapat la makan Murtabak Cheese faberet Dilah dan jugak ABC Kg Melayu yg memang Dilah suka sangat... tengok tu, JJCM lagi.. baby puas makan macam-macam tau.. tapi tak nak keluar jugak..
Sampai rumah Bunda pun dah ada kat rumah ngan anak-anak.. Bunda cakap malam ni kot bersalin.. haha.. setiap hari rasa hari ni akan bersalin kan tapi tak bersalin jugak.. haha
Jumaat, 20 April 2018
Hari ni genap 40weeks. Apa perasaannya bila belum bersalin lagi?? anak-anak Dilah tak pernah overdue sebelum ni.. stress memang stress.. tp Dilah dah malas nak pikir lagi.. nak keluar, keluar la baby.. at least Bunda dah ada kat rumah tak risau sangat nak tinggal kan anak-anak.. tanda darah masih ada keluar sikit-sikit lagi.. contraction pun ada tp mild sangat.. so layan kan aje.. selagi tak sakit sangat malas nak pergi hospital. Ayah Wan pun keje arini..
Sabtu, 21 April 2018
Dari pukul 12.30am dah start rasa contraction 10min, 8min.. tapi rasa sakit tu tak kuat sangat.. check ada keluar tanda lagi.. darah dan berlendir sikit.. tapi belum sampai ke pinggang sakitnya.. memang tak boleh tido la.. lepas subuh baru bagitau bunda ada rasa sakit lagi.. Bunda pun apa lagi, suruh la pegi hospital lagi.. dia cakap arini mesti baby keluar.. hmmm.. mintak2 makbul la doa bunda..
Lepas subuh jugak baru gerak ke hospital.. tapi time ni dah tak rasa sakit sangat.. iskkk.. stress betul la.. baby ni main2 betul tau.. time untuk kepastian pegi jugak hospital.. tapi tak terus naik bilik saringan.. lepak-lepak dulu dalam keretaa.. pukul 8 lebih baru naik bilik saringan.. kali ni cepat sikit register sbb dah ada record kan.. so terus masuk bilik saringan.. tunggu turn pun tak lama sangat.. nasib baik bukan doktor yang sama yg check.. haha..
Doktor check bukaan baru 2cm. buat CTG jugak.. check contraction very mild. doktor bagi balik dulu sbb wad penuh rasanya. tapi bila cakap anak ke3 dulu sakit kejap sangat dan sampai hospital dah 10cm, doktor tu cuak kejap.. haha.. doktor ni lelaki chinese.. risau pulak dia nak bagi balik bila dengar mcm tu.. dia cakap nanti tanya pakar dia dulu.. lepas discuss, pakar bagi balik dulu.. tp kalau sakit terus datang hospital katanya.. doktor cakap maybe malam ni or awal pagi esok baby akan lahir.. maka dengan berat hati dan kecewanya, keluar la Dilah dari bilik saringan tu lagi.. huawwwaaaaa.. frust tau..
Masa kat hospital tu sempat la tengok IG. Kebetula cousin Dilah post tahu begedil yang orang order.. Dilah terus komen post dia cakap nak.. sebab dah lama teringin nak makan tahu begedil dia.. nasib baik dekat.. zassss... dia siap2 terus hantar kat hospital.. hahaha.. lepas ngidam ibu nak makan tahu begedil ni.. haha
Dari hospital tu berkira-kira jugak nak terus balik ke tidak.. memang saje taknak terus balik.. kot-kot la ada rasa sakit lagi kan.. masa tunggu cousin tu pun ada datang lagi contraction tu kejap2.. pastu lama hilang... kebetulan pulak hari ni adik ipar Dilah bertunang kat Sedenak. kitorang memang dah plan nak balik aritu kalau dah bersalin. semalam pun Ayah Wan dah siap belikan buah utk majlis tu.. memandangkan contraction dah tak rasa lagi, kitorg pun gamble terus balik Sedenak sekejap untuk hantar buah.. tapi tak bagitau bunda takut dia tak bagi.. haha..
Sepanjang kat rumah MIL tu xde rasa contraction lagi.. lepas balik rumah tu pun ada rasa contraction sikit-sikit.. agak-agak Dilah bersalin tak hari ni?? haha.. saje bagi suspen sikit..
Kalau nak tahu, tunggu sambungan kisah ni ye... dah panjang sangat pulak entry ni.. haha
amboi..panjang kisahnya..hihi
ReplyDeleteKuss semangat, ko macam Sis Dilah..
ReplyDeleteSebelum bersalin kejenya makan aje hahaha bila malam usap-usap perut, tapi baby taknak keluar juga hahaha sebab perut dah rasa tegang hahahhaa
wahhh sakan mummmy makann.. i saw boat noodlee.. my fav..
ReplyDeletesyaza follow~