Lunavie Nail Trimmer Mengatasi Masalah Kuku Tajam Baby
July 23, 2018
Lunavie Nail Trimmer Mengatasi Masalah Kuku Tajam Baby | Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. Baby Faiz Mikail dah masuk 3 bulan Ahad lepas. Sekarang ni Faiz
Mikail dah pandai gelak-gelak bila diagah.. kalau tak agah pun bukan main lagi
tangan dia ‘mengepak-ngepak’ hahaha.. korang paham tak? Tangan tak berenti
bergoyang.. kadang-kadang habis muka dia tercalar kalau kuku dia panjang
sikit..
Dilah memang dah lama tak
pakaikan Faiz Mikail sarung tangan.. sejak baby belum sebulan lagi Dilah dah
tak pakaikan mitten tu kecuali time kuku panjang yang belum sempat potong kuku
lagi.. Dilah pernah terbaca artikel yang doktor sarankan untuk jangan pakaikan
sarung tangan untuk baby lama sangat kerana ia akan mengganggu perkembangan
baby tu. So untuk baby kali ni memang Dilah jarang pakaikan mitten pada baby
dari usia sebulan lagi.
Untuk elakkan muka baby tercalar,
Dilah akan pastikan kuku baby sentiasa pendek. Tapi kan, walaupun kuku baby
masih pendek lagi, kadang-kadang ada rasa tajam-tajam lagi pada hujung kuku tu kan.. time tu nak potong
lagi mana boleh sebab dah pendek kan… so untuk pastikan kuku baby tu tak tajam,
Dilah akan gunakan Lunavie Nail Trimmer untuk trim kuku yang tajam tu.. meh
Dilah share sikit mengenai Nail Trimmer ni..
Lunavie Baby Electric Nail Trimmer
Lunavie Baby Electric Nail Trimmer merupakan
sejenis alat yang ringan untuk memotong kuku bayi dengan cepat, mudah dan
selamat. Ia juga boleh digunakan untuk menggilap kuku jari dan kaki dengan cara
pengisaran elektrik dan bukan secara pemotongan tradisional.
Kebaikan Luvanie Baby Nail Trimmer
·
Keselamatan: Ia tidak akan menyebabkan sebarang
cedera pada kulit bayi atau kuku yang lembut. (sentuk tangan dengan nail
trimmer dan tujuk tak luka)
·
Rendah Decibel: Ia boleh memangkas dan menggilap
kuku kaki atau kuku jari secara senyap.
·
LED Light: Ia dilengkapi dengan lampu LED depan.
·
4 Tetapan Pantas: Terdapat 4 kelajuan (tinggi /
rendah) dan corak berputar (mengikut arah jam / lawan jam).
6 Jenis Cushion Pad
Nail Trimmer ni dilengkapi dengan 3 jenis cushion pad dan 3 alat pemfailan yang direka mengikut peringkat umur baby dan juga orang dewasa.
3 jenis cushion pad yang sesuai
untuk baby adalah seperti berikut :
·
Cushion pad biru: 0-3 bulan
·
Cushion pad Orange: 4-11 bulan
·
Cushion pad merah jambu: 12 +
Bulan
Manakala 3 cushion pad untuk dewasa pula ;
·
Cushion pad putih: Kuku penggilap untuk ibu
·
Logam pengisaran: Mengisar kulit mati dan callus
atas kuku ibu
·
Cylin pengisaran: Mengisar kulit tepi kuku ibu
Cara menggunakan Nail Trimmer
- Masukkan 2 biji bateri AA pada tempat letak bateri.
- Jika kuku baby panjang sangat, potong sedikit.
- Pilih cushion pad yang sesuai untuk digunakan (ikut usia baby)
- Pasangkan cushion pad pada tempat grinding.
- Pegang jari baby dan 'on'kan nail trimmer. Lampu akan menyala.
- Acukan nail trimmer secara perlahan-lahan pada kuku baby sehingga selesai.
Cara penggunaan yang sama juga
digunakan untuk mengisar kuku orang dewasa. Cuma perlu tukarkan cushion pad yang bersesuaian. Untuk anak kecil atas setahun juga boleh guna. Dilah dah try guna untuk Fattah Anas yang berumur 3 tahun tu.
Mudah dan senang jer kan nak
gunakan nail trimmer ni. Lepas ni, tiada masalah lagi muka baby bercalar kerana
terkena kuku baby yang tajam.. Kalau korang berminat nak beli Nail trimmer ni
juga, boleh layari website di bawah ni ye..
4 komen
waa dh macam buat medi pedi dah. mek ptong kuku ank dengan pengetip. memang ad risiko la kan kalau guna pengetip
ReplyDeleteAdik Sis pun guna ini Dilah.
ReplyDeleteHrtu amik test kat jari Ayyom dia, sekali kena marah gan Mia, katanya ni untuk baby je laa Ayyom hahahahaha
alhamdulillah, sekarang makin mudah kan. teknologi dah memudahkan kerja kita ^_^
ReplyDeletecanggihnyaa skrng ni. kalo CT kena potong kuku anak buah adoii seram. takut.. ni orang dewasa pun rasa teruja nak guna =D
ReplyDelete