Pengalaman Bersalin Anak ke 4 - Faiz Mikail

July 18, 2018



Pengalaman Bersalin Anak ke 4 - Faiz Mikail | Assalamualaikum. Ok nak sambung cerita bersalin baby Faiz Mikail.. kalau korang belum baca entry sblm ni boleh baca kat sini Kisah Sebelum Bersalin Faiz Mikail. So agak2 Dilah jadi bersalin tak 21 April tu?? Jom ikuti sambungannya..

Ahad, 22 April 2018
Sepanjang malam tu Dilah dapat tido lena sbb xde rasa sakit contraction pulak.. punya la berharap bersalin malam tu kan.. tapi tak jugak.. hahaha.. tu yg dapat tido lena sikit setelah beberapa hari tido tak lena sbb asyik terjaga jer..

8.00 pagi
Kebetulan pulak pagi ahad tu Dilah ada appointment check up kat KK. Tu yang Dilah tak risau sangat.. nak tau progress tunggu pegi klinik jer.. sepanjang pagi tu pun takde rasa sakit2.. baby mengeras kejap2 mcm biasa je.. Dilah masuk klinik sorang je, Ayah Wan tunggu kat kereta sbb parking penuh.. kena parking jauh..

Sampai turn Dilah jumpa nurse.. Inform nurse dah 2x pegi hospital.. tanda darah masih keluar lagi sikit2.. Cuma pagi tadi keluar ada lendir sekali.. so memang dah dekat sangat la kan.. nurse check perut dan heart beat baby still ok. Tapi bila cakap dah berhari keluar tanda tp takde rasa contraction sgt pun, nurse tanya nak check jalan tak? Dilah cakap boleh jer. Nak tahu jugak progress terkini kan..
So lepas nurse inform doctor, doctor pun suruh buat VE dulu. Dilah kena pegi bilik lain untuk buat VE. Kat KK ni yang buat VE sister. Kalau nurse biasa tu dia tak konfiden nak check sbb jarang ada kes mcm ni kan.. so bila sister check, dia cakap jalan dah 3cm-4cm ni.. dia godek sikit bg jalan 4cm.. haha.. mcm tak percaya dah 4cm tp xde rasa sakit langsung.. nurse cakap boleh dah gi hospital ni.. tapi sbb xde rasa contraction lagi, nurse bagi pergi hospital sendiri.. kalau ikutkan, kalau jalan dah 4cm, diorang kena hantar gi hospital naik ambulans kalau dah mmg ada contraction dan dah sakit.

Settle check up dalam pukul 10 pagi mcm tu.. cepat pulak aritu.. selalu ramai sangat org kat klinik.. rezeki pagi tu tak ramai. Balik tu kitorg singgah pasar tani.. saje la nak berjalan2.. selagi tak rasa sakit kan.. banyakkan la berjalan.. sempat beli ice blended avocado yg sedap harga RM5 je.. fuhh.. lega dapat minum sebelum bersalin.. hahaha.. beli lauk2 sikit then kitorg balik rumah..

Bunda ni dah duk risau asyik tanya keadaan Dilah.. sampai rumah cakap la jalan dah buka 4cm tp xde rasa sakit pun.. so boleh lagi rileks2 dan berborak2 ngan bunda.. makan2 dulu.. macam malas pulak nak pegi hospital selagi takde rasa sakit.. lagipun kesian nak tinggalkan si kecik Fattah anas tu.. lepas ni mesti dah lain sbb balik dah ada baby kan.. so layankan la dia dulu..

12.00pm
Dalam kul 12 lebih suruh kakak bersiap2 nak pegi sekolah kebangsaan.. kitorg pun bersiap nak ke hospital. Mujur hari tug omen je keje.. so tghari jalan tak jem sangat. Dalam kul 12.40 mcm tu sampai hospital. Ayah Wan nak turunkan kat emergency tp Dilah taknak.. nak berjalan jer naik atas. So dapat parking jauh pulak.. berjalan la tghari buta panas-panas tu pegi bilik saringan.

12.40tghari sampai bilik saringan.. Alhamdulillah, rezeki lagi tak ramai orang time tu.. so memang terus masuk bilik dan doctor terus check. Mula2 doktor check contraction masih mild lagi.. buat CTG baby ok. Doctor buat VE pulak.. kebetulan doktor pakar dia (boss O&G) ada kat situ tgh round. Dia pun buat VE jugak.. dia cakap dah 5cm. Ya Allah, mcm tak percaya dah 5cm walaupun takde rasa sakit. Tapi tetap excited sbb tau tak lama lagi mesti bersalin.. doktor suruh salin baju, then ready masuk labour room..

Time tu menunggu lebih setengah jam jugak la before masuk LB. sbb doktor handle patient yg tengah sakit dulu.. so Dilah x kesah sangat la kan sbb kita bukan tgh sakit sangat pun. Kadang2 je datang contraction tu.. dalam kul 1.30 mcm tu baru masuk LB.

2.00pm
Dalam LB Dilah ditemani oleh Ayah Wan dan seorang nurse yg jaga bilik tu.. nurse buat CTG lagi.. sambil tu buat procedure yg lain.. time ni belum start rasa sakit. Dalam kul 2pm ada sorang doktor perempuan melayu datang. Check jalan. Dia cakap baby jauh lagi.. check air ketuban dah kurang. Tp doktor nak tgk takut baby dah berak ke kan.. doktor bagi masa 5jam je utk bersalin normal, kalau still takde progress maybe kena czer ke, tengok keadaan la. Sbb air ketuban dah kurang kan.. rupa2nya time dia explain tu dia dah pecahkan air ketuban jugak tp Dilah langsung tak sedar.. haha..
Doktor sempat tanya Dilah belum membuang ke sbb dia rasa full ni.. haha.. Dilah cakap la memang belum berak pun.. dah 2,3 ari tak membuang kot.. Dilah mmg jenis macam ni.. dia kata patut la full.. haha.. mahap ler doktor..

Tak lama lepas doktor tu keluar, Dilah mula rasa contraction.. dalam hati bersyukur sbb masa yg Dilah tunggu2 makin hampir.. (rasa macam bersalin anak sulung pulak.. haha) makin lama makin kuat.. 5min.. 3min sekali.. Dilah baca doa nabi yunus tu je.. time sakit sgt berzikir jer.. kejap pusing kiri, kejap kanan.. nurse tanya ada rasa nak teran tak dilah cakap xde.. langsung takde tau.. pelik jugak..

3.30pm
Sakit dah 1min sekali.. bila sakit Dilah genggam tangan Ayah Wan kuat2.. nurse tengok Dilah dah sakit sangat. Dilah cakap kat nurse macam nak teran (padahal takde pun rasa nak teran tu..) Dilah Cuma nak nurse tu check jalan je sbb dah rasa sakit sangatkan.. then bila nurse check cakap jalan dah full 10cm dah.. tapi baby belum betul2 depan pintu lagi.. nurse suruh Dilah teran tapi dilah tak boleh nak teran sbb takde rasa nak teran.. so nurse bagi Dilah masa sbb baby pun belum kat pint utu kan..
Then nurse bagi pitosin. Masukkan ubat ikut drip.. ni untuk gesa rasa sakit.. yela, sbb Dilah tak rasa nak teran kan tu yg dia bagi pitosin tu..

Serius Dilah cakap..lepas tu sakit dia berganda2 kuat.. sebelum ni ada baca pengalaman bersalin org lain yg kata sakit sangat sampai rasa nak tendang la.. tu la yg Dilah rasa lepas masuk pitosin tu.. rasa macam nak rentap je drip tu.. Allahu.. istighfar banyak2.. Ayah Wan nak buat lawak pun Dilah jeling.. ehh.. kita tengah sakit boleh pulak dia buat lawak.. memang kuat sangat2 rasa sakitnya..

Kejap2 nurse tanya ada rasa nak teran tak. ada la jugak rasa sikit2 tp rasa nak teran tu tak kuat dan kejap sangat. bila Dilah cakap nak teran kat nurse, nurse pun cepat2 standby.. bila dia suruh teran time tu rasa nak teran dah takde.. so boleh bayangkan tak camne..


Fresh from oven..

4.30pm
Datang rasa nak teran tu sikit. Dilah inform nurse lagi.. Tapi sama mcm sebelum ni rasa nak teran tu kejap jer.. tapi Dilah cakap jugak dekat nurse. nurse suruh try sbb dah lama sangat kan.. so Dilah pun try la push.. Ya Allah.. memang susah sangat nak push bila xde rasa nak teran tau..   banyak kali Dilah try.. sampai rasa mcm nak give up.. nurse cakap kalau tak boleh nanti baby kena vacuum.. Dilah taknak.. so Dilah try lagi sekali sekuat hati Dilah push.. akhirnya kepala baby keluar.. then push lagi sekali akhirnya baby keluar tepat 4.40pm..

Alhamdulillah.. subhanallah.. akhirnya keluar jugak baby yg dinanti2kan ni.. nurse terus letak atas dada Dilah.. dapat skin to skin dgn baby.. tengok muka sebiji macam Abg Faris.. pastu tengok kulit baby kering sangat.. memang berbeza sangat dgn baby2 sebelum ni.. Then nurse suruh Ayah Wan azankan baby.. lepas tu baby dibawa keluar untuk dibersihkan dan ditimbang..

Then bermula la part jahit-menjahit.. haha.. walaupun anak dah 4, tp masih ada koyak lagi.. yela, dah susah sangat nak teran tadi kan, so bila teran tu dah x dapat nak control.. nurse tu cakap sikit je, tapi rasa macam lama pulak dia jahit.. tapi kan.. bila tengok keadaan dia Dilah rasa kesian pulak tau.. sbb nurse tu tengah pregnant.. dah sarat jugak rasanya.. so kejap2 dia berhenti.. yela, penat kot kan, dengan nak menunduk jer sakit agaknya perut dia tu.. tapi dia tak merungut pun.. Dilah rasa terharu sangat tau... nama nurse tu Fatimah.. kalau dia ada terbaca blog ni, terima kasih ye kak..

Faiz Mikail bin Md Aswan
D.O.B : 22 April 2018
Time : 4.40pm
Venue : Hospital Sultan Ismail

Cerita lucu 
Nak tau tak satu cerita lucu.. segan sebenarnya Dilah nak cerita tapi bila ingat balik lawak pun ada.. adoiii... kat atas tadi kan Dilah ada cakap doktor yg pecahkan ketuban tu tanya Dilah belum membuang lagi ke sbb dia rasa 'full' kan.. so time meneran tu tadi rupa2nya Dilah terverak sekali.. hahaha... segan sangat ngan nurse tu wehhh.. nurse tu siap tanya " dah berapa hari awak tak berak ni?" boleh pulak keluar time meneran baby sekali.. hahha.. melampau kan...

ni gambar dah balik rumah.. tengok kulit muka tu kering kan..

Ok sambung citer tadi.. dah siap semua, dalam pukul 6.30 mcm tu baru diorang tolak masuk wad.. sebab bersalin petang kan, so confirm la kena tido 1 malam kat wad. Alhamdulillah, sepanjang malam baby tido lena.. sesekali jer baby bangun menyusu.. Bersalin kali ni pun Dilah bertenaga macam bersalin Fattah Anas dulu.. Dilah boleh bergerak sendiri.. takdelah lembik sangat lepas bersalin tu.. Alhamdulillah.. keesokan harinya, baby dan ibu boleh discharge..

Kesimpulannya Dilah rasa masa sakit masa bersalin baby Faiz Mikail dan Fattah Anas ni sama jer.. xde rasa sakit then dari start rasa sakit sampai bersalin tu dlm 2jam 40min shj, sangat cepat. Cuma rasa sakit yg kali ni lebih lagi rasa sakitnya bila dah pecah air ketuban dan lepas drip pitosin tu.. kalau Fattah Anas sakit yg tak kuat sangat sebab sampai full 10cm air ketuban tak pecah lagi..

Rezeki setiap anak lain-lain kan.. ada mudah, ada susah.. ada cepat ada lambat.. Alhamdulillah.. Dilah dah rasa 4 pengalaman yang berbeza.. Semoga Faiz Mikail membesar dengan sihat dan sempurna...

Next entry Dilah akan share pengalaman Faiz Mikail kena jaundis pulak ok..




You Might Also Like

2 komen

  1. hahahhaa..kelakar baca kisah lucu kak dila tu..hahhahaha....

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.rezeki dikurniakan anak lelaki lagi.
    Janji Kita

    ReplyDelete