Tempat Makan Best di JB - Restoren Ateh Corner Baru - Ceritera Ibu

Tempat Makan Best di JB - Restoren Ateh Corner Baru



Tempat Makan Best di JB - Restoren Ateh Corner Baru | Assalamualaikum.. hai korang.. hari ni Dilah nak share satu tempat makan yang best kat JB ni, lebih spesifik lagi di Skudai.. Restoren ni merupakan salah satu restoren favorite Dilah sekeluarga tau.. Banyak kali dah Dilah makan kat restoren ni.. Nama Restoren ni Ateh Corner. Korang yang tinggal area skudai ni mesti tau kan..

Gambar ehsan Sis Lin.. hehe

Tapiiii kalau korang nak tahu, restoren Ateh Corner ni baru sahaja berpindah ke tempat baru. Tak jauh dari tempat asal. Restoren yang baru ni terletak berdekatan dengan Al-Ikhsan Store di Taman Universiti.. Kawasan baru ni lebih strategic, lebih luas dan parking pun lebih mudah.

Restoren Ateh Corner Baru ni kini mula beroperasi jam 7 pagi hingga 2 pagi.. Kalau sebelum ni hanya dibuka dari petang ke malam, namun di tempat baru ni buka dari pagi lagi tau.. So kalau korang nak breakfast pun boleh datang ke Ateh Corner.. Pelbagai menu sarapan pagi seperti roti canai, nasi lemak, soto, lontong dan banyak lagi.. Manakala waktu tengahari pula korang boleh order menu masakan goreng-goreng panas.

Nasi lemak ayam

Kuih koci air tangan owner Puan Linda Nasir.

Bagi menu makan malam pula, Restoren Ateh Corner Baru masih mengekalkan menu asal disamping menambah beberapa menu yang baru. Antaranya masakan western, seafood, ikan bakar, makanan pembuka selera dan banyak lagi.. Kalau korang nak tahu, antara killer menu di Restoren Ateh Corner Baru ni adalah Ikan Siakap Masak Stim Nyonya. Menu ni memang sedap sangat, very recommended tau.. Menu ni disediakan sekali dengan Mantou Bun.. cicah roti mantou tu dengan kuah stim nyonya tu memang sedap sangat..

Ikan Siakap Masak Stim Nyonya

Mantou Bun

Hari Sabtu lepas, Dilah dan rakan-rakan team JDT Blogger telah dijemput untuk sama-sama menikmati juadah makan malam yang sedap-sedap ni.. Korang tengok la banyak sangat makanan sedap-sedap di Restoren Ateh Corner ni.. ni baru sikit tau, kalau tengok menu lagi banyak..

Ikan Pari Bakar

Kerang Bakar

Sotong goreng tepung

Udang Butter Nestum



Laksa Johor

Makanan pembuka selera pun tak kurang sedapnya.. Dilah suka sangat tahu bakar tu.. Sotong kangkung tu first time Dilah rasa.. sedap jugak.. Rojak pun sedap.. ehh  senang cakap semua sedap2 la.. haha

Tahu Bakar

Sotong Kangkung

Rojak petis

Pelbagai jenis minuman, Teh C-Special, Ais Jagung, Jus Kedondong, Green Tea, ABC Special, Bandung Cincau

Banana Split (Pin pin pon pon)

Sagu Mangga
Dilah bersama owner Ateh Corner Puan Linda Nasir

Team JDT Blogger bersama Puan Linda Nasir


So kalau korang tengah mencari tempat makan yang best di JB ni Dilah cadangkan korang ke restoren ni.. Dekat sangat dengan Aeon Taman U dan tak jauh dari UTM. Dah try sekali mesti akan datang lagi..

Alamat :
Restoran Ateh Corner Baru.
105, Jalan Pendidikan 5,
Taman Universiti .
(Berdekatan dengan Al-Ikhsan)

Facebook :



Masa Operasi:
7am – 2am

# Surau juga disediakan di restoren ini..

7 comments:

  1. nampak sedap menu kat sini :)

    ReplyDelete
  2. Tengok menu semuanya sedap-sedap, terliur kita..
    Eskrem Poki POki namnya lucunya hahahaha

    ReplyDelete
  3. Alaaaaa...sedapnyaaaa...lama tak makan sedap2 macam ni sejak mak tak sihat...

    ReplyDelete
  4. teringat2 teh c special dia..aduuhhh

    ReplyDelete
  5. singgah sini :)

    Jemput singgah entry terkini ejulz :
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/misha-omar-sampai-bila-ost-jangan-benci.html
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/aktiviti-badminton-7-julai-2018.html
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/mari-belajar-bahasa-sarawak-part-16.html

    Jemput join segmen ejulz jika belum join :)
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

    ReplyDelete
  6. Banyak nya menu yang menarik. Kalau ke johor boleh Singgah sini nanti.

    ReplyDelete
  7. nampak menyelerakan semua menu di restoren ateh ni

    ReplyDelete