Cabar Diri Lakukan Aktiviti Lasak di Active Academy, Bukit Gambang Resort City
Cabar Diri Lakukan Aktiviti Lasak
di Active Academy, Bukit Gambang Resort City | Assalamualaikum.. hai korang..
Siapa yang ada follow Dilah di Instagram dan jugak friend dengan Dilah di
facebook mesti tahu aktiviti Dilah minggu lepas.. Pada yang tak tahu, pada 8-10
Ogos yang lepas, Dilah dan team JDT Blogger telah pergi bercuti 3H2M ke Bukit
Gambang Resort City, Kuantan.. Memang best sangat bila bercuti beramai-ramai ni
tau..
Kalau sebut Bukit Gambang Resort
City atau BGRC mesti orang ingat waterpark jer kan.. Ada juga yang dah tahu ada
Safari Park di sini.. tapiiiiiiiiiii… masih ramai lagi yang tak tahu, di BGRC
ni kita juga boleh lakukan pelbagai aktiviti luar (outdoor activity).. Active
Academy merupakan pusat rekreasi outdoor
dan teambuilding korporat di BGRC. Terdapat 18 jenis aktiviti luar yang boleh
dilakukan di Active Academy ni seperti ATV Fun Ride, Flying Fox, Paintball
Target Shooting, Paintball Warzone, Tressure Hunt, Skytrail dan banyak lagi. Di
sini juga boleh memuatkan sehingga 500 orang dalam satu masa. So, mana-mana
kumpulan atau syarikat yang ingin membuat teambuilding boleh la ambil pakej di
Active Academy ini.
Semasa percutian kami di BGRC ni,
kami berpeluang melakukan beberapa aktiviti seperti menaiki ATV, memanah,
paintball target shooting, flying fox dan menunggang kuda (bagi anak-anak). Masa
mula-mula tengok itinerary, Dilah agak teruja tengok aktiviti yang akan kami
lakukan nanti lagi-lagi menaiki ATV dan flying fox. 2 aktiviti ni merupakan
aktiviti yang dah lama Dilah teringin nak cuba tapi dalam masa yang sama cuak
jugak entah berani ke tidak kan nak buat flying fox tu.. Jom ikuti pengalaman
Dilah melakukan outdoor activity di Active Academy ini.
ATV Fun Ride
Pengalaman pertama buat
Dilah memang mengujakan. Semasa menaiki ATV ni, kita akan diuji cara
mengendalikan ATV di jalan yang tidak rata, sedikit bukit dan jalan berlopak.
Memang thrill sangat la.. Mula-mula tu risau jugak, takut susah jer nak bawa
ATV ni.. tapi rupanya senang jer, macam bawak kereta auto jer, tekan button
untuk start enjin dan press tempat pegang tu untuk minyak.. Then bawak la ATV
tu, pandai-pandai la nak kawal stering tu.
1st lap tu masa untuk
sesuaikan diri, belajar macamana nak kawal ATV. Kadang-kadang enjin mati bila
berhenti lama. 2nd lap dah mula serasi, bawa pun dah laju, dah
pandai handle stering di selekoh dan laluan berbukit dan berlopak. Last lap,
rasa nak press jer minyak tu laju-laju sebab dah serasi dan semakin expert!! Hahha..
tapi sedih sebab dah nak habis main.. kalau dapat bawak lagi lama best syok!!! Dua perkataan yang Dilah boleh
gambarkan setelah menaiki ATV ni iaitu BEST SANGAT!!
Paintball Target Shooting
Pada mulanya Dilah ingatkan kitorang
akan main Paintball yang lawan tembak-menembak antara 2 group tu.. tapi rupanya
tidak. Baru Dilah tahu ada 2 jenis paintball – Target Shooting dengan
paintaball warzone (ni yang berlawan tu la). So untuk kitorang yang kebanyakannya 1st
timer ni, paintball target shooting lebih sesuai untuk kitorang.
Trainer akan masukkan siap-siap
bullet/peluru ke dalam tempat isi peluru tu. Then kita perlu pakai topi untuk
cover muka sekali. Kemudian baru la mula kan tembakan. Mata perlu fokus
betul-betul pada target dan kemudian tembak. Pada Dilah agak payah sikit nak
tengok dan fokus pada target tu.. Mungkin kalau main yang tembak orang tu
senang sikit kot.. Sebab orang besar kan.. hahha.. Apa-apa pun tetap enjoy main paintball ni.
Archery
Dalam banyak-banyak aktiviti yang
kami lakukan di Active Academy ni, hanya memanah ni sahaja yang Dilah pernah
main sebelum ini. Walaupun bukan pertama kali cuba, tapi tetap excited untuk
main lagi sebab nak perbaiki rekod yang sebelum ni.. Alhamdulillah, target nak
dapat ’10 mata’ (kuning) dah berjaya.. dapat 2x pulak tu.. yang lain-lain pun
ok la not bad, xde yang keluar dari sasaran..
Tapi nak dapatkan kuning tu bukan
main gigih lagi tau.. Beriya sangat fokus sampai tangan pun menggigil-gigil Tarik
anak panah tu.. haha.. nasib baik la dapat jugak kuning tu kan.. kalau tak buat
malu jer beriya tapi tersasar kan.. hahaha.. tengok muka Ayah Wan masa tarik arrow tu
rileks jer.. kita ni tarik macam nak ‘terberak’ gayanya.. hahha…
Flying Fox
Gambar cantik dari Azwa Photography
Bila tengok dalam program itinerary
tu ada flying fox, Dilah rasa excited sebab dah lama teringin nak buat flying
fox ni tapi dalam masa yang sama cuak jugak.. terbayang sangkut kat tali dari
ketinggian yang agak tinggi.. Mampu ke nak buat aktiviti tu? Berani ke tidak
ni? Macam bermimpi pulak dapat buat aktiviti lasak macam ni tau.. Orang tengok kita yang ala-ala ladies ni tapi dalam jiwa Dilah ni sebenarnya memang sukakan
aktiviti lasak tau.. Cuma tiada peluang jer nak buat aktiviti macam ni sebelum
ni.. So bila dah diberi peluang ni apa lagi?? Jom kita cabar keberanian diri
buat flying fox pula.
Sebelum nak buat aktiviti
merbahaya ni, mesti la ada penerangan dari trainer mengenai keselamatan dan
cara-cara nak lakukan aktiviti ni kan.. Jika ada sakit jantung ke semput ke
memang tak boleh lakukan aktiviti ni.. Then pakai tali keselamatan dan topi
keledar keselamatan dulu. Lepas tu baru la ke destinasi untuk lakukan terjunan.
Kami perlu mendaki bukit sedikit dalam 2 minit dan kemudian menaiki tangga ke
platform terjunan setinggi 143m.
Tiba masa yang dinanti-nantikan,
debaran dupdapdupdap menunggu giliran. Tengok peserta yang awal-awal tu macam
rileks jer.. lelaki kan, tak macho la kalau menggigil jugak kan.. haha.. tiba
giliran Dilah, Dilah minta trainer tu yang tolak badan Dilah ke bawah..
beberapa saat terawal tu Dilah macam wowww, terkedu, terdiam tanpa suara bila
dah rasa macam di awangan.. haha.. tapi macam kurang feel pulak bila takde
sound effect kan.. Secara automatic terus Dilah menjerit… wowwwww lagi best dan
enjoy sangatttttttttt… Serius!! Dilah rasa best sangat bila berada kat atas
tu.. rasa menyesal pulak tak berani nak cuba aktiviti lasak ni dari dulu. haha
Horse Riding For Kids
Bagi mereka yang bawa anak kecil
ke Active Academy ni, jangan risau ya, ada jugak aktiviti untuk anak-anak kecil
ni.. Selain dari Sky Trail, anak-anak juga boleh merasai pengalaman menaiki
kuda. Abang Faris tu berani jer nak naik kuda ni.. berbanding kakak Diyana dan
Fattah Anas ni agak penakut sikit. Jadi selain dari pembantu yang tolong bawa
kuda tu, Ayah Wan pun ikut sekali tepi kuda tu. Baru la diorang tak takut.. Dah
habis tu bukan main seronok lagi cakap dapat naik kuda.. mula-mula tu bukan
main takut lagi.. haha..
Kalau korang ke BGRC ni jangan
lepaskan peluang untuk mencuba pelbagai aktiviti outdoor ini.. Terdapat pakej
tertentu untuk aktiviti-aktiviti ini.. Macam aktiviti yang Dilah lakukan ni,
pakej ini hanya RM38 sahaja untuk 4 aktiviti seperti ATV
Fun Ride, Paintball Target Shooting, Archery dan juga flying fox. Murah kan..
Selain pakej individu, terdapat juga pakej secara berkumpulan. So kalau korang
buat family day di sini boleh la dapatkan pakej berkumpulan. Untuk maklumat
lanjut, boleh dapatkan info dari media social Active Academy seperti di bawah
ini..
Bukit Gambang Resort City
26300 Gambang, Kuantan, Pahang
Tel: +609-5488000/8111/8112/8113
Fax: +609-5486666
Email: enquiry@bgrc.com.my
Facebook:
BGRC
Active Academy
Instagram:
Website:
http://www.bgrc.com.my
# Credit picture to Blogger Kak Seri dan Sis Lin.
Jangan lupa baca entry berkaitan Bukit Gambang Resort City;
Wahhh. . Terasa ruginya tak cuba
ReplyDeletetabikkk springg lerrr dekat kak dila...sebab boleh join aktiviti lasak walaupun tgh ade baby..
ReplyDeleteYang ATV tu memang best gile, lap last mmg rasa nak pecut hahahaha
ReplyDeleteMemanah pulak, tak ku sangka, boleh dapat 2x point 10 hahahaha power gak i...
Yang paintball target tu, perghh 3x gak mengena target hahahahaa
Semuanya best sangat !!
Adui..seronoknyaaa..serius rindu!
ReplyDeleteseronokkan sesekali buat aktiviti lasak dengan family..wajib cuba aktiviti ni kan
ReplyDeleteSeronoknya beraktiviti lasak cengginie..
ReplyDelete