Hilangkan Batuk Selsema Anak dengan Garlic Balm ZM Beauty

August 21, 2018


Hilangkan Batuk Selsema Anak dengan Garlic Balm ZM Beauty  | Assalamualaikum.. Korang nak tahu tak, masa kitorang pergi Bukit Gambang Resort City aritu, baby Faiz Mikail tak berapa sihat sangat.. Ada selsema sikit-sikit.. Actually, tu first time baby kena selsema sehingga meleleh sikit hingusnya. Sebelum ni ada juga selsema tapi takde la sampai meleleh.. Just dengar bunyi nafas dia tu jer dan ada hingus  yang dah jadi tahi hidung kering jer bila bangun tidur...


Masa kat BGRC tu kan kitorang stay dekat Arabian Bay Resort, tidur pulak bilik ber'aircond' kan, mesti la sejuk. Lagi mudah la kena selsema.. Lagi-lagi si abang-abang Faris, Fattah dan Kakak Diyana tu, petang tu kan mandi kolam di Waterpark BGRC.. So lagi senang la kena selsema malam tu.. Malam-malam dah sroot sreet sroot sreet.. geram betul ibu dengar tau..


Nasib baik ada Garlic Balm dari ZM Beauty ni.. Garlic balm ni memang wajib Dilah bawak bila travel dan juga bawa ke rumah pengasuh baby.. Budak kan memang senang kena selsema.. Sejuk sikit selsema, main air lebih sikit selsema. Tu yang wajib bawa ke mana-mana garlic balm ni.. Sebelum tidur, Dilah sapu kat dada dan belakang badan anak-anak semua.. dah macam pawang pulak mak nye ni duk sapu2 kat 4 beradik tu.. hahaha.. Lega rasa bila bangun pagi dah tak dengar anak-anak sroot sreet lagi.. haha.. memang berkesan betul garlic balm ni kan..


Dilah suka tengok packaging garlic balm ni.. nampak smart kan.. tak perlu risau kot-kot bekas tu pecah ke.. nak simpan dalam handbag pun senang, takde la berlaga-laga dengan barang lain.. haha.. maklum la beg ibu tu kan dah macam beg doremon.. macam-macam ado nakkk.. haha.. Jom Dilah share sikit info mengenai garlic balm dari ZM Beauty ni..


Fungsi Garlic Balm ZM Beauty

  • Rawatan alternatif untuk batuk dan selsema.
  • Melegakan selsema, batuk dan asma ringan untuk bayi, kanak-kanak dan dewasa.
  • Menghilangkan kahak.
  • Membuang angin.
  • Menghangatkan badan.
  • Merawat kembung perut.
  • Boleh dijadikan sebagai minyak bayi.
  • Merawat gatal ringan.

Garlic Balm ZM Beauty ini dibuat menggunakan 100% bawang putih dan minyak zaitun. Memang selamat untuk baby dan anak kecil kerana ianya tidak panas. Lebih meyakinkan lagi, garlic balm dari ZM Beauty ini mempunyai kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.


Cara penggunaan :
Sapu balm dibahagian tapak kaki, dada, belakang, tulang rusuk, bahagian sinus dan ubun-ubun (pakai stoking selepas sapu di tapak kaki). Dilah sapu kat sinus tu nipis-nipis jer.. seeloknya letak masa anak dah tidur, takut anak gosok-gosok masuk mata pulak kan..

Okla.. kalau korang nak cuba garlic balm ni juga, boleh hubungi ZM Beauty ya;


Garlic Balm ZM Beauty

Instagram:  
Facebook: 
  Website: 
  Whatsapp:  

You Might Also Like

3 komen

  1. Memang bagus ni, perut kembong tua bangka macam Sis pun boleh gunaa..
    Tapi bau dia auchummmmm

    ReplyDelete
  2. Sesuai setiap rumah ada satu balm ni...
    mudah di bawa ke mana-mana..

    ReplyDelete
  3. saya da kasi kat dak Aisyah anak buah kesayangan....ekekek

    ReplyDelete