Ketahui 10 Keunikan Taman Tema Air, Bukit Gambang Resort City
Ketahui 10 Keunikan Taman Tema Air Bukit Gambang Resort City | Assalamualaikum..
Bukit Gambang Resort City memang sudah terkenal dengan taman tema airnya. Bila
sebut ‘waterpark’ ni mesti la terbayang taman tema air yang mempunyai pelbagai
permainan air seperti kolam untuk budak-budak, pantai buatan, sungai buatan dan
juga pelbagai jenis slide yang mencabar.
![]() |
Dilah dan Baby Faiz Mikail |
Jika sebelum ini Dilah dah share pengalaman Dilah melakukan cabaran aktiviti lasak di Active Academy (klik untuk pautan entry) kali ini Dilah nak share pengalaman di waterpark BGRC pulak. Tiket waterpark boleh di beli secara online atau pun di kaunter utama sebelum masuk ke kawasan waterpark. Nanti Dilah kongsikan sekali harga tiket di penghujung entri ni ya..
Jom ikuti pengalaman Dilah sekeluarga bersama team JDT Blogger di sini. Dilah kongsikan 10 keunikan waterpark BGRC berbanding waterpark di tempat lain.
10 KEUNIKAN TAMAN TEMA AIR, BGRC
1. Cashless System
Waterpark BGRC ni mengamalkan
cashless system atau pembelian tanpa tunai bagi memudahkan urusan pengunjung semasa berada di dalam
kawasan waterpark. Korang perlu top up duit di Top Up Counter atau e-Value counter dengan nilai
tertentu contohnya RM50. Kalau nak top up RM10 je pun boleh. Selepas bayar,
cashier tu akan scan barcode pada wristband kita dan amaun tu akan masuk dalam
wristband tu. Kalau nak top up pada wristband
anak-anak pun boleh, so tak perlu la anak-anak bawak duit untuk membeli
makanan atau minuman.. Cashier hanya perlu scan wristband tu untuk pembayaran. itu la maksudnya cashless system.
Jika ada baki atau tak digunakan langsung, duit baki tu kita boleh tuntut semula di kaunter 6 di tempat area beli tiket. Dilah suka system ni sebab kita tak perlu pikir nak bawa dan keluarkan duit bila nak beli apa-apa.. boleh juga elakkan berlakunya kecurian atau beg duit tercicir.
![]() |
e-Value Counter |
Jika ada baki atau tak digunakan langsung, duit baki tu kita boleh tuntut semula di kaunter 6 di tempat area beli tiket. Dilah suka system ni sebab kita tak perlu pikir nak bawa dan keluarkan duit bila nak beli apa-apa.. boleh juga elakkan berlakunya kecurian atau beg duit tercicir.
2. Cabana
![]() |
Cabana di kawasan Peguin Island |
Cabana di kawasan Coco Beach Wave and Lagoon - sumber gambar google |
Kalau datang bersama keluarga tu, jangan lupa sewa cabana. Boleh la letak barang dan lepak-lepak di cabana sementara menunggu dan melayan anak-anak yang sedang mandi-manda kan.. Jangan risau, banyak cabana disediakan di waterpark ini.. harga cabana ini berbeza bagi setiap tempat. Selain cabana, korang juga boleh menyewa tube (pelampung), locker, towel, children life vest dan beach volleyball.
Senarai harga sewa Cabana dan lain-lain lagi |
3. Peguin Island – Kolam mandi kanak-kanak dan dewasa
Peguin Island ni merupakan
kawasan kolam mandi kanak-kanak dan orang dewasa . Terdapat 3 jenis kolam mandi
untuk kanak-kanak iaitu Aqua Play, Kids Slide dan Kids Splash Pool. Aqua Play
menempatkan kawasan kolam yang mempunyai ‘playground’ yang besar manakala Kids
Splash Pool pula mempunyai playground bersaiz lebih kecil sesuai untuk
kanak-kanak 7 tahun ke bawah.
Di Kids Slide pula, anak-anak boleh mencuba bermain slide yang lebih kecil. Jangan risau, ianya selamat untuk kanak-kanak. Ada abang ‘safety guard’ yang sentiasa memerhatikan dan menjaga keselematan anak-anak kecil ni.. tapi sebagai ibu bapa, kita pun perlu jugak tengok-tengok kan anak-anak kita kan..
![]() | ||
Aqua Play |
![]() |
Kids Slide |
Di Kids Slide pula, anak-anak boleh mencuba bermain slide yang lebih kecil. Jangan risau, ianya selamat untuk kanak-kanak. Ada abang ‘safety guard’ yang sentiasa memerhatikan dan menjaga keselematan anak-anak kecil ni.. tapi sebagai ibu bapa, kita pun perlu jugak tengok-tengok kan anak-anak kita kan..
Dengan kepelbagaian jenis mainan dan slide di kolam kanak-kanak ini, anak-anak ada lebih banyak pilihan dan mereka tidak akan bosan. Ada sahaja aksi yang mencuit hati. Sekejap nak mandi dekat pool, sekejap lagi berlari ke tempat slide pulak untuk main slide.. Kejap lagi ke pool semula.. macam takut sangat tak sempat nak main air puas-puas.. haha.. Seronok betul mereka hari tu.. Sampai tak nak naik bila diajak balik tau.. haha..
4. Journey of Ice-Glacier River – Sungai Buatan
Kalau korang nak bersantai-santai
dalam air, korang boleh cuba mandi di sungai buatan ni.. Memang santai-santai
duduk atas pelampung besar tu menyusuri sungai buatan ni.. Ada kawasan yang
airnya agak dalam jugak, ada la dalam paras bahu Dilah ni..
Tapi sekali sekala bila datang tsunami tu melambung-lambung juga rasanya bila kena ombak tsunami tu.. Dilah yang tak sempat duduk atas pelampung tu terkapai-kapai jer.. air sungai tu ngam-ngam paras leher Dilah.. haha.. Tapi korang jangan risau, siren akan dibunyikan sebelum ombak tsunami tu terjadi. So korang cepat-cepat la naik atas pelampung tu dulu sebelum ombak sampai.. hahaha..
5. Six Lane Racer
![]() |
6 Lane Racer |
Bagi korang yang sukakan cabaran, boleh try main slide di 6 Lane Racer. Slide ini merupakan slide lane yang terpanjang sekali, mempunyai 6 lane yang sangat tinggi. Cara nak main slide ni kita kena meniarap atas matt yang disediakan.. Kemudian baru la turun meluncur di atas slide tu..
Kalau korang tak cukup berani
jangan la cuba main slide ni tau.. rasa nak tercabut jantung masa turun tu
tau.. haha.. time landai tu ok lagi. Tapi
bila sampai kat area cerun tu, memang mengucap banyak kali.. dengan kelajuan
yang sangat pantas dan cerunan yang tinggi tu membuatkan korang rasa nak mintak
nyawa banyak kali.. haha.. Tobat la sekali tu jer Dilah naik, rasa slide ni
lagi gerun dari buat flying fox tau.. kahkahkah.. Over betul Dilah ni kan…
6. Crystal Slide and Galaxy Slide
Gambar google |
7. Family Raft Ride
Family Raft Slide - sumber gambar website BGRC |
Kalau korang datang secara berkumpulan yang ramai, boleh la cuba naik family raft ride ni. Pelampung khas digunakan untuk Raft Ride ini, tak boleh guna pelampung biasa tu. Kalau tak silap maksimum boleh naik 6 orang dan minimum 2 orang. Kalau sorang nanti pelampung tu susah nak bergerak sebab ringan sangat. Lagipun dah nama pun family kan, mesti la naik beramai-ramai kan.. haha.. Family Raft Ride ni pun korang mesti cuba tau.. syok bila naik ramai-ramai tau… Dilah naik berdua jer dengan Ayah Wan aritu.
8. Coco Beach Wave Pool and Lagoon
![]() |
Coco Beach Wave Pool and Lagoon |
Kalau dah boring mandi di kolam budak-budak, boleh la try mandi di Coco Beach Wave Pool and Lagoon pula.. Pantai buatan ni merupakan pantai buatan yang mempunyai gelombang ombak terbesar yang mampu menghasilkan 8 mod pola gelombang. So korang kena rasai sendiri keseronokan mandi pantai buatan ini tau.
9. Pizza Time
![]() |
Pizza Time |
Bila dah main air mesti cepat lapar kan.. So boleh la order pizza dari Pizza Time. Korang kena rasa kesedapan pizza yang disediakan di sini.. Memang sedap lagi-lagi tengah lapar kan, laju jer makan.
![]() |
Atas kiri - Pizza Spicy Seefood. Bawah kiri - Pizza Pepperoni Beef. Kanan - Ayah Wan menikmati keenakan Pizza Spicy Seafood |
Ada pelbagai pilihan pizza seperti Magherita Supreme, Pepperoni Beef, Spicy Seafood, Chicken Satay King, Fruit Republic dan Village Delight.
10. Non-smoking Area
![]() |
Smoking Zone |
Waterpark BGRC ini merupakan kawasan larangan merokok. Oleh itu, kawasan ini bersih dari sampah putung rokok. Memang rasa selesa bila tiada asap rokok di keliling kita. So, kalau ada pengunjung yang nak merokok boleh pergi ke ruang merokok yang disediakan..
Ini la 10 keunikan dan kelainan Taman Tema Air di BGRC berbanding taman tema air yang lain. Waterpark ini juga pernah mendapat anugerah Best Large Waterpark pada tahun 2011 oleh MAATFA (Malaysian Association of Amusement Theme Park and Family Attractions). Waterpark ini juga menyediakan surau, tandas dan tempat mandi yang banyak,
tempat makan seperti Savannah Coffee dan Peguin Express. Jika korang memerlukan
ruang untuk melakukan aktiviti secara berkumpulan, korang boleh menyewa garden
terrace dan telematch pool.
Alhamdulillah.. anak-anak seronok dapat bermain air di waterpark ini.. Budak-budak dengan air kolam kan bagai aur dengan tebing.. hahaha... pantang jumpa air, memang susah nak disuruh berhenti main air tu. Tapi Dilah dah bagitau mereka, ada sesuatu yang lebih menarik untuk mereka keesokan harinya.. Nak tahu apa dia? Tunggu perkongsian Dilah seterusnya nanti ya..
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai waterpark di Bukit Gambang Resort City ini, korang boleh rujuk website dan media social Waterpark BGRC di bawah ini ya.
![]() |
Anak-anak happy dapat mandi-manda di waterpark. |
Alhamdulillah.. anak-anak seronok dapat bermain air di waterpark ini.. Budak-budak dengan air kolam kan bagai aur dengan tebing.. hahaha... pantang jumpa air, memang susah nak disuruh berhenti main air tu. Tapi Dilah dah bagitau mereka, ada sesuatu yang lebih menarik untuk mereka keesokan harinya.. Nak tahu apa dia? Tunggu perkongsian Dilah seterusnya nanti ya..
Harga Tiket
Berikut adalah harga tiket waterpark dan juga kombo waterpark dan Safari Park.
TICKET PRICES
Adult: RM 33.00
13 years and above
Child / Senior Citizen / OKU: RM 23.00
Child above 90cm until 12 years old / Sr. Citizen 60 years above
Child below 90cm entrance is FREE.
13 years and above
Child / Senior Citizen / OKU: RM 23.00
Child above 90cm until 12 years old / Sr. Citizen 60 years above
Child below 90cm entrance is FREE.
Combo Tickets ( Safari Park + Water Park )
Adult: RM 88.00
Child / Senior Citizen / OKU: RM 58.00
Adult: RM 88.00
Child / Senior Citizen / OKU: RM 58.00
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai waterpark di Bukit Gambang Resort City ini, korang boleh rujuk website dan media social Waterpark BGRC di bawah ini ya.
Facebook
Instagram
Alamat
Bukit Gambang Resort City,
26300 Gambang,
Kuantan Pahang Darul Makmur,
Malaysia
No. Telefon
+09-548 8000 ext. 8400
Fax : +609-548 6288
Email
bg_waterpark@bgcr.com.my
Hotline
016-9884768
Bukit Gambang Resort City - Water Park
Operation Hours: Monday, Wednesday & Thursday 11.00 am - 6.00 pm
Friday, Saturday, Sunday, Malaysia Public & School Holidays 9.30 am - 6.30 pm
Close on Tuesday except Malaysia Public & School Holidays
Jangan lupa baca entry berkaitan Bukit Gambang Resort City;
Percutian 3H2M di Arabian Bay Resort, BGRC
Ketahui 10 Keunikan Taman Tema Air, Bukit Gambang Resort City
Cabar Diri Lakukan Aktiviti Lasak di Active Academy, Bukit Gambang Resort City
Cabar Diri Lakukan Aktiviti Lasak di Active Academy, Bukit Gambang Resort City
Kredit gambar dari : Sis Lin, Mar Mansor, Kak Seri
Tang slide tu memang tak berani betullah...
ReplyDeleteMelambung 2x adik kata dia naik hahahaha aje gilee aku jerit kalau naik kang hahahahaha
Dulu Tarot pernah nak pergi Gambang Water Park ni, tapi tak kesampaian sebab masa tu area Gambang dilanda banjir. Terpaksa tunda dan sampai ke sudah tidak dapat pergi.
ReplyDeleteselalu main kat sungai buatan tu dengan aqua play je..rindu nak ke sana lagi...
ReplyDeleteIni kalau pergi pagi, petang baru keluar.. Baru puas main air..
ReplyDelete