Kulit Baby Overdue Mengelupas Teruk?
Kulit Baby Overdue Mengelupas
Teruk? | Assalamualaikum.. Korang tahu tak kulit baby yang lahir overdue akan
mengalami pengelupasan yang agak teruk? Dilah pun baru tahu lepas melahirkan
baby Faiz Mikail 3 bulan lepas.. sebab first time ada anak lahir overdue kan..
So kali ni Dilah nak share sikit mengenai keadaan kulit baby Faiz Mikail selepas
beberapa dilahirkan.
Sejurus selepas Dilah melahirkan
baby, nurse yang sambut kelahiran tu meletakkan baby di dada Dilah.. First time
Nampak baby, hati Dilah terdetik.. keringnya kulit baby.. dekat badan dan muka
baby memang Nampak kering kulitnya dan tak halus macam anak-anak sebelum ni
yang lahir 39minggu.. Dilah pun bertanya pada nurse tu, memang kulit baby lahir
overdue ni akan kering dan x lembut macam ni ke? Nurse cakap memang macam tu
sebab baby dah matang dalam perut dan kulit pun sampai kering. Tapi tak lama
katanya, nanti baby akan ‘bersalin kulit’.
Bila balik rumah 2nd
day tu, bunda pun terkejut tengok kulit baby.. kesian baby kulit dia kering dan
tak berapa halus. Nampak macam bersisik sikit.. tapi Dilah terlupa pulak nak
amik gambar kulit baby tu dekat2.. hari ke 4, baby kena jaundis. Kena refer kat
hospital sebab bacaan agak tinggi. Nanti kalau ada masa Dilah share cerita
jaundis ni ya..
Baby warded tengah malam, dalam kul 11 mcm tu baru dapat masuk wad. So kena la baby duduk bawah lampu biru tu.. nurse ajar macamana nak letak baby bawah lampu tu. Kena buka semua baju Cuma pakai pampers jer. Tapi baby tak berapa nak baring bawah lampu,, baby menangis dan nak menyusu jer.. kebetulan pulak memang susu pun dah keluar dan start membengkak, so memang Dilah banyakkan menyusu jer la.. kejap sangat dapat duduk bawah lampu. Alhamdulillah.. walaupun kejap-kejap jer duduk bawah lampu tu, berkat kerap menyusu, baby dah boleh discharge keesokan pagi nya..
Dilah mula perasan kulit baby mengelupas masa kat hospital malam tu.. ada orang cakap effect duduk bawah lamp utu memang kulit baby akan kering dan mengelupas.. memang betul sbb panas kan.. Tapi start hari tu memang kulit baby mengelupas teruk sangat.. bermula dari badan, then kaki, tangan last sekali kat muka..
Pengelupasan tu berlaku dalam tempoh beberapa hari, seminggu ada kot kalau tak silap.. Then secara berperingkat bermula di badan yang paling teruk nampak mengelupas dan diikuti kat kaki, tangan dan muka.. Kalau tengok nampak teruk kan tapi rasanya tak sakit pun sebab baby memang takde merengek langsung.. kulit asal tu mengelupas dan diganti dengan kulit baru yang lebih lembut dan halus.. baru la rasa macam kulit baby2.. hahaha..
Dilah takde sapu apa2 pun.. Cuma masa
mandi tu Dilah gosok2 tempat mengelupas tu biar kulit tu jatuh.. kalau time tak
mandi pun kadang2 Dilah kopek jugak sebab geram sangat tengok kulit tu.. tapi
Dilah just kopek kulit yang betul2 dah mengelupas banyak la.. yang dah nak
tertanggal tu..
Tengok la perbezaan kulit baru dan kulit lama..
Geram sangat tau tengok kulit mengelupas ni.. rasa nak kopek2 jer.. Kadang-kadang Dilah sapukan allano lepas mandi.. tu pun salah satu cara nak bagi kulit tu lembut.. anak adik Dilah beza 2 bulan dengan Faiz Mikail.. anak dia ada mild ezcema.. tiap2 hari sapu allano lotion ni lama-lama lembut compared kalau sapu krim doktor bagi kasar je kulit dan merah-merah..
Perbezaan kulit jari baby..
Alhamdulillah.. setelah lebih
seminggu, semua kulit asal masa lahir tu dah tanggal dan diganti dengan kulit
yang lebih lembut dan halus… So kalau korang yang ada anak lahir overdue nanti
jangan la risau kalau kulit baby tu kering dan tak halus ye.. nanti kulit tu
akan ok selepas seminggu dua..
kesiannya baby tapi alhamdulillah dah okey
ReplyDeleteKalaulah kita yang mengelupas macamtu, bestnyaaa, lepas tu kulit jadi gebuuuu
ReplyDeleteselalu jugak nampak kulit baby overdue menggelupas ataupun salin kulit.
ReplyDeleteTahniah Ibu Dilah, boleh beri no telefon untuk tuntut hadiah anda.
ReplyDeletebaby syaza pun sama camni gak tapi kat tangan je kot rasa masa tu..
ReplyDeleteOwh.. memang camtu eh.. patutlah anak sha yang no 2 tu kulit dia menggelupas..memang geram nengoknya.. kikiki..tapi sha sapu krim la bagi kulit yang menggelupas tu senang tanggal..
ReplyDelete