Percutian 3H2M di Arabian Bay Resort, Bukit Gambang Resort City
Percutian 3H2M di Arabian Bay Resort, Bukit Gambang Resort City | Assalamualaikum.. Beberapa hari lepas Dilah dah kongsikan
pengalaman indah Dilah sekeluarga dan team JDT Blogger bercuti 3H2M di Bukit
Gambang Resort City. Aktiviti kami sangat padat sepanjang berada di sana. Oleh itu, kami memilih untuk menginap di
Arabian Bay Resort di dalam BGRC ni juga bagi memudahkan semua perjalanan dan
urusan kami.
Entry lain berkaitan aktiviti di Bukit Gambang Resort City;
Ketahui 10 Keunikan Taman Tema Air, Bukit Gambang Resort City
Cabar Diri Lakukan Aktiviti Lasak di Active Academy, Bukit Gambang Resort City
Ketahui 10 Keunikan Taman Tema Air, Bukit Gambang Resort City
Cabar Diri Lakukan Aktiviti Lasak di Active Academy, Bukit Gambang Resort City
![]() |
Credit picture to Sis Lin |
Kalau korang nak tahu, Bukit Gambang Resort City mempunyai 3 jenis tempat
penginapan iaitu Arabian Bay Resort, Carribean Bay Resort dan Everia Villa. Arabian Bay Resort ni berada di sebelah kiri selepas pintu masuk Bukit Gambang Resort City. Kira masuk-masuk je terus nampak resort ni di sebelah kiri.
Kitorg sampai pukul 11.30 pagi.. Check in pukul 12tghari. Sepatutnya kul 3 ptg baru boleh check in. Tapi disebabkan kami ada event, dapat la check in awal sikit. Sementara tu tunggu la di lobi hotel sekejap. Lobi hotel ni besar kawasannya. Then kaunter pun banyak.. Tempat duduk pun banyak dan selesa.. Kedai serbaneka pun ada juga di ruang lobi ini.
![]() |
Ruang menunggu |
![]() |
Kedai serbaneka - ada jual survenir, baju t-shirt, baju mandi dan lain-lain lagi. |
Kalau korang nak tau, Arabian Bay Resort ni mempunyai empat jenis bilik iaitu 2-Bedroom Suites, Studio Suites, Arabian Suites dan Penthouse Suites. Bilik kami jenis 2-Bedroom Suites berada di blok 2 di tingkat 1. Boleh naik lif atau naik tangga je sebab tingkat 1 je kan.. Jom tengok bilik pulak....
![]() |
Dalam lift dah siap tulis no bilik di tingkat berapa.. bagus kan.. takde la risau tak tahu bilik di tingkat berapa.. |
![]() |
Hall |
![]() |
Dining area. meja makan dan pantry. Ada peti sejuk mini sekali. |
![]() | |
Nescafe and tea. |
![]() |
Bilik 1 |
![]() |
Bilik 2 |
Setiap bilik mempunyai 2 katil super single, bilik air, almari, meja solek, TV kecik dan peti besi. Memang selesa sangat la untuk kitorang satu family yang ada 4 orang anak ni.. katil pun besar, takde la gaduh-gaduh nak tido sempit kan.. haha..
![]() |
Credit picture to Sunah - Arabian Coffee House |
Pakej yang kitorang ambil ni termasuk sekali dengan sarapan pagi. Sarapan ini secara buffet terletak di Arabian Coffee House bersebelahan dengan lobi utama. Arabian Coffe House ini berkonsepkan ruang terbuka. Tetapi jika korang mahu makan secara private boleh makan di Oasis Oriental Restoren yang bersebelahan sahaja dengan Arabian Coffee House ini. Oh ya, menu sarapan sangat banyak dan makan sentiasa di top up..
Bilik kami berdekatan sahaja dengan kolam. Dari parking naik tangga
terus jumpa kolam ni dulu sebelum jumpa lif dan tangga. Nasib baik la
memang nak mandi di waterpark kan, kalau tak dah berzikir anak-anak nak
mandi pool ni.. haha.. Kalau korang nak karaoke boleh ke blok 3 ya.
![]() |
Credit picture to Sis Lin |
Alhamdulillah, memang selesa sangat stay di Arabian Bay Resort ni. Active Academy pun berhadapan jer dengan resort ni, cuma perlu berjalan kaki dalam 5-10 minit sahaja dah sampai.. Kalau nak ke Waterpark dan Safari Park pun hanya perlu tunggu tram di lobi hotel. tak perlu bersusah payah nak drive ke sana-sini..
Okla.. untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penginapan dan pakej-pakej yang ditawarkan di BGRC ini, korang boleh layari dan hubungi BGRC melalui media social BGRC seperti yang tertera dibawah.
Website :
Facebook
Instagram
Alamat
Bukit Gambang Resort City,
26300 Gambang,
Kuantan Pahang Darul Makmur,
Malaysia
No. Telefon
+09-548 8000 ext. 8111/8112/8113
Fax : +609-548 6666
Whatsapp
+6011-51225298
Email
enquiry@bgrc.com.my
Jangan lupa baca entry berkaitan Bukit Gambang Resort City;
Ketahui 10 Keunikan Taman Tema Air, Bukit Gambang Resort City
Cabar Diri Lakukan Aktiviti Lasak di Active Academy, Bukit Gambang Resort City
Ketahui 10 Keunikan Taman Tema Air, Bukit Gambang Resort City
Cabar Diri Lakukan Aktiviti Lasak di Active Academy, Bukit Gambang Resort City
Hadoi.. menarik betul entry ini.. memanggil manggil nak ke sini..
ReplyDeleteBaru tau ttg tempat ni
ReplyDeleteBestkan..berbaloi dengan harga dan pakej yang tersedia..
ReplyDeletePromosi cuti sekolah ni, bolehlah bawa anak-anak ke sana ya...
ye bilik yang cukup selesa untuk seisi keluarga.kemas sangat.
ReplyDeleteJanji Kita
Pernah ke sini sekali je sebab ada kursus, tapi tak overnight. Next time pergi macam nak try la menginap sekali. TQ share :)
ReplyDelete