Terokai Dunia Haiwan di Bukit Gambang Safari Park
Terokai Dunia Haiwan di Bukit Gambang Safari Park | Assalamualaikum.. Jom Dilah
sambung cerita percutian ke Bukit Gambang Resort City lagi.. Kali ni Dilah nak
share mengenai pengembaraan JDT Blogger ke Taman Safari pula. Kalau korang
nak tahu, selain waterpark, Bukit Gambang Resort City juga terkenal dengan
Safari Park yang terbesar di Malaysia dengan keluasan 138 ekar hutan sekunder.
Ia terbahagi kepada 2 zon iaitu zon berjalan kaki dan zon Tram Wild Savannah. Selain
Tram, korang jugak boleh merasai pengalaman menaiki ATV Ride Savannah.
6 Keunikan Bukit Gambang Safari Park
Bukit Gambang Safari Park ini mempunyai beberapa jenis haiwan yang sangat jarang dijumpai di Malaysia. Antaranya :
- The only Cheetahs in Malaysia
- White lion, White kangaroo, White owl
- 4 out of 6 Camel species in the world
- 4 out of 8 Bear species in the world
- Golden Headed Lion Tamarin, 1 out of 19 primate species in BGSP
- Close encounter with Hyenas & others predators such as lions, tigers & cheetahs
Jom ikuti
pengembaraan JDT Blogger ke Taman Safari Park. Kami ke Bukit Gambang Safari Park ni pada
hari kedua. Pada sebelah pagi, kami ada aktiviti di Active Academy. Selepas
selesai, balik bilik penginapan, rehat kemudian lunch di Arabian Coffee.
Pukul 2 petang semua berkumpul di lobi untuk aktiviti seterusnya ke Safari Park
pula dengan menaiki TRAM. Yeayyyy.. anak-anak dah tak sabar lagi nak tengok
binatang liar Savannah dan Africa dengan lebih dekat lagi.….
![]() | |
Park Map Safari Park |
TRAM sebagai pengangkutan utama ke Safari Park
Memandangkan kami dah ready
dengan memakai wristband Safari Park, kami menaiki TRAM di lobby resort dan
terus dibawa ke kawasan Taman Safari yang terletak bersebelahan dengan waterpark. Kalau
belum beli tiket lagi, korang perlu membeli tiket di kaunter tiket Safari Park yang terdapat di tempat yang sama
dengan tempat membeli tiket waterpark. Kemudian berjalan kaki menuju ke bangunan utama Safari Park.
![]() |
Tour Guide kami - Encik Tajudin. Cantik-cantik TRAM di sini bertemakan Safari.. |
Sepanjang pengembaraan ini,
seorang tour guide (Encik Tajudin) akan mengiringi kami dan akan memberi banyak
penerangan mengenai haiwan-haiwan di Safari ini. So memang banyak info baru
yang kami perolehi sepanjang pengembaraan ini..Tram ini dilengkapi dengan
penghawa dingin dan sudah tentu semua tingkap tertutup rapat. Jadi korang tak
perlu risau kalau harimau datang dekat nak say hi-hi haha..
ATV Safari Ride at Wild Savannah
![]() |
Lokasi permulaan ATV |
![]() |
Penerangan kepada peserta-peserta yang akan menaiki ATV di Wild Savannah |
Tempat persinggahan pertama kami adalah di Eagle Station. En Nasir memilih beberapa orang peserta untuk menaiki ATV
di Wild Savannah. Kebanyakkannya lelaki dan hanya seorang sahaja
blogger perempuan iaitu Ain yang join naik ATV. Blogger perempuan yang
lain ni emak-emak kan so kena la jaga anak-anak.. Sayang sekali masa ni
Dilah ada baby kan, so tak dapat la merasai pengalaman menaiki ATV di
wild Savannah.. So Ayah Wan dan abg Faris turut serta dengan group yang
naik ATV ni. Mereka diturunkan di Eagle Station ini untuk ke tempat ATV Safari Ride.
![]() |
Melihat haiwan dengan lebih dekat lagi. |
Apa yang bestnya dapat naik ATV di Wild Savannah ni? Mesti la best sebab mereka dapat melihat haiwan dengan lebih dekat lagi. Kalau nak pegang haiwan tu pun boleh tau.. Jalan yang dilalui ATV sama sahaja dengan laluan Tram kami. Cuma ATV ni tidak akan masuk di kawasan haiwan pemangsa seperti harimau, singa, hyena dan lain-lain lagi. Kalau mereka masuk jugak alamat ATV sahaja yang keluar nanti, orangnya entah ke mana.. haha.. Mereka diberi masa lebih kurang 45minit untuk lawatan ke Wild Savannah tersebut.
Melihat haiwan liar secara dekat dari dalam Tram
Dalam masa yang sama Tram kami juga memasuki kawasan Wild Savannah. Kami juga dapat melihat haiwan-haiwan liar dengan lebih dekat lagi seperti badak air, buaya tembaga, harimau, singa, dubuk (hyena) dan banyak lagi. Untuk masuk ke kawasan haiwan pemangsa yang berpagar ini, tram perlu melalui laluan yang agak sempit (muat-muat saiz tram sahaja). Ada 2 pintu pagar perlu dilalui. Setelah pintu pagar pertama dibuka, tram akan bergerak masuk dan tunggu pintu tersebut ditutup semula. Setelah pintu tersebut ditutup baru lah pintu pagar kedua pula dibuka dan tram terus masuk ke kawasan haiwan liar. Prosedur ini perlu dilakukan demi keselamatan dan juga bagi mengelakkan haiwan liar tersebut terlepas ke luar.
Bagi kawasan haiwan yang lain (selain haiwan pemangsa), haiwan ini dibiarkan bebas bergerak. Terdapat beberapa haiwan yang jarang kita tengok sebelum ini terdapat di Safari Park ini seperti lembu pink. 1st time Dilah tengok tau.. dah macam B*bi pulak tengok warrnanya tu.. hahha.. Paling menarik di sini melihat aksi burung unta (ostrich). Burung unta ni sangat jinak tau. Apabila tram berhenti berdekatan dengan burung unta ini, burung ni datang dekat dan mematuk-matuk pintu tram.. Comel jer tau.. bila tram bergerak meninggalkan kawasan tu, burung unta tu macam terkebil-kebil ditinggalkan.. hahha.. lawak pulak tengok keadaan dia masa tu..
Predator Instint Show
Setelah habis lawatan ke Wild Savannah, tram kami menuju semula ke Eagle Station. Kami diturunkan di sini untuk memasuki ke kawasan zon berjalan kaki pula. Destinasi pertama kami di sini adalah di Land of Predator untuk melihat pertunjukan Predator Instinct. Untuk ke Land of Predator, kami akan berjalan kaki melalui kawasan ATV Safari Ride, Horse/Camel and Poney ride.
![]() | |||
Gambar atas : Pentas pertunjukan tertutup dan berkaca. Bawah kiri - Dubuk (hyena). Bawah kanan - harimau. |
Di pertunjukkan ini, kita akan ditunjukkan habitat sebenar haiwan-haiwan pemangsa seperti singa, harimau, dubuk (hyena). Haiwan ini akan dilepaskan di Predator Arena (pentas pertunjukan) tanpa sebarang instructor di dalam pentas itu. Kemudian haiwan pemangsa akan mula mencari makan dan memakan makanan tersebut.(ayam akan diletakkan di kawasan tertentu). Jika ayam tu berada di kawasan yang berair, haiwan tersebut akan berenang untuk mendapatkan makanannya.. Ada juga aksi harimau membuang air kecil dan membuang najis. Tak pernah tengok haiwan macam ni berak, kali ni dapat tengok pulak.. haha.. lawak pulak rasanya..
Wonderful Bird Show
![]() |
kawasan beruang |
Next, kami bergerak ke destinasi seterusnya ke Forest Arena di Forest Land untuk melihat Wonderful Bird Show. Untuk ke kawasan ini, kami akan melalui kawasan habitat beruang. Kawasan ini agak besar dan terdapat banyak beruang di kawasan ini.
![]() |
Wonderful Bird Show @ 4.45pm |
![]() |
Forest Arena (pentas pertunjukan) yang sangat besar dan cantik |
Pertunjukan Wonderful Bird ini diadakan pada pukul 4.45pm. Antara burung yang membuat pertunjukan adalah burung kakak tua, burung nuri, burung helang, itik, bangau. Jika biasanya kita melihat burung kakak tua bercakap, tapi kali ini burung kakak tua mengeja dan mengira pulak.. Bijak betul burung ni kan.. Padahal nombor untuk operasi tambah tu penonton yang bagi, tapi dia still boleh kira jugak..
![]() |
Berpeluang berinteraksi dengan burung nuri dan burung helang. |
Selain pertunjukan di atas pentas, ada jugak pertunjukan burung yang memerlukan interaksi dengan penonton. Burung Nuri ingin meminta bantuan dan derma bagi mengisi tabung burung mereka. Jadi penonton yang ingin menderma boleh memberikan duit sendiri pada burung tersebut. Namun begitu, burung ini hanya nak duit RM5 dan RM10 sahaja kerana ia hanya boleh kenal 2 warna ni sahaja.. Note warna lain burung taknak hatta korang bagi RM100 pun dia tak akan ambik.. hahaha.. Kitorang bagi peluang kat abg Faris duit untuk derma pada burung. Abg Faris sporting jer dan tak takut.
Setelah penat berjalan, kami nak break sebentar sebelum melihat pertunjukan seterusnya iaitu Multi Animal Show. Malangnya ada sedikit masalah, kami terus ke Simba Hall untuk tea break dan terlepas pertunjukan Multi Animal Show..
Kami minum petang dan berehat di Simba Hall. Di kawasan Simba Hall ni
juga ada surau dan tandas. Kalau korang nak tahu, kami menikmati minum
petang dan makan malam ditemani oleh sepasang singa putih tau.. Kami
hanya dipisahkan dengan dinding kaca sahaja. Malangnya masa mula-mula
sampai tu, singa putih tu sedang tidur.. setelah selesai kami makan
malam baru la singa putih tu bangun.. Kami diberitahu yang singa putih
ni tidur 18jam sehari.. mak aiii.. lama sungguh dia tidur kan.. hanya
6jam sahaja dia berjaga..
Makan malam kami kali ni bertemakan makanan barat (western food). Pelbagai menu menarik seperti grilled lamb, fish au gratin, chicken pasta, roasted chicken, vegetable ratatouue dan juga spagetti cabonara. Tergeliat nak sebut western food ni tau.. haha.. selain makanan berat, dessert pun ada jugak..
Makan Malam di Simba Hall
Dinner with White Lion - gambar google |
![]() |
Sepasang singa putih menemani kami makan malam di Simba Hall |
![]() |
Pelbagai menu masakan barat untuk makan malam kami.. |
Makan malam kami kali ni bertemakan makanan barat (western food). Pelbagai menu menarik seperti grilled lamb, fish au gratin, chicken pasta, roasted chicken, vegetable ratatouue dan juga spagetti cabonara. Tergeliat nak sebut western food ni tau.. haha.. selain makanan berat, dessert pun ada jugak..
Night Jungle
Selesai makan malam, kami menuju ke destinasi seterusnya iaitu Night Jungle. Terdapat pelbagai haiwan hutan dipamerkan di dalam sangkar berkaca dan juga sangkar terbuka seperti tapir, khinzir Africa, pelbagai jenis kuning, rakun dan banyak lagi.. Paling tak boleh lupa bila tengok khinzir africa tu, jauh beza dengan khinzir pink dan juga khinzir hutan yang berwarna hitam dan gemuk tu. Khinzir Africa ni pula saiz badannya lebih kecil tetapi padat dan mempunyai tanduk.![]() |
Night Jungle |
Hari semakin gelap dan kami menuju ke destinasi seterusnya ke area Animal Feeding dan juga menanti pertunjukan seterusnya.
Animal Feeding
![]() |
Credit Picture to Juju : Wallaby |
Terdapat pelbagai jenis haiwan peliharaan yang jinak dipamerkan di kawasan terbuka di sini seperti ayam, kambing, arnab, kanggaru putih dan beberapa jenis haiwan ternakan lagi. Tapi yang paling menarik perhatian kami sudah tentu kanggaru putih atau dipanggil Wallaby kerana ia tidak terdapat di Malaysia kan.. Bertuah la kami dapat melihat Wallaby secara dekat. Tapi sayang wallaby ni tak nak dekat-dekat sangat dengan orang.. kalau tak dah boleh pegang kan.. Kami mempuanyai masa sekejap sahaja di Animal Feeding area ni sementara menunggu bermulanya African Yabara Show.
African Yabara Show
![]() |
African Yabara Show at Village Courtyard. |
Tepat jam 7.45 malam, pertunjukan African Yabara bermula. Pertunjukan api ini memang sangat dinanti-nantikan. Sesuai dengan keadaan yang gelap, hanya nampak api sahaja.. Kami duduk betul-betul depan stage tu.. Anak-anak teruja bila 'abang api' membuat persembahan makan api.. haha.. memang hebat diorang ni sampai boleh makan api kan.. tak panas ke badan tu bermain dengan api ye?? hehe
Tarsan Adventure Show
![]() |
Village arena yang besar dan cantik.. |
Pertunjukan terakhir di Safari Park ini adalah Tarsan Adventure Show. Ini juga pertunjukan yang dinanti-nantikan.. Seperti pentas pertunjukan yang lain di Safari Park ini, pentas pertunjukan tarsan (Village Arena) ini juga sangat menarik dan cantik. Luas dan besar juga..
Tarsan Adventure Show ini mengisahkan seorang tarsan yang menyelamatkan rakan baiknya gorila dari diburu oleh pemburu. Pelbagai aksi menarik dan kelakar dilakonkan oleh tarsan dan rakan-rakannya. Oh ya, sebelum pertunjukan ini bermula, ada pesanan untuk semua penonton. Sepanjang pertunjukan ini akan ada bunyi bom dan bunyi bising yang lain.. Alhamdulillah, baby Faiz Mikail tak terkejut pun.. sedap jer dia tido dalam gendongan Dilah.. hehe..
![]() |
Credit picture to Sis LIn |
Setelah tamat pertunjukan Tarsan ini.. kami bergambar beramai-ramai dengan tarsan dan rakan-rakannya.. Kemudian kami pun beredar ke area Simba Hall untuk pulang. Tempat untuk menuggu tram berada di bawah bangunan Simba Hall. Di situ juga terdapat kedai cenderahati. Tamat la sudah pengembaraan kami ke Bukit Gambang Safari Park. Walaupun penat sangat kerana banyak berjalan sepanjang hari tapi kami enjoy sangat.. Anak-anak lagi la happy. Bukit Gambang Safari Park ini memang sesuai sangat dijadikan percutian sekeluarga.
Jadual Waktu Pertunjukan di Safari Park
Sumber : Website BGRC |
Harga Tiket
Tiket Safari Park boleh dibeli secara online atau beli di kaunter Safari Park di tempat yang sama beli tiket waterpark. Kalau nak jimat korang beli tiket kombo waterpark dan safari park sekali, memang jimat sangat.HARGA TIKET
Adult: RM 63.00
13 years and above Child / Senior Citizen / OKU: RM 43.00
Child above 90cm until 12 years old / Sr. Citizen 60 years above Child below 90cm entrance is FREE.
13 years and above Child / Senior Citizen / OKU: RM 43.00
Child above 90cm until 12 years old / Sr. Citizen 60 years above Child below 90cm entrance is FREE.
Combo Tickets ( Safari Park + Water Park )
Adult: RM 88.00
Child / Senior Citizen / OKU: RM 58.00
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Bukit Gambang Safari Park ini, korang boleh rujuk website dan media social BGRC di bawah ini ya.
Facebook
Instagram
Alamat
Bukit Gambang Resort City,
26300 Gambang,
Kuantan Pahang Darul Makmur,
Malaysia
No. Telefon
+09-548 8000 ext. 8400
Fax : +609-548 6288
Email
bg_safaripark@bgcr.com.my
Hotline
016-9884768
Bukit Gambang Resort City - Safari Park
Operation Hours: Monday, Wednesday & Thursday 12.00 pm - 9.00 pm
Friday, Saturday, Sunday, Malaysia Public & School Holidays 10.00 am - 9.00 pm
Close on Monday except Malaysia Public & School Holidays
Jangan lupa baca entry berkaitan Bukit Gambang Resort City;
Ketahui 10 Keunikan Taman Tema Air, Bukit Gambang Resort City
Cabar Diri Lakukan Aktiviti Lasak di Active Academy, Bukit Gambang Resort City
Percutian 3H2M di Arabian Bay Resort, Bukit Gambang Resort City
Kredit gambar kepada Sis Lin, Mar Mansor, Kak Seri, Juju
Hadoi.. Menariknya bila baca entry sis ini.. Bilalah nak menjejak kaki disini..
ReplyDeleteBestnya if bawa family bcuti ke sini, 😊someday, insyaallah
ReplyDeleteseronok seharian meskipun penat.balik bilik terus cari katil nak rehatkan diri.
ReplyDeleteJanji Kita