Cyberview Resort and Spa Memang Best | Assalamualaikum.. Harini Dilah nak share cerita mengenai
Family Day Gojes Blogger Supermom and Baby (GBSB) 2018 yang telah diadakan di
Cyberview Resort and Spa, Cyberjaya pada 8-9 Sept 2018 yang lepas. So untuk
intro family day ni Dilah share mengenai tempat penginapan kitorang dulu la
ye.. Kalau tak silap Dilah 2 bulan sebelum family day ni baru kitorang confirm
nak menginap di sini..
Lobby area
Kami sampai resort ni ngam-ngam dalam pukul 2 petang. Masa tu
tak ramai lagi.. urusan nak check in pun cepat jugak sebab kebetulan bilik
kitorang tu dah siap kemas. Ada bilik yang belum ready lagi.. sebab check in
pukul 3 kan.. Jom tengok bilik kitorang yang superb best.. memang percutian
mewah rasanya tauu… hahaha…
 |
Depan lobi.. cantik betul area ni tau.. |
 |
Pintu masuk lobi.. |
 |
Ruang menunggu di kawasan check in.. |
 |
Credit picture to website CRS. Reception Counter.. nampak eksklusif sangat kan... |
 |
Sebelah dalam lobi.. area ni agak malap.. suasana romantik gitu.. haha |
Bilik Jenis Duluxe
Kat Cyberview Resort and Spa ni ada banyak jenis chalet. Untuk family day ni kitorg pilih 3 jenis chalet. Ikut bajet sendiri la kan.. tu pun sebab kitorang dah main kutu dari last year.. haha.. so ni antara jenis chalet yang ada ;
- Superior Chalet (1 King bed + bathtub)
- Duluxe Chalet (2 Queen Bed)
- Executive Duluxe Chalet (2 Queen Bed + bathtub)
 |
Dah dapat kuncik bilik - access card bukan kunci haha |
Bilik
jenis superior (ada bath tub) dan ajenis Duluxe takde bathtub tapi bilik besar ada 2x queen bed. Family Dilah
ambil jenis Duluxe.. sebab anak ramai kan amik la bilik besar sikit
kononnya.. tapi bukan besar sikit, besar banyak wehh.. masa mula-mula
bukak pintu ternganga kejap sebab tengok bilik besar sangat.. anak-anak
nak main lari-lari pun boleh.. hahaha
 |
2 katil queen.. katil kayu solid lagi tu.. memang gaya mewah sungguh.. haha |
 |
Ada sofa bed jugak.. TV sekali |
 |
Ni bilik duluxe.. besar sangat.. memang puas budak2 ni main kejar2.. haha |
 |
Cermin berdiri.. meja kecik.. tempat charge hp boleh guna usb port direct to hp. |
 |
Sebelah almari tu tandas. |
 |
Antara kemudahan yang disediakan - iron, iron board, peti besi, hair dryer.. |
 |
Pantry - dalam almari tu ada peti sejuk mini. kettle, cawan, minuman teh, nescafe, gula,susu.. |
 |
Tandas cantikk.. disebalik pintu kaca tu tempat shower. |
 |
Cermin dalam bilik air.. besar..kat hujung dalam botttle kuning tu ada shower foam. kat tempat mandi pun sama.. |
 |
Ada balkoni - sayang view tak berapa cantik.. haha.. tp best la.. |
 |
view dari beranda ke bilik. |
Korang dah tengok kan bilik yang best dan besar sangat tu... kalau korang datang ramai pun still boleh bentang toto 2 helai tau.. haha.. luas sangat.. Ya Allah.. tilam dia empuk betul.. pastu siap ada balkoni pulak tu.. kalau dapat view depan pool lagi best.. tp it's ok la, still nampak kehijauan pokok-pokok lagi.. sejuk mata memandang..
Kolam kanak-kanak dan permandangan luar
Kalau korang nak tahu, resort ni berkonsepkan resort dalam hutan.. ehh.. memang biasa resort macam tu kan.. ala-ala dalam hutan bandar gitu.. so memang nampak permandangan pokok-pokok jer la.. tapi landskap kat resort ni cantik.. Ok jom Dilah bawak tengok view pool kanak-kank dan luar bilik pulak..
 |
View dekat ngan kolam.. |
 |
Kolam budak-budak.. selalu dasar kolam biru kan.. yang ni color coklat.. memang rare betul. |
 |
Tempat lepak-lepak tengok anak-anak mandi |
|
|
|
|
 |
Kolam kanak-kanak.. cetek jer.. |
 |
Mak-mak gojes layan anak-anak mereka.. |
Actually, blok yang kitorang duduk tu dekat ngan kawasan pool kanak-kanak.. So memang just nice la kan.. kitorang berkumpul kat tepi kolam tu sambil potluck dan budak-budak boleh mandi-mandi kat situ.. takde la risau kan.. pool budak-budak tu pun besar.. ada 2,3 tempat.. Diorang mandi time petang hari 1st tu je sbb 2nd day dah ada aktiviti lain.
Veranda Restaurant
Esok pagi tu kitorang breakfast di Veranda.. Tempat makan tu namanya Veranda.. Besar dan cantik sangat.. makanan pun banyak dan sedap-sedap.. sentiasa di top up.. tapi Dilah tak sempat nak amik gambar sebab kitorang turun pun dah pukul 8 lebih sikit.. pastu anak ramai ni biasalah banyak nak kena uruskan.. last-last tak sempat nak amik gambar.. haha
 |
Pic credit to Cyberjaya Resort and Spa website. |
 |
Antara menu breakfast yang sempat di ambil gambar.. |
 |
Menu breakfast.. ni je sempat amik.. menu banyak sangat dan sedap.. |
Kalaau korang nak kan percutian yang tenang dan aman, boleh la try bercuti di Cyberjaya Resort and Spa ni.. Confirm puas hati..Walaupun dalam bandar tapi tetap rasa rileks dan best dengan suasana resort dalam hutan..Untuk maklumat lanjut boleh tengok website di bawah ni ye..
Website :
Cantiknya konsep resort ni <3
ReplyDeletememang cantik sangat sis..
Deletemewahnya bilik dia..:)
ReplyDeletebetul tu sis.. nampak mewah sangat dengan katil kayu solid tu..
DeleteKalau pergi area sana bolehlah stay kat situ
ReplyDeleteye kak seri.. try la.. memang best sangat.. makanan breakfast dia pun sedap2 sangat..
Deletecantik pemandangan.. :)
ReplyDeletecantiknya resort nya.nampak ekslusif.tengok pool pun best
ReplyDeletepernah stay sini, paling best pool dia.. bnyak level
ReplyDeletebestnya menginap kat sini.nanti nak plan bawak family ke sini pulak lah
ReplyDeletewowwwww seronokknyaaa...nanti bolehh lah plan ke sini..
ReplyDeletesuka pool dia.. besar & bnyak level. sure tak crowded
ReplyDeleteI definitely enjoying every little bit of it. It is a great website and nice share. I want to thank you. Good job! You guys do a great blog, and have some great contents. Keep up the good work. "
ReplyDeleteI definitely enjoying every little bit of it. It is a great website and nice share. I want to thank you. Good job! You guys do a great blog, and have some great contents. Keep up the good work. "
ReplyDelete