Farm In The City - Tempat Menarik untuk bawa anak-anak - Ceritera Ibu

Farm In The City - Tempat Menarik untuk bawa anak-anak


Farm In The City - Tempat Menarik untuk bawa anak-anak | Assalamualaikum.. Belum sempat nak share pasal family day GBSB sebab banyak benda nak share.. so Dilah skip dulu.. Dilah nak share pasal Farm in the city. Kitorang pergi sini sehari selepas habis family day tu.. Pergi ramai-ramai dengan geng blogger GBSB jugak.. Actually Dilah memang dah lama teringin nak bawak anak-anak ke FITC ni bila kitorang turun KL. So, tercapai la hajat kali ni dapat bawak anak-anak masuk sini.. budak-budak dengan haiwan kan memang suka sangat..

Kitorang janji nak masuk sama-sama dalam pukul 12tghari.. Dilah ajak adik Dilah sekali, sebab malam tu Dilah tidur rumah dia.. Bila sampai sana parking memang full!! kat luar-luar tu pun dah parking agak jauh.. tapi redho jer la dah sampai lambat kan... cuaca pun panas terik.. fuhhh.. tabah la nak berasak-asak dalam panasss kan.. lagi-lagi public holiday, memang ramai sangat parents ambil peluang bawa anak-anak berjalan di FITC tu..


Tempat wajib bergambar kenangan di FITC. dari kiri : Faris, Fattah Aali & Kakak Diyana.
 Sebelum masuk dalam, wajib ambil gambar di kereta hijau ni.. nampak cantik jer kan.. laluan masuk melalui kedai survenir. So harap buat tak tahu jer la bila anak-anak mintak macam-macam.. haha.. lepas tu turun tangga sebelah kiri tu ada kaunter tiket. boleh beli tiket di situ.. Lepas settle adik Dilah beli tiket, kitorang pun masuk ke dalam. Dalam FITC ni ada 17 station semuanya..




Orang ramai tengah beratur untuk beli tiket.

Station 1 : Ostrich Farm

Ostrich farm ni berada sebelum pintu masuk tempat beli tiket. Kiranya lepas kedai suvernir tu korang akan nampak Ostrich farm ni dulu.. kalau terus turun tangga baru jumpa tempat beli tiket.. So masa Dilah teman adik Dilah beli tiket, Ayah Wan dan anak-anak dah pegi tengok binatang di sini dulu.. Banyak binatang kat sini seperti kambing biri-biri, kambing biasa, ayam, ostrich, khinzir dan banyak lagi.. tapi yang paling menyerlah dah tentu la si ostrich ni.. Memang menjadi tumpuan betul tau dia ni.. haha




Station 2 : Turtle & Tortoise Farm

Tempat pertama yg akan jumpa lepas dari kaunter tiket tu adalah turtle and tortoise farm.. anak-anak teruja sangat tengok kura-kura gergasi.. ehh.. mak pun teruja sama.. haha.. dah la banyak pulak tu.. tapi kakak takut nak pegang.. kalau korang nak tau, kura-kura ni dah berusia 35thn tau.. ehh, sebaya pulak dgn Dilah.. haha.. time ni memang ramai sangat orang kat sini.. so tak dapat la Dilah nak selfie berdua jer ngan kura2 ni. haha..



Kura-kura sebaya Dilah.. haha

Muka anak-anak kena paksa pegang penyu gergasi.. kakak ngan Fattah Anas tu takut nak pegang sebenarnya..
Actually, penyu yang coklat tu terletak kat tempat lain.. agaknya sebab kat tempat asal tu penuh sangat kot.. so staff alihkan ke ruang yang lain..


Pig nose Turtle

Station 3 : Reptiles Cavern

Station 3 ni kawasan ular-ular dan buaya.. bunya yg ada kecik jer tapi ular semua besar-besar. reptilia ni semua dalam ruangan berkaca.. Bila jalan dalam ni korang kena dongak ke atas. ada ular putih besar kat atas kepala.. haha.. Time tu boleh pulak si kakak cakap, kalau kakak pecahkan bumbung tu nanti ular tu jatuh.. hahha.. macam berani je si kakak tu kan..

Reptile Carven



Pic from FITC. Tempat berkaca yang menempatkan ular-ular berbisa dan buaya.


Ular ni sedap tidur kat atas bumbung.. besar pulak tu..
Ular sawa


buaya yang tak berapa besar sangat..



Station 4 : Passion Fruits Garden

Di fruit garden ni ada beberapa jenis ayam dan leapord cat.. Abang Faris cakap kucing bintang.. boleh la bang.. ada la bunyi jugak macam harimau bintang tu kan...




Station 5 : Free-flight Bird Aviary


Dalam kawasan sangkar yang besar ni terdapat pelbagai jenis burung yang dibiarkan terbang bebas dalam ni.. cantik-cantik semuanya.. ada burung warna biru tu comel sangat tp tak sempat nak amik gambar dah terbang pulak..


Antara 24 jenis burung yang terdapat dalam sangkar besar Bird Aviary.


Burung merak tu tak nak buka pulak kepak cantik dia..

Kakak tanya tu burung apa bu? dia tunjuk burung merak tu.. nampak ekor besar kan.. bila pegi kat board tunjuk nama2 burung ni dia cakap dia suka peacock, cantik bulu kembang warna-warni.. Dilah cakap tu la burung yang kakak tanya tadi.. hahaha.. dia tak perasan burung tu sama sebab time tu tak kembang kan.
 
Burung biru besar mcm kaki halus macam angsa..

Station 6: Savannah

Di kawasan Savanna ni ada beberapa jenis haiwan yang jarang ditemui di Malaysia seperti Alpaca dan dusky wallaby. Alpaca ni tak boleh panas, sentiasa berkipas jer.. amboi sangat kannn.. haha.. binatang lain yang ada dalam kawasan Savannah ni seperti kambing, rusa, kambing Switzerland dan beberapa jenis haiwan lagi.. Semuanya jinak-jinak belaka.. Bagi makan rumput pun dah taknak sangat.. dah kenyang kot ramai sangat bagi dia makan.. haha


Credit picture to FITC. Ni la Dusky Wallaby


Credit picture to Pijah Ni la Alpaca.. macam kambing tapi macam rupa unta jugak kan.. confuse pulak binatang ni jenisan apa.. haha
Rusa ni dah kekenyangan agaknya..


Fattah dan Faris try bagi makan jugak.. dia makan sikit je..


Station 7 : Vegetables and Fruits Farm

Kebun sayuran dan buah-buahan ini terdapat lebih 100 jenis tumbuhan dan buah-buahan tropika. Konsep kebun ni macam tanaman dalam kawasan kampung.. Tapi kitorg tak masuk dalam kebun ni sebab hujan.. skip jalan ke tempat lain yg berbumbung pula.


Station 8 : Pet Village

Di Pet Village ni terdapat beberapa jenis haiwan peliharaan yang comel-comel seperti arnab dan guinea pig.. Guinea pig ni macam jenis tikus kecik yg orang suka bela dalam sangkar tu tapi yg ni saiznya besar sikit.. tengok comel tapi geli pun ada jugak.. Dilah tak suka pegang jenis yang berbulu-bulu sangat ni.. geli makkk.. haha




Station 9 : Longkang Fishing


Anak-anak boleh tangkap ikan dalam longkang ni.. tapi masa Faris ngan Fattah nak tangkap ikan, ikan dah takde sangat.. mungkin menyorok bawah tempat tertutup sbb hujan.. hmm logik tak ye?? Ke hulu ke hilir budak-budak ni cari ikan.. elok lepas kitorang nak gerak ke tempat lain, baru nampak segerombolan ikan lalu.. haha..cian budak-budak tak dapat sauk ikan.. haha


Credit picture to Pijah lagi..

 Station 10 : Fish Feeding at Mood's Lake

Dalam tasik ni ada banyak sangat ikan. Besar-besar pulak tu.. geram pulak tengok ikan tu.. ada jugak itik dan angsa berkeliaran tepi-tepi tasik dan dalam tasik.. tak bergerak anak-anak tengok ikan besar-besar dalam tasik tu..


tak berganjak tengok ikan-ikan tu..


ikan besar-besar kat sini..








Station 11 : Jungle Walk

Dalam jungle walk ni ada banyak jenis haiwan hutan seperti marmoset, white peacock, tupai, red and green iguana dan banyak lagi..


Station 12 : Twilight Creatures

Di sini ada beberapa jenis haiwan yang berjaga diwaktu malam hari seperti burung hantu dan slow loris. Tak pernah pulak Dilah tahu Loris ni berjaga waktu malam macam burung hantu jugak.. namanya pun pelik kan.. tapi comel tau loris ni.. hehe


Burung hantu


Station 13 : Exhibition Hall

Tempat ni adalah salah satu ruang yang berbumbung untuk pertunjukan haiwan.. terdapat banyak haiwan di sini seperti burung nuri, skunk, raccoon, ular, kura-kura, ular dan banyak lagi.. masa kat sini orang padat sangat sebab hujan dah mula turun.. so ramai yang berteduh kat sini sebab di sini berbumbung..


Cantik burung nuri ni kan.... besar lak tu
Add caption


Tengok penyu berenang.. haha


Skunk..


Station 14 : Kampung Mahmood

Kat sini ada pertunjukan burung nuri, kakak tua dan rakan-rakan ni.. ni kira burung-burung yang bijak pandai la ni.. haha..




Station 15 : Pony Ride

Anak-anak boleh try naik pony kat sini.. Dilah suruh kakak naik tapi dia takut.. rugi betul tau kakak ni.. kalau ibu nak jer naik.. haha..




Credit picture to Pijah.

Station 16 : Desert House

Berhampiran dengan pintu keluar, terdapat serigala bertelinga besar Fennec Fox dan juga Meerket binatang comel dalam movie the Lion King.




Helang putih

Station 17 : World smallest species of horse - Falabella horse

Falabella adalah spesis kuda terkecil di dunia. Lagi kecil dari 'my little pony' hehe..





Berehat di Cafe

Kalau korang dah penat berjalan dan anak-anak pun dah merengek lapar, kat sini ada cafe yang jual makanan dan minuman.. ada set nasi goreng, keropok lekor, french fries dan macam-macam lagi.. roti, sandwich, air panas dan sejuk semua ada.. Harga boleh tahan la, tempat-tempat macam ni harga standard la camtu kan..




Ruang makan tertutup dan ber'aircond'. Set Fries tu harganya RM35 termasuk 4 cup air sejuk.


Blogger GBSB

Kalau dah nama blogger kan, bila berjumpa mesti  la nak bergambar.. ni je yang sempat  Dilah selfie bersama.. yang lain sempat borak jer.. haha.. hope dapat jumpa diorang semua lagi.. Alahai baru seminggu dah rindu nak jumpa diorang lagi..



Bersama blogger fames Safurara dan Mimi
Bersama Umie

Dari kiri Anis Rosli, Kayrul, Anez Zamri, Mimi dan Dilah

Bersama Mimie Zatun pula.. hehe

Operating Hours
Weekdays : 10am - 6.00pm
Weekends : 9:30am - 6:00pm
Closed on every Tuesday, excluding Public holiday and school holiday.

Alamat : 
Lot 40187-40188, Jalan Prima Tropika Barat,
Bandar Putra Permai,
Seri Kembangan,
43300 Selangor.

No Telefon :
03-89412099


************************************************************************
Normal Entrance Rates:
Adult: RM55
Children/Senior Citizen: RM45


MYKAD Discount:
Adult: RM37
Children/Senior Citizen: RM30
*child is blow 11years old.. if below 90cm in height is FOC
**Senior citizen above 60years old, entitled Child price
************************************************************************
Family Package @RM125
- 2 Adults + 2 Children Entrance Tickets
– 2 units of Farm In The City souvenirs
– 2 boxes of Animal Feed
– 2 pieces of “Buy 1 Adult Free 1 Child” KL Tower Mini Zoo Vouchers
– 2 Certificates of Attendance for 2 Children
– Special Edition Reusable Bag
– RM 5.00 Discount Voucher for RM30.00 purchase at Happy Farm Souvenir Shop
– RM 10.00 Food Discount Voucher for Kampung Style Restaurant’s Family Set Meal

Info lanjut:

Instagram : 
@farminthecitymalaysia




6 comments:

  1. bestlah bawak anak² ke sini kan...barulah sel otak mereka berkembang...banyak pulak nanti soalannya...hehehe

    ReplyDelete
  2. Waaa bestnyaaa..
    Sis yang tua ni pun teringin nak gi situ hehehe
    Nanti nak ajak Mia laaa...

    ReplyDelete
  3. anak-anak memang suka datang sini sebab boleh kenal haiwan dan boleh pegang. berbaloi pergi

    ReplyDelete
  4. Sesuai bawa anak-anak bila cuti sekolah... :)

    ReplyDelete
  5. perghh banyak gila station..geram tengok kucing hutan tu! ostrich tu peramah macam kat taman safari bukit gambang tak? hahahaha

    ReplyDelete
  6. ramai2 pegi ni best ni. kanak2 suka orang dewasa pun suka jugak. tengok animals gebu2 and yang best sebab boleh pegang. lagilaaaa geram =D

    ReplyDelete