Jadual Waktu Solat dari Aplikasi Raudhah
Jadual Waktu Solat dari Aplikasi Raudhah | Assalamualaikum.. Hai korang..
cuti panjang weekend ni nak ke mana?? Bestnya beberapa minggu ni banyak cuti
tambahan kan.. tapi kalau dah cuti panjang sikit mula plan nak pergi
jalan-jalan kan.. Cuti-cuti Malaysia la kan… Alhamdulillah, weekend lepas Dilah
pergi bercuti dengan team blogger lagi.. Seronok sangat tau sbb dah lama kenal
di alam maya tapi tak pernah jumpa.. kira 1st time la Dilah join
family day dengan diorang ni.. Hehe.. nanti Dilah update detail pasal family day
tu ye..
Bila pergi bercuti ni
kadang-kadang Dilah ada masalah bila nak solat tu tak tahu dah masuk waktu
solat ke belum. Yela, kita dah biasa dengan waktu solat tempat kita kan, tapi
bila bercuti ke tempat orang dan time tu nak solat mula la tertanya-tanya dah
masuk waktu ke belum ni?? Nanti nak solat kat mana? Kat mana tempat
solat/masjid yang terdekat boleh singgah solat? Macam-macam pertanyaan dalam
kepala ni kan..
Nasib baik la sekarang ni dah
senang sebab dah banyak website dan aplikasi waktu solat yang boleh kita rujuk.
Tapi dalam banyak-banyak website, Dilah
suka rujuk di website www.raudhahku.com.my. Kalau nak lagi mudah, install
sahaja aplikasi Raudhah di handphone dan korang boleh dapatkan waktu solat Malaysia dalam aplikasi ni. Senang dan mudah sangat!!
Bila dah install aplikasi Raudhah
tu, korang boleh tengok jadual waktu solat Malaysia di bahagian ‘Prayer Times’.
Then cari la location pilihan korang. Macam Dilah kat Johor ni pilih kawasan
Johor Bahru. Nanti keluar la jadual waktu solat untuk sebulan. Mudah jer kan..
Aplikasi Raudhah
Kalau korang nak tahu, Aplikasi
Raudhah ni adalah kesinambungan dari Program Keagamaan yang popular di TV 9
iaitu Raudhah di hatiku.. Terdapat banyak informasi yang boleh diperolehi dalam
aplikasi Raudhah seperti jadual waktu solat, kedudukan masjid, senarai restoren
halal, rakaman media program di TV, arah kiblat, haji dan umrah dan banyak
lagi.. Senang kata, aplikasi Raudhah ini sangat lengkap untuk dijadikan panduan
dalam kehidupan seharian.
![]() |
Tajuk utama yang terdapat dalam aplikasi Raudhah |
Selain dari jadual waktu solat
yang Dilah dah tunjukkan di atas tadi, korang juga boleh tahu masjid-masjid
yang berada di kawasan berdekatan korang tau.. Bagus betul kan.. kadang-kadang
bila dah berjalan tu nak singgah solat tapi tak tahu kat mana masjid terdekat.
So dengan adanya aplikasi Raudhah ni senang la korang nak rujuk nanti..
Dalam aplikasi Raudhah ini juga
korang boleh tengok sedutan program tazkirah dan rancangan TV yang pernah
disiarkan dalam program Raudhah di Hatiku seperti Jejak Rasul, Al-Kuliyyah,
Tanyalah Ustaz, Tanyalah Ustazah, Halaqah dan banyak lagi.. Hanya klik ‘MEDIA’,
nanti keluar la macam-macam program TV. So kalau tak sempat nak tengok kat TV,
boleh la tengok dari aplikasi ini sahaja.. Bagi anak-anak tengok pun bagus
jugak ni, daripada asyik bagi anak-anak tengok youtube rancangan kartun jer
kan.. Baik bagi tengok rancangan yang berilmiah sikit.. haha
![]() |
Antara program rancangan TV yang terdapat dalam aplikasi Raudhah |
Menarik sangat kan aplikasi ni..
Amat sesuai sangat sebagai panduan dan rujukan seharian.. Banyak sangat manfaat
yang boleh diperolehi hanya dengan satu aplikasi. Okla.. tu je Dilah nak
share.. Jangan lupa download aplikasi rauhah ni tau..
menarik..lepas ni blh try download..hehe
ReplyDeletesenang kan ada aplikasi waktu solat macam ni..saya pun ada dalam henset..
ReplyDeleteok nak try yg ni pulak la
ReplyDeleteray here | imperfectly perfect
Senang dan mudah..
ReplyDeleteNanti nak try yang ni laaa..