Ring Sling Mamaway Best dan Selesa
Ring Sling Mamaway Best dan Selesa | Assalamualaikum. Ada tak readers
Dilah ni yang suka berbabywearing? Atau orang melayu panggil gendong anak..
haha.. Dilah ni mula terjebak dengan dunia babywearing ni dari anak ke-2 lagi
si Faris Zakwan tu.. tapi time tu guna carrier yang tak ergonomic.. sebab tak
tau kan.. ingat semua sama jer.. rupa-rupanya tidak…
Kebetulan ada sorang opismate
Dilah ni memang pandai gendong2 ni.. kira memang ada ilmu la pasal babywearing
ni.. so dia ajak Dilah join support group babywearing area JB ni iaitu Selat
Tebrau Babywearer.. Bila dah join group ni banyak la ilmu babywearing yang
Dilah pelajari. Rupanya ada banyak jenis carrier yang boleh digunakan untuk
menggendong baby seperti wrap, ring sling, mei tai, ssc dan lain-lain lagi. Dilah
juga berpeluang mempelajari cara memakai ke semua jenis carrier ni.. Nak
belajar tu kena la join event yang STB anjurkan seperti seminar ataupun semasa
gathering dengan ahli group yang lain.
Bila dah tahu guna, Dilah plan
masa Fattah Anas lahir Dilah nak guna wrap sebab wrap memang sesuai digunakan
untuk newborn. Dilah beli yang 2nd hand sahaja sebab kainnya dah
lembut sikit. Dilah sempat guna wrap ni sampai Fattah Anas 8 bulan kalau tak
silap. Lepas tu Dilah beralih kepada SSC pulak sebab bila baby makin besar rasa
macam leceh pulak guna wrap ni.. haha.. sebab kena belit banyak kali kan.. rasa
tak cukup pulak tahap kesabaran.. hahaha..
Bila pregnant Faiz Mikail pulak,
Dilah dah plan nak guna ring sling pulak. Berbeza dengan wrap, ring sling ni
jauh lebih mudah.. tinggal selitkan sahaja kain pada ring dan adjust lah
kedudukan baby dan ketatkan kain tu. Dilah sempat beli ring sling 2nd
hand juga masa dalam pantang.
Ring sling pertama Dilah adalah
kain dari jenis yang sama macam wrap.. jenis kainnya agak tebal sikit tapi baby
tetap selesa. Cuma bila kain tebal ni nak adjust-adjust tu agak payah sikit
la.. kalau kain jenis macam woven wrap ni memang digalakkan beli yang preloved
sebab kainnya dah lembut sikit. Takdela keras kejung kan.. haha..
Terbaru Dilah cuba guna Ring
sling dari Mamaway pulak. Kainnya lebih nipis sikit tapi tetap kukuh dan
selamat digunakan. Ring sling ni sangat selesa dan mudah untuk digunakan.
Disebabkan jenis kainnya tak berapa tebal, so lebih mudah untuk di’adjust’ dan
diketatkan.. baby pun sangat selesa berada dalam ring sling ni..
KELEBIHAN RING SLING MAMAWAY
1) Diperbuat dari bahan yang
selamat dan selesa
- Material
![]() |
Kain cotton yang sangat selesa.. |
- Ring
![]() |
Special ring designed for Mamaway. |
Ianya telah diuji selamat melalui
ujian ketahanan dengan menggunakan berat 70kg ke atas. So korang tak perlu risau bila menggunakan ring sling ini ye.. Lagi best, ring sling ni boleh dibasuh menggunakan mesin basuh tau..
2) Design yang lebih selamat
Ring sling Mamaway merupakan salah satu jenis alat gendong yang mempunyai design yang selamat dan ergonomik. Design yang ergonomik ini memang sangat ditekankan kepada semua ibubapa kerana jika tidak ergonomik, ia akan memberi kesan kepada baby dan juga ibu yang mengendong juga. Badan akan merasa sakit.
Ring sling Mamaway merupakan salah satu jenis alat gendong yang mempunyai design yang selamat dan ergonomik. Design yang ergonomik ini memang sangat ditekankan kepada semua ibubapa kerana jika tidak ergonomik, ia akan memberi kesan kepada baby dan juga ibu yang mengendong juga. Badan akan merasa sakit.
3) Ring Sling yang Fleksibel
- Lebih mudah disimpan
![]() |
Hidden pocket di sebelah dalam kain. |
Ring sling Mamaway ini mempunyai poket tersembunyi di sebelah dalam kain. So bila nak simpan ring sling ni just lipat-lipat dan masukkan dalam poket tu.. terus nampak macam beg comel.. haha.. suka sangat tau konsep ni.. tak yah nak simpan kat beg lain..
![]() |
Tadaaa... siap lipat-lipat masuk poket.. jadi beg comel.. |
- Boleh dijadikan sebagai nursing cover.
Kalau korang tak bawa nursing cover, ring sling ini boleh juga dijadikan nursing cover. Kira multifunction la ni..
4) Free size dari newborn hingga
toddler
Ring sling Mamaway hanya mempunyai 1 saiz sahaja berbanding ring sling jenis lain yang mempunyai banyak siza. Oleh yang demikian, ring sling ini boleh digunakan bermula dari baby baru lahir sehingga anak sudah besar 2,3 tahun.. FREE Size.. Senang dan jimat kan..
Ring sling Mamaway hanya mempunyai 1 saiz sahaja berbanding ring sling jenis lain yang mempunyai banyak siza. Oleh yang demikian, ring sling ini boleh digunakan bermula dari baby baru lahir sehingga anak sudah besar 2,3 tahun.. FREE Size.. Senang dan jimat kan..
15 Corak Ring Sling
Ring Sling Mamaway mempunyai banyak design yang cantik-cantik.. Macam Dilah punya ni design Vintage Check.. Mamaway mempunyai 15 jenis corak ring sling yang sangat menarik.. Pilih sahaja mana yang berkenan di hati.. hehe..15 design menarik. |
Overall, Dilah sangat berpuas hati dengan Ring Sling dari Mamaway ni. Kalau korang tengah survey ring sling, korang boleh la try ring sling ni.. harga pun sangat berpatutan dan mampu milik.. Senang cakap memang murah compared dengan ring sling lain.. Sekarang ni tengah offer, tak sampai RM200 pun..
Untuk maklumat lebih lanjut, korang boleh la tengok di website, IG dan Facebook Mamaway MY ye..
Website:
https://my.mamaway.com/
Facebook :
https://www.facebook.com/mamaway.my/
Instagram :
Tak pandai guna ring sling nie.. kikiki.. selalu pakai yang carrier depan tu je..
ReplyDeletedulu teringin gila nak pakai ring sling ni.tapi fikirkan nak membelit tu,aduiii..nampak selesa kan
ReplyDeleteCanggih dan mudah dah sekarang kan, zaman Sis tak merasa guna semua ni, pakai kain batk aje gendong hehehe
ReplyDeleteTak reti nak guna tapi Mamaway product memang high quality sebab tu best
ReplyDeletewah...bagus la skrg ni mcm² dah ade tok baby...
ReplyDeleteassalamualaikum dilah....nampak mcm senang jer nak guna tapi anak mama x reti...
ReplyDeletelagi senang nak travel dari guna carrier...
ReplyDelete